Showing posts with label Diari Kami. Show all posts
Showing posts with label Diari Kami. Show all posts

Wednesday, 5 October 2011

Daurah's Family- Last Day

"Kelmarin hanya tinggal kenangan, bersama peristiwa semalam, adakah hari ini yang ku tempuh, akan bersinar untuk hari esok."




6 bulan berlalu. Roda waktu tak pernah menunggu, pantas sahaja putarannya. Meninggalkan cebisan memori yang terpisah. Ingin sahaja ku meratap hiba, namun perkiraanku, semua ini pasti ada hikmahnya. Entahlah, mengapa bukan dahulu, mengapa kini baru jemari ku tergerak untuk menukilnya, mengapa?

Sunday, 10 April 2011

Daurah The Next al Fateh- Day 2 (p.m)

‎"Ilmu itu luas. Raih sehabis mungkin. Jangan manja dalam memilih ilmu.Orang yang belajar apa yang dia suka, tinggal apa yang dia tak suka samalah seperti orang yang mengail yang kalau dapat ikan yang tak dicari, terus buang. Kalau tak dapat ikan yang dicari, terus tinggal."



Tengah hari itu cuacanya agak panas. Aktiviti Resepi Tradisional pula terpaksa ditangguhkan kerana atuk perlu ke bandar untuk menghantar dodol. Jadi, apa pula ceritanya buat peserta Generasi Al Fateh ini?

Thursday, 31 March 2011

Daurah The Next al Fateh- Day 2 (a.m)

"Mereka yang berjaya ialah mereka yang melakukan suatu tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang terkemuka dunia sekalipun."



Sebelum matahari terbit tinggi pada pagi itu, kebanyakan peserta masih lena dalam tidur mereka. Tambah pula dengan hujan lebat di luar yang membangkitkan lagi suasana sejuk dan selesa bagi mereka untuk menyambung tidur yang lena. 


"Aisaretai demo aisou to shinai.." kedengaran alarm telefon bimbit Akmal berbunyi. 
Sungguh kuat bunyinya. Sampai Adam pun terkejut. Namun, lain pula keadaannya bagi Abrar dan Wan. Mereka masih nyenyak tidur. Seakan tidak terkesan pula dek bunyi alarm yang sangat kuat sebentar tadi.

Monday, 28 March 2011

Daurah The Next al Fateh- Day 1

"Suatu hari nanti umat Islam itu akan bangkit. Generasinya mempunyai pemimpin sebaik-baik pemimpin dan tentera sebaik-baik tentera."
23 Mac 2011 merupakan detik penuh debaran buat calon SPM 2010. Mana tidaknya, hari itu adalah hari pengumuman keputusan peperiksaan mereka. Siapa tak seram wei..~ 
Dahlah, tak ada cerita lain ke? Macam ada..hrmmmm, oh ya! Baru teringat..~


Apa kata kali ini saya membawa anda semua meneroka ke dalam diari kami pula, InsyaAllah kali ini lebih ceria kerana hadirnya beberapa wajah baru yang menceriakan lagi suasana diari kami..~ Jom ~

Design by : Secretario

Sunday, 13 February 2011

Dimana Subuh Kita???

Assalamualaikum,


InsyaAllah, pada hari ini ana akan bercerita tentang suatu artikel yang menarik...


Kajian yang telah lama ana bersama saudara-mara jalankan, mengenai Solat Subuh!!!!


Pagi yang ditiup angin bayu, membuka pintu rezeki, menenangkan mereka yang hampir dengan Tuhannya.. 


Kedengaran sayup-sayup suara azan dilaungkan, bilal masjid di Kampung Endah sememangnya setia,


Atuk dan Nenek pula sudah lama bangun, cuma sebahagian cucunya sahaja yang masih lagi lena dalam tidur mereka,


"Ajim, Aboi , Amal, Alam, Amin, Agus! Bangun cepat! Di masjid dah azan itu. Nanti tak sempat!"
jerit Nenek memanggil hero-heronya.


"Ya nek! Kami dah siap ini.." sahut Ajim pula.


Langkah kaki kami dibuka, menuju ke masjid Kampung Endah...

Friday, 28 January 2011

Once upon a time....

"Thinking of you wherever you are, we pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend. Now, we will step foward to realize this wish. And who knows, starting a new journey may not be so hard or maybe it has already begun.."






