"Terlajak perahu, masih boleh diundur lagi. Terlajak kata, hilang percaya."
Sahaja mahu mengisi kekosongan malam yang suram ini. Jemari yang sudah lama tidak menari. Jika salah itu, mohon dibetulkan kembali. Sambil itu boleh juga daku bermusahabah diri. Memperingati dosa lalu yang sering menggelapkan hati..~
Hehe, termengarut pula.
Huuu..masa itu berlalu, peristiwa yang datang dan pergi. Perubahan yang sentiasa berlaku. Kadang kecewa, kadang itu bahagia. Adeh, tak masuk topik.
Bicara, banyak perkara yang boleh kita bincangkan..~
Teringat akan hadis baginda yang kita cintai, Rasulullah S.A.W
Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya:
“Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
SubhanAllah, nasihat yang sungguh berhikmah kan?
Jika kita dapat melaksanakannya insyaAllah baginda semestinya gembira.
Tetapi macam mana nak buat itu? Senangkah?
Tidaklah semudah yang disangka kan? Ana sendiri pun selalu terlepas perkataan yang tidak baik. Biasalah manusia, tetapi tidak bermakna kita boleh ambil mudah sahaja. Apa yang penting kita usaha, perubahan ke arah kebaikan itu perlu ada.
Adalah satu pendapat ataupun cara yang dicadangkan oleh Sis Zabrina. Mungkin sesuai untuk kita..~
Setiap kali kita nak buka mulut membicarakan sesuatu, kita cuba untuk kawal diri berhenti seketika, dan bertanyakan beberapa soalan ini kepada diri sendiri..
"Adakah perkara yang aku ingin katakan ini adalah perkara yang baik ataupun sebaliknya? Adakah perkara ini mengumpat? Adakah perkara ini memfitnah? Adakah ini perkara benar atau bohong semata-mata? Adakah perkara ini sahih atau rekaan?"
Woah, banyaknya soalan kan?
Tapi, adakah anda tahu..~
Jika, dan hanya jika kita dapat melakukannya, kita dapat menjaga lidah kita daripada sebarang pertuturan tidak baik, Allah menjanjikan kepada kita sesuatu yang istimewa..~
"Wahai mereka yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat danbenar (dalam segala perkara). Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."
- Surah Al Ahzab 70-71 -
SubhanAllah!
Hebat kan?
Dengan menjaga pertututan kita, Allah menjanjikan jaminan kejayaan dan mengampunkan dosa-dosa kita..~
Adakah kita mahu jaminan itu?
Semestinya!
Adakah kita mahu Allah mengampunkan dosa-dosa terdahulu?
Sudah pasti ya!
Jadi apa pandangan anda?
Anda juga mahukannya?
Dakara, from now on, jom kita berhenti seketika dan berfikir sebentar sebelum melontarkan sebarang kata, setuju?
Jom! Yosh!
No comments:
Post a Comment