“Everybody becomes
mature after experiencing
pain. If that time
is now, we will take
another step forward
and express our feelings.
We have
to take a look back at
our footsteps that have
spread out over
the sands of
time, open that door, and say that
the moments we spent
together
were great until
that moment.”
( Flumpool – Zanzou )
Suatu
perkataan sahaja yang
mampu menggambarkan suasana
Tesco Kajang pada
pagi itu, sesak. Hari Jumaat
sememangnya menjadi tumpuan
untuk warga kerja
wanita keluar membeli-belah
sementara umat Islam
yang bergelar lelaki
pula wajib untuk
Solat Jumaat di
Masjid. Fatin Qistina menolak
troli. Dia menuju ke arah
bahagian rempah ratus. Afiqah
pula di hadapan
sambil meneliti paket perencah
dan bahan perasa
yang perlu dibeli. Sementara Widad
pula sibuk mengira
barang yang sudah
diletakkan di dalam
troli supaya tidak
melebihi dengan jumlah
wang yang dibawa.