Mengimbau kembali projek pada tahun 2009 yang lalu. Walaupun projek ini sangat simple, tetapi sedikit sebanyak dapat mengubat rindu antara kami sekeluarga. Segalanya merupakan kenangan. Sora pernah kata yang

Friday, 14 January 2011

Adam Affan

"Anak-anak adalah permata ayahbonda, penghibur duka lara, menyejukkan mata, ibarat kain putih yang suci dan bersih, terpulang pada keluarga untuk mencoraknya"





8 Januari 2011 merupakan detik terindah buat kami. Lahirnya seorang jejaka yang bakal menjadi penghibur dalam keluarga baru ini. Dialah peneman ketika duka.Menggembirakan kami sekeluarga. Alhamdulillah, Acik Umi selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Susah juga pada mulanya bagi insan bertuah ini untuk memikirkan nama anaknya itu. Terbelek-belek buku Nama-Nama Indah karya Muhd Al Azeem. Lama Acik Umi membelek buku itu. Tetapi, semuanya seakan tidak kena dengan cita rasanya. Teringat kembali kenangan lalu, seakan satu rahmat daripada Ilahi. Acik Umi teringat akan nama anak saudara rakannya. Lalu dianugerahkan kepada anak sulungnya ini...

Adam Affan

(Tauladan mereka yang menjaga kesucian diri)






Comelnya...



Saturday, 8 January 2011

Ahli Baru Keluarga Haji Tukin


"Anak-anak adalah permata ayah bonda, penghibur duka lara, menyejukkan mata, ibarat kain putih yang suci dan bersih, terpulang pada keluarga untuk mencoraknya"


Alhamdulillah, kelihatan awan berarak bebasnya, angin bertiup sepoi bahasa, Dia seakan merahmati kelahiran ahli baru keluarga kami. Cuaca sekitar Hospital Engku Ampuan Rahimah kelihatan sedikit mendung, seakan memberi keselesaan kepadanya. Anak kelahiran Ulu Kelang itu kelihatan sihat dan comel. Sebuah kegembiraan yang tidak tergambar dek kata-kata seorang insan. Tahniah Acik Umi! Tahniah Paman Farhi! Kami sekeluarga menumpang gembira. Sekarang MyTeam bakal mempunyai ahli baru. Akan kami bantu mendidik budak itu menjadi ahli kami yang hebat(hehehe..).

8 Januari 2011

Acik Umi selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Namanya...?

To be continued.........

Friday, 7 January 2011

Menanti Kelahiran Ahli Baru







"Ketahuilah dengan mengingati Allah,jiwa akan menjadi tenang"



Sudah setahun saat terindah buat mereka berlalu, kehidupan sebagai suami isteri menjadi penyubur cinta mereka kepada Ilahi.Si suami bekerja dalam bidang engineering work,walaupun di rumah mertuanya tidak selalu kelihatan, tetapi itulah amanahnya mencari nafkah. Biarpun merentas segala jenis kereta,terpaksa meredah lantai yang berminyak,bermandikan peluh,bermain dengan api wheelding.Dia tetap tabah mengharunginya,kerana Dia ialah suami.Begitulah tanggungjawab suami yang sejati.Sanggup melakukan apa sahaja bagi memberi kebahagiaan kepada si Isteri.

Balut jangan tak balut..




Saturday, 1 January 2011

Hari Keluarga last


"There are many worlds,but we just shared the same sky,one sky and same destiny.Our destiny just only one which no other else,is to be in jannah"


Kelihatan langit pada 26 Disember itu agak mendung,seakan mengerti detik perpisahan yang bakal dilalui oleh kami.Pertemuan yang singkat itu menyatukan kami.Asam garam di dalamnya akan kami jadikan wadah memajukan diri ke arah lebih baik.Memori yang terpaut,akan kami semat di hati buat selamanya.Kesedihannya tidak mampu digambarkan oleh kata-kata daripada insan kerdil ini.Apapun,kamilah Keluarga Bahagia!

Jom!Memperkenalkan,keluarga Haji Tukin...



