"Knowing the truth is not sufficient as long as we do not do the right thing"
Arus air sungai Nil kini mengalir tenang. Kelihatan matahari pula memancarkan sinarannya yang agak terang ke muka bumi Mesir yang berpaksikan iman ini. Walaupun suhu disitu agak panas tetapi bahangnya tidak terasa oleh penduduk disana. Jika diteliti kembali, sebelum fahaman Islam yang sebenar berpaksi disitu, pelbagai kisah yang mensyirikkanNya telah berlaku. Firaun yang telah mengaku dirinya sebagai Tuhan. Tambahan pula penganut fahaman Syiah Fatimiah yang telah menyesatkan penduduk Islam di sana.
Kemudian Salahuddin Al Ayubilah yang telah berjasa membersihkan kota Mesir daripada fahaman mereka. Saifuddin Qutuz juga telah berjaya mempertahankan umat Islam daripada serangan tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan. Walaupun selepas itu fahaman sekular menular masuk ke Mesir sehingga menyebabkan kematian Hassan Al Banna, tetapi Mesir kini sudah kembali kepada Islam yang sebenar kebanyakannya.
Sejarah Mesir banyak membuka mata para arkeologi untuk berganding bahu mengkaji misteri yang aneh dan masih banyak yang belum dapat dirungkaikan lagi sehingga kini. Melalui segala sumber yang ada, Kazuki Takahashi bersama TV Asahi sebagai media penerbit dan Toei Animation bergabung tenaga bagi menghasilkan sebuah animasi Yugioh yang berlatarkan sejarah Mesir. Sebenarnya jika diteliti kembali, dalam senyap mereka cuba untuk menyebarkan fahaman freemason kepada kanak-kanak. Mereka amat bijak. Oleh kerana itulah mereka digelar golongan orientalisme