"Hikmah itu berada dimana-mana sahaja, terpulang pada dirimu, sama ada mahu mengutipnya ataupun tidak."
Mungkin setelah sekian lama ana tidak menonton animasi Jepun akibat kesibukan yang agak dahsyat.Almaklumlah, dah masuk asasi ini, ditambah dengan penerbit yang hadir meminta manuskrip,siap ada deathline, tak siap.K.O! Dah macam ah long kutip hutang, seram menjadi mangsa. Macam-macam kerja perlu dibuat. Ana seakan dah jadi sedikit kekok pula dalam memulakan bicara, diri ini seakan hilang punca, dari mana mahu bermula, apa mukadimahnya.Aiseh..
Sungguh apa pun diri ini hanya mengharap agar setitis tinta ilmu yang dikurniakan olehNya ini sedikit sebanyak mampu memberi sumbangan dalam membangunkan ummah dan meruntuhkan jahiliyyah.
Jap, rancangan Angel Beats ini bukan salah satu daripada jahiliyyah juga ke?
Aiseh, tadi kata nak runtuhkan jahiliyyah, sekarang macam sokong pula..macam mana itu?
Ya ana setuju, Angle Beats juga adalah salah satu daripada jahiliyyah. Namun, abang Hilal Asyraf pernah kata,
'Kita kena belajar daripada jahiliyyah, dari segi konsep,idea, kelebihan dan teknik'
"Hikmah dan kebijaksanaan adalah hak milik mukmin, dimana sahaja kamu menjumpainya, maka kutiplah."
Jadinya, ya..jahiliyyah itu memang asalnya tak baik, tetapi idea yang membawa jahiliyyah itu boleh dijadikan teladan. Sebagai contoh, remaja suka menonton tv, tapi kita duk kirim surat rasmi ke rumah-rumah mereka untuk berdakwah. Adakah cara kita itu sesuai? Semestinya tak kan? Semestinya kita akan guna medium yang lebih cepat, mudah dan menarik kan? Semestinya tv adalah medium terbaik.
Satu lagi persoalan, kenapa animasi Angel Beats yang dipilih? Tak ada cerita lain ke?
Persoalan yang menarik, dulu ana pernah juga sentuh berkenaan ini. Sebenarnya semuanya berkaitan dengan minat ana dan betapa banyaknya hikmah yang terkandung dalam sesebuah cerita itu. Tidak dinafikan, cerita melayu juga ada pengajarannya. Namun diriku ini sudah bosan dek cerita hantu yang terhasil bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan oleh kebanyakan pengarah MELAYU.
Kenapalah berlumba-lumba ke arah itu? Sungguh, pada pandanganku. Cerita itu semua memundurkan minda masyarakat, tidak membangunkan ummah, malah boleh merosakkan akidah. Juga boleh mengelirukan masyarakat tentang ruqiyah Islamiyah.Islam adalah agama yang syumul, iaitu menyeluruh.Perubatan dalam Islam bukan hanya untuk mengahalau jin, hantu dan syaitan. Penggunaannya menyeluruh. Namun, minda masyarakat seakan tersepit dek persepsi yang dilontarkan oleh kebanyakan filem melayu kini.
Sekadar alasan ana, kenapa ana lebih suka memilih animasi Jepun berbanding filem Melayu kini. Kita kena ingat, kita kena beri apa yang ummah perlu, bukan apa yang mereka mahu.
Ok, jom ana cerita tentang animasi Angel Beats ini. Dari tadi duk pusing-pusing pada mukadimah sahaja. Adeh..
Animasi ini sebenarnya berkisarkan kehidupan selepas mati. Mungkin tak berapa sesuai dengan kanak-kanak sebab hal ini ada kaitannya dengan akidah. Tapi setahu ana, perkara ini tak adalah bahaya pun, kalau ditapis untuk mencari hikmahlah. Dulu pun dalam Dragon Ball ada sahaja karakter Goku ditunjukkan kehidupannya selepas mati. Tetapi tak ada pun kes kanak-kanak murtad atau apa. Cuma orang Melayu Islam pada zaman kini sahaja yang suka melenting tak tentu hala.
