“There is only one truth.”
( Conan Edogawa – Detective Conan )
Penumpang
yang lainnya saling
berpandangan. Tidak tahu.
Adengan cemas untuk
lari daripada letupan
sebentar tadi ternyata
memberi ruang kepada
perompak tersebut memboloskan
diri. Amirul memerhati sekeliling. Pandangannya terhenti
pada bangunan MTD
Hentian Genting Sempah
tersebut. Dia berkira-kira,
jika perompak tersebut
lari pun, tempat yang
ditujunya pasti tidak
jauh. Semestinya di sekitar
kawasan itu. Namun begitu, ada
sesuatu yang masih
bermain di mindanya. Mana Hakim? Sahabatnya tidak
kelihatan berada di
sekitar tempat ini.
“Perompak yang satu
lagi mungkin berjaya
melarikan diri Tuan.” Pemandu bas
Rapid KL itu
menerangkan. Anggota polis itu
tertunduk mendengarnya. Dia termenung
seketika. Agak kecewa.
“Tidak mengapalah, kamu boleh
ikut kami ke
balai untuk beri
keterangan.” Anggota polis itu
memberi arahan. Pihak polis
memerlukan saksi yang
juga mangsa kejadian
untuk memberi keterangan
lebih lanjut.
“Nanti dulu Tuan!”
Polis
itu berpaling. Amirul berdiri
di belakangnya. Mahu menanyakan
sesuatu.
“Tuan ada nampak
tak budak sebaya
dengan umur saya
di sekitar kawasan
ini?” Amirul bertanya. Polis itu
mengusap janggut. Tadinya dia
ternampak dua orang
remaja yang sedang
dirawat di bahagian
belakang ambulans. Seorang dihantar
ke wad dan
seorang lagi hanya
mengalami cedera ringan. Dia
kemudian memerhati ke
arah kawasan kereta
peronda dan van
ambulans itu berhenti.
“Kamu maksudkan dia?” Polis
itu mengangkat jari
telunjuk dan menunjuk
ke arah seseorang
yang sedang bangun
dan menuju ke
arah tempat mereka
berkumpul.
Amirul meneliti. Kelihatan van
ambulans itu bergerak
pergi. Bunyi siren mula
kedengaran. Perbezaan bunyi siren
yang silih berganti
itu kedengaran seperti
van tersebut sedang
dalam keadaan kecemasan
membawa mangsa kejadian. Mangsa yang
sedang dalam keadaan
tenat dan perlu
segera dirawat. Tempat van
ambulans itu berhenti
tadi diganti dengan
lori bomba. Anggota bomba
kemudian bergegas memadamkan
api. Namun bukan itu
yang menjadi perhatian
Amirul. Dia lebih tertarik
untuk melihat sahabatnya
yang sedang berjalan
ke arah mereka. Jalannya bersahaja. Penuh gaya.
“Nyawa budak itu
memang panjang kan?” Murad
bernada gurauan. Bahu Amirul
disikunya.
“Maksud anta?”
“Dia yang menawarkan
diri tadi.” Murad berteka-teki.
“Hakim pergi selamatkan
Wan Ju?” Amirul meneka.
Murad tersenyum mendengar
tekaan itu. Dia kemudian
menggelengkan kepala. Tidak.
Bukan itu tujuan
utama Hakim. Murad kemudian
tersengih sambil menunduk. Dia
menyeluk sakunya. Suatu barang
dikeluarkan. Amirul bingung.
Masih tidak faham. Hakim
ini berbeza sedikit
fikirannya. Memang susah untuk
difahami. Murad sahaja yang
mampu mengetahui.
“Dia pergi menyelamatkan
ini.” Murad menunjukkan kad
dari siri animasi
Cardcaptor Sakura yang
dihadiahkan oleh Hakim. Amirul
mengangkat kening. Dia kemudian
sedikit tertawa.
