Showing posts with label Kisah Sahabat dan Tabi'in. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sahabat dan Tabi'in. Show all posts

Monday, 11 April 2011

Strategi Perang Tentera Muslim..~

"Allah did not promise that life would be easy, but He did promise to go with you. Every step of your life, with Him by your side."




Yosh!


Dah lama rasanya tak bercerita perihal sahabat baginda Rasulullah S.A.W ini. Almaklumlah, apabila dah berjinak-jinak dengan internet ini, macam-macam ilmu baru ana dapat. Jom, kali ini ana nak kongsi sikit bagaimana strategi Perang Pejuang Allah suatu masa dahulu yang menyebabkan Islam itu berkembang di persada tanah air.

Tuesday, 1 March 2011

Isabella : Tokoh Muslimah Pilihan



"Pelbagai persoalan timbul apabila dikaitkan Isabella dengan muslimah. Ya, siapa tidak kenal Ratu Isabella I of Castille yang telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol serta pemerintah yang telah membiayai perjalanan Cristopher Columbus mengembara ke seluruh dunia..."


Isabella seorang tokoh muslimah? Adik-adik, Isabella yang dimaksudkan disini bukanlah si Ratu Isabella I of Castille itu. Tetapi adakah Isabella Eberhardt yang telah memeluk Islam pada tahun 1897? Semuanya berlaku ketika dia melawat Afrika Utara.
Dia ini seorang penulis yang berasal dari Swirtzerland dan banyak menulis berkenaan agama Islam. 


Macam bukan juga ya, siapa ya agaknya Isabella yang saya maksudkan ini?
Nak tahu? Jom teruskan pengembaraan di lautan ilmu ini. Bersama kita mengutip hikmah yang bakal menjadi penerang jalan menujuNya kelak...

Saturday, 19 February 2011

Saidina Umar Al Khattab VS Jin


"Zaman Sahabat dahulu ranking terhebat penggusti di Madinah jatuh kepada Rasulullah S.A.W, diikuti Khalid al Walid dan Saidina Umar. Mereka inilah panglima perang yang hebat bertempur di medan perang demi menegakkan Islam di muka bumi ini."

Oklah, kali saya bebesar hati ingin  menceritakan suatu kisah pada zaman sahabat dahulu. Cerita ini diolah sedikit. Saya mula mendengar cerita ini pun daripada adik saya, kemudian barulah mencari sumbernya.


Suatu ketika dahulu di kota Madinah diadakan pertandingan gusti. Kita sedia maklum bahawa jaguh gusti ketika itu semestinya Rasulullah, Khalid al Walid, Saidina Umar, Amru al Ash. Tetapi kali ini hanya Saidina Umar sahaja yang ambil bahagian. Saidina Umar sepatutnya boleh menang dengan mudah tetapi lawannya kali ini sangat hebat. Bukan dalam kalangan sahabat, tetapi.....


Tuesday, 11 January 2011

Kisah Umar Abdul Aziz








"Orang yang bertakwa itu dikekang.Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa."

-Khalifah Umar Abdul Aziz-

Khalifah Umar Bin Al-khatab R.A atau lebih dikenali sebagai Amirul Mukminin , dia seperti yang kita selalu dengar, cerita seorang pemimpin yang keluar pada malam hari bersiar-siar sekitar madinah bagi mengetahui hal ehwal rakyatnya sampailah suatu hari dia terdengar satu dialog seorang ibu dengan anaknya,

Ibunya berkata,

”Masukan air itu ke dalam susu sebelum fajar ,"

Anak perempuannya menjawab,

“Jangan ibu, bukankah Amirul Mukminin telah melarang perbuatan mencampurkan air dengan susu, "

Ibunya berkata lagi,

”Orang lain pun buat begitu,"

Anak perempuanya menjawab,

“Tapi kita tak boleh buat,"

Ibu dia berkata lagi,

“Kalau kita buat pun, Amirul Mukminin tidak tahu,kerana dia tidak nampak."

Perempuan ini berkata pula,



Monday, 3 January 2011

Imam Abu Yazid dan Paderi Samaan




Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.
Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”
Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...