"Mereka yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain."
Tika masa lapang menjengah,
Tinta pena mula bermadah,
Walau terasa hidup itu susah,
Namun segalanya membawa hikmah..~
Sedang anak mataku ligat mengembara ke alam maya tanpa suara ini, penglihatanku seperti tertarik akan sesuatu perkara. Perkara yang tersergam tintanya di chatbox blog ini. Oh, ada permintaan ya? InsyaAllah, ana akan cuba penuhi. Semuanya milik Allah juga, ana cumalah penyampai ilhamNya.
Clannad.
Animasi Jepun lagi, tak ada cerita lain ke?
Tenanglah geng. Animasi Jepun kan banyak hikmahnya, cuma kita sahaja yang terlupa akan pesan baginda. Untuk mencari hikmah itu walau dimana jua, kerana kita hanyalah hambaNya yang tidak punya apa.
Clannad, animasi yang baru sahaja ku tontoni pada tahun ini. Semuanya bermula daripada cadangan sahabatku, Mubin. Katanya animasi ini juga banyak hikmah pengajarannya. Membawa suatu qudwah yang mulia.
Animasi ini berkisarkan tentang kehidupan sekumpulan remaja yang dalam usaha mengharungi zaman sekolah mereka. Pada mulanya tidaklah menampakkan hala tuju sebenar cerita ini, namun segalanya berubah setelah kehadiran Furukawa Nagisa. Seorang gadis comel yang lembut tutur katanya, sopan budi bahasa indah akhlaknya. Sebentar..jangan salah faham antara hikmah dan realiti sebenar.
Pada perkiraanku akhlak yang digambarkan dalam animasi inilah penentu. Diriku tidaklah mengatakan yang membuka aurat itu boleh. Tidak juga mengatakan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan itu boleh. Ingat, mereka yang membuat animasi ini bukanlah faham akan agama langit. Mereka buat berdasarkan tafsiran ilham nilai murni itu sahaja.
Namun, ingat pesan abang Hilal, kita perlu belajar daripada Jahilliyyah. Akan konsep dan teknik mereka menterjemahkan nilai murni ke dalam diri manusia. Sungguh cara mereka itu sangat indah.
Permulaan cerita sahaja sudah menggambarkan nilai ithar dalam ukhuwah. Okazaki iaitu karakter utama sanggup berkorban apa sahaja demi membantu rakannya. Dia sanggup meluangkan masa pada perkara yang dia tidak minat semata-mata demi kegembiraan sahabatnya. Pada masa sahabat itu kesusahan, dialah orang pertama yang menghulurkan bantuan. Tika sahabat itu bersedih, nasihatnya menjadi madu penyembuh luka. Tika sahabat itu berputus asa, dialah matahari yang membawa sinar harapan.
Semuanya dikorbankan demi sahabatnya. Walau jauh di sudut hatinya terasa sunyi. Kasih sayang yang dicurahkan oleh kedua ibu bapanya tidak mencukupi. Dirinya sendiri merana dek sikap bapanya. Namun dia tabah menghadapi, boleh sahaja berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Sungguh, dia qudwah yang baik. Menjadi contoh sang pewaris Umar dan pengganti al Fateh zaman kini.
Namun sikap dia kepada bapanya itu tidaklah boleh kita contohi ya.
Ingat, walau jahat mana pun bapa kita itu. Dia masih lagi ayah kita. Satu-satunya ayah kita di dunia ini. Tatkala dulunya kita jatuh tika bertatih, merekalah yang memimpin tangan kita. Ingat, ayah kita adalah segalanya selepas ibu. Ingat itu kawan-kawan..~
Dango, dango, dango, dango daikazoku..~
Tahu kan the Big Dango Family?
Itulah keluarga Nagisa. Mesra dan ceria. Menjadi contoh tauladan keluarga bahagia.
Mereka sangat menghormati tetamu. Sentiasa meraikan mereka. Juga sangat mesra dengan jiran tetangga. Kasih kepada kanak-kanak sekitar taman perumahannya. Juga mesra pelanggan ketika berniaga.
Ibu dan ayah Nagisa juga sangat kasih antara satu sama lain. Walaupun sudah lama berkahwin, tetapi mereka masih mesra seakan baru semalam dijabkabulkan. Tika mana sang isteri merajuk, si suami sedia memujuk. Sungguh, itulah keluarga impian. Uswah yang membawa harapan. Suasana kekeluargaan inilah yang perlu kita contohi. Baru sama-sama dapat membangunkan ummah.
Dango, dango, dango, dango, a big dango family
Dango, dango, dango, dango, a big dango family
The chummy dango hold their hands together and make a big, round ring
They build a town on the dango planet and everyone laughs together
The rabbit is trying to wave in the sky; the huge moon
Is rounding up everything, happy things and sad things, too..
Huuu..sebelum ku akhiri tinta pena sang penggerak maya ini. Satu lagi karakter yang hendak ana ceritakan.
Fuuko..~
Karakter ini comel. Dia adalah budak yang kuat berusaha. Walaupun hidupnya hanya pada memori. (Sebenarnya tak berapa faham sangat situasi dia ini) tapi dia mengajar ana sesuatu.
"Kalau budak kecil pun tabah dan tidak pernah merungut akan ujian yang dihadapi, masakan daku yang dah remaja ini pula asyik yang menyalahkan sana sini."
Adeh, terpanjang pula ceritanya. Rasanya sampai disini dahulu ya, nanti ana sambung tentang Clannad After Story pula, tak habis tengok lagi. Heee..~ InsyaAllah..
Daku bukan sang malaikat,
Namun bukan jua si penjahat,
Hanyalah mereka yang mencari rahmat,
Untuk menuju ke negeri akhirat..~
Wallahualam,
Yosh!
haha..cite nie best gile..ingtkn awk nk buat yg clannad nie ade pape sumthing buruk..tgk2...huh..seb baik..minat gile2 cite nie :D
ReplyDelete