“Budak itu, memang susah
nak faham.” Amirul menggeleng
kepala. Dia kembali memandang
Hakim yang sedang
berjalan ke arah
mereka berdua.
Kedua belah tangan
Hakim kelihatannya sudah
berbalut. Dari bahagian lengan
sehinggalah ke pergelangan
tangan. Mungkin akibat bergeseran
dengan tar yang
menghiasi lebuhraya ini
agaknya. Hakim sekadar melambai
dari kejauhan. Dia semakin
menghampiri. Tetapi dia tidak
berlari. Hanya berjalan perlahan. Seakan ada
sesuatu yang menghalang.
“Macam mana? Dapat?” Murad bertanya
kepada Hakim yang
baru tiba di
hadapan mereka.
“Tak, ada satu yang ana tak
dapat ambil.”
“Wan Ju macam
mana?” Amirul kemudian bertanya.
“Dia sihat. Cuma dia
perlu dihantar ke
hospital, kena rawat mulutnya
yang agak laser itu
agaknya.” Hakim bersahaja dengan
sindirannya.
Murad menggaru kepala. Sempat pula
Hakim mengutuk sedangkan
tadinya dia berhadapan
dengan situasi hidup
mati yang mempunyai
harapan tipis. Kemudian Murad
menguntum senyum. Ketua Uswah
ini memang tenang
orangnya. Dengan ketenangan dia
mampu menyelesaikan masalah. Dengan ketenangan
dia berjaya membawa
perubahan. Dengan ketenangan dia bijak memutar
situasi. Murad memandang langit. Hikmah yang
Allah tunjukkan ini amat indah. Segalanya boleh
diselesaikan dengan ketenangan. Bagaimana mahu
mendapatkan ketenangan?
Semestinya seperti apa yang disarankan
dalam surah Ar
Ra’d ayat 28,
“Ketahuilah
hanya dengan mengingati
Allah, jiwa akan
menjadi tenang.”
Hakim merebahkan diri
ke atas lebuhraya
yang berhiaskan tar
itu. Penat. Sakit. Sudah
tidak larat rasanya
mahu melawan daya tarikan graviti
untuk berdiri. Amirul berjalan
menghampiri Hakim. Dia kemudian
sedikit menunduk ke
arah telinga Hakim. Sepertinya ada
perkara yang mahu
dibisikkan.
“Jadi herolah anta hari
ini ya.” Amirul menumbuk
dahi Hakim. Hakim sekadar
menadah tumbukan itu.
“Semua itu kebetulan
sahaja. Ana hanya
nak selamatkan ini.” Hakim
mengangkat lima keping
kad Cardcaptor Sakura. Menutup cahaya
mentari terbenam yang
memancar menyilaukan pandangannya.
“Mana ada perkara
kebetulan dalam dunia
ini, yang ada hanyalah
hikmah di sebalik
segala kejadian.” Amirul mengenyitkan
mata. Menyindir. Hakim terkena.
Apa yang
disampaikan selama ini
dikembalikan kepadanya. Hakim mencebik. Kurang asam.
“Ana
nak beritahu sahabat
dia itu. Kasihan ana tengok, dari
tadi tak berhenti
menangis.” Amirul memandang Norliana
Shuhada yang berada
di tempat mereka
berlindung tadi. Dia kelihatannya
seperti belum berhenti
menangis. Hakim mengangkat kening. Dia
kemudiannya turut memerhati. Senyuman terukir. Ketika ini, ukhuwah
antara mereka diuji. Pergantungan kepada
Allah sahaja yang
menjadi pelerai hakiki.
Amirul kemudian berjalan
meninggalkan Hakim. Dia menuju
ke arah Norliana
Shuhada. Ada berita gembira
yang mahu disampaikan. Hakim memandang
langit. Dia kagum dengan
rencana Ilahi. Dikurniakan Murad
dan Amirul yang
memberi kepercayaan penuh
kepada dirinya tadi. Secara
tidak lansung membantu
dia menumbangkan tiga
perompak tersebut. Dia terfikir, jika orang
lain mungkin susah
mahu mendapatkan kerjasama.