Pada permulaannya, Angel Beats membuka minda kita tentang suatu isu. Isu yang melanda kebanyakan masyarakat kita sekarang ini. Isu tidak menghargai nyawa sendiri. Tengok sahaja masyarakat muda kita, lumba haram, dadah, rokok. Tenang sahaja, walaupun mereka tahu perkara itu memudaratkan tetapi semua itu seakan tidak terkesan oleh hati mereka. Nyawa seakan tidak berharga lansung. Dunia ini ibarat syurga bagi mereka.
Dalam siri Angle Beats, setiap karakter mereka mempunyai masa silam yang sedih. Sungguh memilukan, mampu menyebabkan air mata kita gugur bercurah-curah. Mereka hadir ke dunia itu kerana mereka tidak boleh menerima kematian mereka. Mereka hampir mencapai bahagia, namun segalanya tidak kesampaian. Mereka mati dalam keadaan mereka diperlukan.
Ada yang mati ketika melindungi adik-adik yang dirompak, ada yang mati ketika dalam perjalanan ke Universiti tetapi semasa menaiki kereta api, kereta api itu terperangkap dek tanah runtuh. Sungguh ketika mana mereka ingin mencapai bahagia itu, ketika itulah kematian menjemput mereka.
Kesian juga kan? Tuhan itu tak adil ke? Kenapa mereka tidak dibenarkan merasa kebahagiaan di dunia?
Persoalan itu berlegar dalam diri karakter masing-masing.
Tapi nanti dulu...Ingat janji Allah. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Rencana Ilahi itu indah. Justeru cerita ini mengajar kita tentang itu. Tidaklah cerita ini mengatakan yang Allah itu Perancang terbaik. Cuma ditunjukkan bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya. Macam kematian pelajar yang dalam perjalanan ke Universiti itu. Disebabkan kematian dirinya, satu nyawa yang lebih penting terselamat. Dia dermakan jantungnya kepada seorang gadis, lepas itu dia jumpa gadis itu di dunia selepas kematian..(time ini touching habis..~ berjurai air mata gugur pada masa itu).
Wa ka za lika aidhon(selain itu juga) acuan dalam animasi ini sangat rapi, terserlah intipati persahabatan, menuturkan nilai ukhuwah tertinggi. Ukhuwah yang tertinggi adalah ithar kan? Iaitu mengutamakan sahabat kita dalam segala hal. Sungguh cerita ini banyak menunjukkan pengorbanan seorang sahabat demi kepentingan sahabatnya yang lain. Tak kira tika ditimpa musibah ataupun ketika bahagia menjengah. Sahabat itu yang diutamakan.
Wah, bestnya jika ada sahabat yang macam ini!
Last but not least, last but the most precious yang ana tak jumpa dalam animasi lain.Sifat Murah Hati. Sungguh dalam animasi ini menunjukkan qudwah dalam bermurah hati. Hatta ana pun tak mampu lagi nak menderma organ ini. Sungguh, derma RM 50 di masjid pun fikir 29 kali. Inikan nak derma organ. Mungkin hati belum terbuka lagi untuk mencapai ithar dalam ukhuwah. InsyaAllah, kita sama-msama berusaha ke arah itu.
Utamakan sahabat dalam segala hal. Kita bersahabat pun kerana Allah kan. Hadirnya sahabat itu juga sebagai amanah. Sememangnya animasi ini penuh dengan hikmah, cuma terpulang pada kita sama ada nak ambil atau tak. Jadinya geng, memandangkan ummah sekarang ini sedang dilanda penyakit al wahan. Marilah bersama mengorak langkah mngambil hikmah lantas bersama membangunkan ummah dan meruntuhkan jahiliyyah.
Yosh!
smart la akmal..ana ske...macam dalam fullmetal alchemist brotherhood,walaupun ianya penuh dgn lmbang zionis,tapi kan, dia ada nilai gak kan..iaitu kasih sayang anak terhadap ibu,bapa terhadap anak,sahabat2 perjuangan...
ReplyDeletemubin berkata....terbaek lah akmal, da lama ana menanti, akhirnya muncul gak, hahaha... tp ana nk bntah laa statement kat kreko trbaru nii katekn citer angel beats ialah anime terburuk 2011, polak jer ana bce...ape2 pon, thanx :))
ReplyDeleteP/S: da lame tak dgr muzik nii...rindu plak kat smapk :)