Showing posts with label Kajian Agama dan Islam. Show all posts
Showing posts with label Kajian Agama dan Islam. Show all posts

Saturday, 12 April 2014

Genesis : Rahsia Yang Diabaikan

'Be grateful, that's what make human a human'
-Dr Isham, Philosophy of Religion-

Manusia.

Mereka dijadikan, diberi akal fikiran, serta kebebasan dalam membuat pilihan. Kehidupan mereka kompleks, ada plot tersendiri, pengalaman yang berbeza, sistem nilai yang estetika juga persepsi yang kadang-kadang itu susah untuk dicerna.

Mereka ini menarik, kerana dengan hanya memerhatikan mereka dan berfikir, kamu boleh kenal Pencipta.

Monday, 8 October 2012

Islam Bukan Untuk Mereka Yang Jumud!



Melewati hari-hari terakhir sepanjang semester 3 di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya. Seakan satu perasaan sayu hadir di dalam diri. Terlalu banyak amanah yang terabai tidak dilaksanakan. Begitu juga dengan kerja dakwah yang kadang-kadang perkara itu sekadar tinggal kenangan. Nauzubillah.

Tuesday, 8 May 2012

Berfikir itu Perlu Kritikal

'Sometimes where there's a hope, there's a despair'
-Julius Ceaser-



Hari demi hari berlalu, roda waktu itu berputar dan tidak pernah menunggu kita. Pergi dan terus berlalu. Setiap hari itu jugalah diri ini berfikir banyak perkara. Tercari-cari hikmah pada setiap apa yang terjadi.

Sememangnya tidak mudah untuk memahami hidup ini. Mengapa diciptakan begitu dan bukan begini. Mengapa buat begitu dibalas begini. Kenapa yang benar itu ditindas dan yang zalim itu diangkat. Serta banyak lagilah persoalan kenapa dan mengapa.

Dalam banyak-banyak persoalan itu, ada sesuatu yang diri ini ingin kongsikan. Tentang betapa Allah S.W.T ini amatlah bijaksana. Hikmah yang ditemui di dalam taman ilmu dan budi.

Sunday, 19 February 2012

Maryam a.s


"Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan lalu terus tertunduk pada perintah Allah… Janganlah dikau terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat Akhirat yang kekal abadi selama-lamanya…"




Yosh, terasa sudah lama pula tidak diupdate blog ini, almaklumlah sejak akhir-akhir ini asyik sibuk memanjang. Memandangkan sudah ada masa lapang ini, insyaAllah diriku akan menarikan pena meninta kalam. Ilham itu adalah dariNya, daku hanya menarikan pena..~

Wednesday, 4 May 2011

Siapa Mad'u Anda?

"And among you, there must be a society, community or party that should be invite people to all that is good and enjoin the doing of all that is right and forbid the doing of all that is wrong" 
-Al Imran 2 : 104-



Perkataan Mad'u merujuk kepada orang yang didakwah kan? (bukan madu,ana bukan promote poligami! ).

Setiap pada kita adalah da'ie (pendakwah) tetapi kenalkah kita siapa mad'u kita dan bagaimana cara nak 'handle' mad'u kita?

Jom kita sama-sama buat 'troubleshooting' satu persatu berkenaan mad'u anda,tentang cara nak dekati mereka,solusi untuk masalah mereka,dan sebagainya....~

Thursday, 21 April 2011

Pengaduan Kepada Allah..~

"Now that you've shed your tears, like a kid crying his heart out.I can't see who I should protect anymore.It's look like I keep staring at the summer sky. Just because I acted tough , you couldn't see my tears,But in reality I was really scared, I keep losing on the people dear to me,Still I keep running desperately, It's look like together we can overcome everything, If we stayed like that, it's fine not being strong, I can finally see who I should protect, It looks like I keep yelling to the summer sky," 
-Naruto Shippuden Opening 9-


Apabila hati kita dilanda keresahan, kebimbangan dan kegusaran, pasti kita akan mencari tempat untuk mengadu akan apa yang kita rasakan. Tujuan mengadu itu adalah untuk kita berkongsi rasa dan perasaan. Mengadu itu membuatkan kita merasa tidak bersendirian. Kerana kita yakin, ada orang lain yang mendengar segala rasa didalam jiwa. Walaupun mungkin ada yang tidak faham.

Wednesday, 23 February 2011

Hidup Mukmin dan Hikmah Sang Lebah

Rasulullah S.A.W bersabda, 


“Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merosak atau mematahkan ( apa yang dihinggapinya ) .”  
(Riwayat : Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)



Manusia itu Allah kurniakan akal buat mereka berfikir, mengkaji dan belajar. Tetapi lain pula ceritanya berbanding haiwan. Ya, mereka memang tidak mempunyai akal untuk membezakan antara yang hak dan batil. Tetapi, siapa sangka yang kehidupan sang lebah juga mempunyai hikmah yang mampu untuk kita contohi.Kali ini mari saya bawa anda meneroka hikmah yang ada pada sang lebah pula.... 

Sunday, 6 February 2011

Syaitan itu Kreatif



"Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya."


( Surah an-Nisa', ayat 120-121).






Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.