“Huuu...Allah memang
Maha Bijaksana. Antara aku
dan Dia masih
ada banyak lagi rahsia yang
belum terungkai.” Hakim bangun
untuk ke posisi duduk. Dia
memerhati Amirul dari
jauh.
“Hikmah.”
Murad sekadar duduk
di tepi Hakim. Dia
juga memandang Amirul
yang sedang semakin
menghampiri Norliana Shuhada. Kelihatan seperti
ada sesuatu yang
dikhabarkan oleh Amirul
kepada Norliana Shuhada. Tidak lama
kemudian Norliana Shuhada
menunjukkan reaksi terkejut
yang teramat sangat. Tangisannya seakan
semakin kuat kedengaran. Kemudian dia
menundukkan dahinya ke
tanah. Murad dan Hakim
membesarkan mata. Dia sujud
syukur. Syukur tidak terhingga
kepada Allah yang
Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang.
“SubhanAllah.” Murad spontan mengucapkan. Maha Suci
Allah yang mendengar
rintihan hamba. Banyak iktibar
yang diperolehi hari
ini.
Hakim menghela nafas
panjang. Hari yang penuh
dengan ujian. Tidak jangka
aktiviti keluar ke bandar yang
pada mulanya dihiasi kegembiraan
berselang ketawa itu
akan diakhiri dengan
tragedi yang menyebabkan
ramai orang tercedera. Diri sendiri
terutamanya. Hakim memandang kedua
belah lengannya. Susahlah nak
ambil wudhuk nanti. Dia
menggeleng. Jangan mengeluh.
Semua ini ada
hikmahnya.
“Kita
merancang dan Allah
juga merancang, sesungguhnya perancangan
Allah adalah lebih
baik.” Hakim memujuk hati. Mereka
rancang untuk keluar
berseronok, tetapi Allah ada
perancangan yang lebih
baik dengan melibatkan
mereka dalam hal
ini. Secara tidak lansung, rancangan jahat
perompak itu gagal
serta banyak nyawa
yang telah diselamatkan.
“Oh ya, misi anta tak
selesai lagi.” Murad bangun
dan menepuk seluarnya
yang sedikit kotor
akibat duduk di
atas lebuhraya tadi. Hakim
tidak mengerti.
“Tak selesai lagi?”
“Ada seorang perompak
terlepas.” Murad menceritakan.
Mata Hakim membesar. Seakan tidak
percaya. Juga terselit rasa
geram yang membara. Terlepas? Macam mana
boleh terlepas? Hakim tidak
boleh membiarkan perkara
ini berlaku. Perompak atau
lebih tepat digelar
pengganas itu amat
bahaya. Teknologi mereka juga
amat canggih. Apa yang
paling penting, Hakim sedar
yang dia secara
tidak lansung telah
terlibat dalam hal
ini memandang dia
menjadi punca kepada
gagalnya rancangan mereka.
“Huuuuu..”
Keluhan panjang dilepaskan
pula. Peristiwa 5 tahun
dahulu seakan berputar
kembali. Tetapi kali ini dengan musuh
yang lebih hebat. Mungkin sebab
itu kita sebagai
mukmin ini disarankan
agar sentiasa berusaha
ke arah kebaikan. Hari ini
lebih baik dari
semalam. Hakim kembali memikirkan
tiga pengganas tersebut. Adakah mereka
orang yang sama? Kumpulan yang
telah dikalahkan 5
tahun dahulu. Kemungkinan itu
ada. Malah besar potensinya
berdasarkan dialog yang
dituturkan antara dia
dan pengganas tersebut. Ternyata mereka
kenal Hakim. Hakim yang
pada waktu itu
menggunakan kod nama.
“Shirou...”
No comments:
Post a Comment