Daku yang satu spesies denganmu ini lagilah hairan. Tidak tercapai dek akal kenapa berlaku sedemikian? Adakah kerana sebuah projek pembodohan? Direncana kononnya untuk membela kebangsaan. Namun yang ada sekadar cerita mengaburi intelek kemudian dimusnahkan.
Khabar itu umpama khazanah jawapan. Baru diperoleh terus berantakan. Tanpa perlu pula disahihkan. Oh, suasana yang sungguh kasihan. Adakah aku hidup di era arakian? Yang mana semuanya bergantung hanya pada satu sudut pandangan? Inilah kemajuan yang dibanggakan. Sarat dengan tipu helah yang mengelirukan.
Segalanya membuatkan diriku semakin kebingungan. Menjadikan diriku rindu ingin bertemu Tuhan. Mengeluarkan daripada belenggu plot kehidupan. Selama ini menjerat diri diselubungi kesedihan. Seakan tak tertanggung lagi keperitan. Penjara dunia yang menguji ketabahan.
Wahai manusia, bukalah matamu. Luaskan sudut pandangmu itu. Dia menjadikan mata itu ada dua bebola. Agar kita mempunyai dua sudut pandang yang berbeza. Sedarlah.
Shirou ~