Monday, 24 January 2011

Lisan Punca Neraka

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Barangsiapa yang mampu menjaga apa yang terdapat di antara dua janggutnya dan apa yang ada di antara dua kakinya, maka aku jamin dia akan masuk syurga."






Neraka, adalah tempat kedukaan. Angkara kedurjanaan insan, yang benci akan Tuhannya, yang benci akan rasulNya yang benci agamaNya. Antara punca anak Adam itu masuk ke dalam neraka adalah kerana mereka tidak menjaga lisan mereka. Lisan merupakan anggota yang amat berbisa. Mampu membunuh lawan tanpa mencederakan anggotanya. Memang senjata yang hebat. Walaupun tidak bertulang malah tidaklah sekeras shot gun, pump gun, rocket launcher, flamethrower, maverick cabin atau revolver, tetapi serangannya lebih dahsyat daripada senjata moden itu. Serangannya mampu menembusi hati dan meranapkannya sekelip mata. Dahsyat...

Saturday, 22 January 2011

7 Rombongan Iblis Laknatullah

"Sesungguhnya mati itu ibarat pohon berduri yang dimasukkan ke dalam perut anak Adam (manusia) , lalu setiap duri itu mengait pada urat-urat di dalamnya , kemudian ditarik oleh seseorang yang sangat kuat sehingga terputuslah urat-urat yang sepatutnya putus."








Godaan syaitan mempunyai tahap-tahap tertentu. Lebih kuat iman seseorang maka lebih hebat dan tinggilah pangkat syaitan yang datang menggoda. Waktu yang paling dahsyat adalah sewaktu sakaratul maut. Ketika ini syaitan tidak lagi datang untuk menggoda kita untuk membuat maksiat. Tetapi matlamatnya lebih hebat. Impiannya lebih tinggi daripada gunung Fuji malah mengalahkan gunung Everest. Mungkin juga lebih tinggi daripada langit. Tujuan syaitan kali ini adalah untuk menukar akidah kita.



Thursday, 20 January 2011

Apa Manfaat Takdir?

"Boleh jadi kamu tidak suka pada sesuatu perkara padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu"
-Surah Al Baqarah : 216- 




Seringkali kita dengar ramai individu terutama sekali daripada saudara seagama dengan kita sendiri. Kebanyakan mereka meragui konsep takdir. Ramai manusia yang beranggapan bahawa jika Allah telah menetapkan segala sesuatu itu, maka sia-sialah  semua yang kita lakukan di muka bumi ini. Hal ini demikian kerana segalanya sudah ada dalam pengetahuan Allah. Jadi? Pada pandangan kita bagaimana? Adakah kita salah seorang daripada mereka? Oh come on! Janganlah sempitkan fikiran anda. Kita tahu yang Allah itu bersifat adil, Maha Adil. Allah adil dalam menetapkan takdirNya buat hamba tercinta. Dia juga Maha Mengetahui.Jadi sudah tentu ada hikmah di sebalik ketetapanNya itu. Anda percaya? Anda percaya atau tidak? Mari kita kaji dengan lebih lanjut.....




Andaikanlah Allah menetapkan sesuatu yang baik dan memberi keuntungan kepada kita. Pastilah kita akan rasa  betapa ada faedahnya di sebalik ketetapanNya itu. Betapa bertuahnya kita menjadi hamba Allah ketika itu. Nikmat memang selalu dirasakan sebagai suatu yang menyenangkan dan bermanfaat. Tetapi bagaimana pula dengan musibah? Adakah kita akan memberi tanggapan yang sama? Selalunya tidak. Bukankah begitu? Betul kan? Confirm?



Tuesday, 11 January 2011

Sejarah di sebalik Council of Nicea


"Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah"



-Khalifah Saidina Ali Bin Abi Thalib-





Kelihatan langit di ibu kota Rom sedikit mendung, susunan awannya juga tidak teratur, seakan tidak merahmati penduduk yang sudah jauh terpesong dari jalanNya yang benar. Maharaja yang memerintah di Rom ketika ini ialah Costantine. Dia mempunyai anak lelaki (maaf kerana tidak menggunanakan perkatan baginda). Anaknya bernama Crispus iaitu individu yang bakal mewarisi takhtanya. Crispus mempunyai wajah yang lebih menawan, berpewatakan menarik serta hebat di medan pertempuran. Hal ini menimbulkan rasa cemburu di dalam hati Costantine, anaknya lebih dikasihi rakyat daripada dirinya sendiri.






Monday, 10 January 2011

Bedah siasat konsep trinity


"Wahai ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani! ), Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar, sesungguhnya al-Masih Isa bin Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan kalimah Allah yang disampaikan kepada Maryam, dan ( ia juga tiupan ) roh daripadanya."

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan, '( Tuhan itu ) tiga.' Berhentilah ( daripada mengatakan yang demikian ), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Bahawasanya, Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi. Dan cukuplah bagi pengawal ( yang mentadbirkan sekalian makhluknya)"





Sudah tertulis dalam al Quran iaitu surah an Nisa' ayat 117 bahawa konsep trinity itu adalah salah sama sekali. Berkata berkaitannya, marilah kita sama-sama mengkaji apa sejarah yang terdapat di sebalik pengamalan konsep ini dalam agama kristian.Yosh!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...