Saturday, 12 April 2014

Genesis : Rahsia Yang Diabaikan

'Be grateful, that's what make human a human'
-Dr Isham, Philosophy of Religion-

Manusia.

Mereka dijadikan, diberi akal fikiran, serta kebebasan dalam membuat pilihan. Kehidupan mereka kompleks, ada plot tersendiri, pengalaman yang berbeza, sistem nilai yang estetika juga persepsi yang kadang-kadang itu susah untuk dicerna.

Mereka ini menarik, kerana dengan hanya memerhatikan mereka dan berfikir, kamu boleh kenal Pencipta.

Saturday, 21 September 2013

Pegang Erat Tanganku ~

Lihat sahaja tajuk ini, apa yang terlintas di benak fikiran kita? Adakah tajuk ini berkisar tentang sahabat? Tentang ukhuwah? Ataupun tentang keluarga? Nak Islamik sikit, tentang sang hamba dan Pencipta? Ke ada yang terfikir tentang si dia? Pelbagai persepsi.

            Namun, apa yang ingin dimaksudkan dengan pegang erat di sini, tak kisahlah kita pegang erat tangan sesiapa pun, yang penting kita pegang dengan erat dan erat itu bukan bermaksud saluran tenaga atau kuasa yang mengalir. Tetapi kita pegang dengan hati kita. Ha, macam mana itu?

Friday, 14 June 2013

Spirited Away dan Plot Cerita Kita.

" Zaman kanak-kanak kita belajar untuk menghayati, tentang apa dan siapa. Dewasa pula zaman untuk memahami, tentang kenapa dan mengapa. Begitulah tahap kembara akal kita yang telah digarap sempurna, membuatkan kita terharu menafsir hikmahNya ^^ "




Masa kecil-kecil dulu suka tengok movie ini. Setiap kali tengok, mesti rasa terharu. Walaupun hakikatnya tak berapa faham jalan cerita dan apa yang watak itu kata. Yalah, movie itu dalam bahasa Jepun, dan subtitle English. Kita waktu itu baru 8 tahun.

Entah, tak tahulah apa yang membuatkan tersentuh sangat dengan cerita ini masa itu. Terutama ketika peleraian, sewaktu perjalanan Chihiro pergi ke tempat perempuan sihir untuk memulangkan barang dan ketika Haku menjemputnya pulang.

Wednesday, 12 June 2013

Serpihan Memori yang Dikutip.

"Cahaya dan kegelapan, dua perkara yang tak boleh dilenyapkan. Namun, kita boleh atasi dengan iman."

Terasa lama pula tak diupdate blog ini. Nak kata sibuk, macam tak sahaja. Cuma mungkin belum ada mood nak update. Tak ada cerita menarik yang ingin dikongsi memandangkan baru-baru ini asyik duk di rumah sahaja. Makan, tidur, main game. Hrmmm..penganggur yang berjaya ~

Tapi, bila difikir balik. Sebenarnya ada sahaja perkara best yang berlaku, masa untuk mengimbau memori lalu..^^

Terutamanya ketika zaman belajar di asasi. Boleh kata, macam baru nak kenal realiti kehidupan sebenarlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...