Hari Keluarga part 5


"Kenangi ibu bapa doakanlah sejahtera,kita anak harus membela apabila sudah dewasa,jangan biarkan mereka sia-sia pada hari tua..kecewa hidup dan merana kerana perbuatan anak derhaka"











Malam semakin larut,jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam.Kelihatan cucu-cucu lelaki atuk sedang rancak berbincang.Cucu-cucu perempuan begitu juga.Di bilik atuk kelihatan Ihsan,Agus serta Amin sedang berlatih.Masing-masing mahu menunjukkan persembahan yang terbaik malam itu.Pertembungan dua kumpulan yang hanya salah satu daripada mereka sahaja bakal dinobatkan sebagai juara.MyTeam bersatu kembali,untuk membuat penampilan.Tetapi dengan musuh yang berbeza.Adakah MyTeam mampu mengatasinya?


Friday, 31 December 2010

Hari Keluarga part 4


"Maka tolong-menolonglah kamu ke arah kebaikan dan taqwa serta janganlah kamu tolong-menolong ke arah kejahatan"

Malam pula melabuhkan tirai.Kelihatan bulan separa purnama yang agak terang di langit.Tetapi tidak pula kelihatan bintang zodiak malam itu.Angin bayu darat bertiup damai,Dia seakan merahmati keluarga bahagia ini.Jauh di tepi pantai kelihatan keluarga Haji Tukin sedang memanggang BBQ.Aktiviti ini diketuai oleh Paman Mamat,Paman Marzuki,Paman Hassan,Paman Farhi dan dibantu oleh Acik Mawar,Atuk dan cucu-cucu lelaki.


Hari Keluarga part 3


"Terokailah alam lautan,ternyata kamu akan melihat sebuah khazanah yang tiada tolok bandingnya dek akal fikiran"




                                             Comel~


Hanya tinggal 3 jam lagi sebelum waktu Zohor melabuhkan tirai.Kesempatan ini diambil oleh cucu-cucu lelaki atuk untuk mandi di pantai.Paman Farhi mengetuai ekspidisi.Sedang kami mandi di pantai,tiba-tiba kelihatan suatu objek memecut laju ke arah kami.Objek itu seakan kami kenal.Kami pernah menemuinya ketika menjawab peperiksaan SPM tempoh hari.Setelah diteliti,rupa-rupanya bot pensil.Paman Farhi mengajak kami menaikinya.Bayarannya agak mahal,RM10 seorang.Tetapi jangan risau,nenek kesayangan kami pemurah orangnya,kami dibelanja!


Hari Keluarga part 2

"Minda yang cerdas terlatak pada tubuh badan yang sihat"

Sebelum matahari 24 Disember terbit tinggi pada hari itu,kedengaran di bilik penginapan keluarga Haji Tukin sudah riuh.Anak dan bapa sama sahaja. Masing-masing sedang cabar-mencabar.Almaklumlah,pada hari ini akan diadakan perlawanan bola sepak pantai buat kali ke-2.Perlawanan masih lagi diteruskan mengikut agregat.Kumpulan anak-anak ketinggalan 1 jaringan.


"Kalahlah kumpulan kamu semua hari ini,kami ada pemain import baru."
kata Paman Mamat penuh keyakinan sambil tangannya menunjukkan ke
arah Paman Farhi.Sememangnya keluarga Haji Tukin mempunyai ahli baru.

"Alaaa..tak cuak tak gentar malah berani!"kata Abrar pula.Dia selaku penolong kapten merangkap sayap kanan bagi pasukan MyTeam.



Friday, 24 December 2010

Hari Keluarga


"Berjalan dan bermusafirlah untuk melihat kebesaranNya,lantas bersyukur."

Kelihatan mentari pada 23 Disember 2010 begitu cerah.Senyumannya terukir dek kedamaian cuaca ketika itu,dia seperti seakan mengerti akan kegembiraan yang bakal dilewati oleh keluarga yang diredhai ini.Jauh di sudut kanan rumah papan berwarna oren ini,kelihatan keluarga haji Tukin sedang sibuk membuat persiapan.Hari itu mereka akan bertolak ke Port Dickson.Ini merupakan Hari Keluarga yang ke...ke...ke...............................
Hrmmmm...maaf,tak terkira dek akal manusia yang lemah ini.Di sanalah keluarga Haji Tukin berkumpul.Kami bersatu kembali.Semua ahlinya hadir tiada berkecuali.

Setibanya di Hotel,langkah kaki kanan diatur oleh jejaka tampan kelahiran anak watan ini untuk pergi ke destinasi murni.Destinasi yang tidak asing lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...