Wednesday 12 June 2013

Serpihan Memori yang Dikutip.

"Cahaya dan kegelapan, dua perkara yang tak boleh dilenyapkan. Namun, kita boleh atasi dengan iman."

Terasa lama pula tak diupdate blog ini. Nak kata sibuk, macam tak sahaja. Cuma mungkin belum ada mood nak update. Tak ada cerita menarik yang ingin dikongsi memandangkan baru-baru ini asyik duk di rumah sahaja. Makan, tidur, main game. Hrmmm..penganggur yang berjaya ~

Tapi, bila difikir balik. Sebenarnya ada sahaja perkara best yang berlaku, masa untuk mengimbau memori lalu..^^

Terutamanya ketika zaman belajar di asasi. Boleh kata, macam baru nak kenal realiti kehidupan sebenarlah.



Setiap orang mempunyai jalan cerita yang berbeza.

Realiti? Ramai orang tertanya-tanya, apa sebenarnya maksud realiti itu. Adakah realiti itu sesuatu yang kita nampak di hadapan mata? Sesuatu yang berpijak di bumi nyata? Itukah maksud realiti?

Jadi apa pula makna realiti bagi si buta ya? Mereka tidak boleh melihat. Adakah tiada konsep realiti dalam hidup mereka? Semestinya tidak.

Sesuatu yang subjektif kan. Lain orang, lain penafsiran mereka.

Begitulah kita dipertemukan di dalam dunia ini. Suatu konsep yang baru difahami tika mana menjalani kehidupan sebagai pelajar asasi. Hehe

Sebelum ini macam masih samar-samar lagi untuk menerima, yalah..duduk di sekolah agama juga ada kekurangannya. Kami tak terdedah dengan ragam rakan yang latar belakang keluarganya tak tercapai dek akal kenapa jadi begitu.

Kalau ada pelajar yang berkelakuan tak baik, selalunya akan dipulaukan. Mereka akan buat 'geng' sendiri. Tak berapa bergaul dengan pelajar yang bajet alim semua ini. Begitu juga sebaliknya. Dengan kata lain, ada dua 'geng'. Geng budak nakal dan geng budak bajet alim.

Kenapa kata geng budak BAJET alim? Sebab, kalau mereka alim, mereka tak akan buat geng, malah bergaul sahaja dengan semua orang. Bukannya menimbulkan jurang dalam ukhuwah.

Ya, di sana jurang antara kami agak besar. Malah kalau ada antara kami yang cuba untuk mendamaikan dua 'geng' ini, maka mereka akan dilihat sebagai traitor atau the so called golongan yang tercicir. Oh, sangat tak matang ketika itu, malu sungguh!

Selepas alam persekolahan, kami dipisahkan dengan menerima tawaran di universiti berlainan. Pada mula itu tercari-cari juga hikmah, kenapa kami diletakkan di tempat pengajian yang berbeza. Dahlah jauh, seberang laut pula itu.

Rasa sunyi, rasa sedih. Rindu nak duduk sekali dalam bulatan gembira. Rindu yang teramat!

Namun, kita kena ingat, ada perkara yang kita rasa baik untuk kita, tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga sebaliknya. Hanya Dia Yang Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita kan ^^

Di sinilah daku diuji untuk memahami. Diuji untuk mendekati mereka yang selama ini aku menjauhi.

Pada mulanya agak kekok juga. Yalah, mula-mula tak selesa dengan pakaian mereka di dorm yang tak berapa cukup kain itu. Kemudian dengan bahasa tutur mereka yang kesatnya bukan main.

Kadang-kadang rasa geram nak tegur, tapi sekadar didiamkan sahaja. 'Ingat, ini bukan sekolah lama kau. Kena jaga hubungan. Nak duduk satu sem dalam bilik yang sama ini. Sabar..'

Setelah sekian lama bergaul dengan mereka. Sedikit demi sedikit, terlihat hikmahNya. Sebenarnya, mereka bukanlah 'teruk' sangat. Mereka cuma tak faham, dan tak pernah ada yang mendekati untuk memahami.

Bergaul dengan mereka, gelak sama-sama, kejut subuh ikut jadual. Wah, inikah realiti?

Ya, realiti kehidupan manusia. Fitrahnya mereka semua inginkan yang baik. Cuma mereka keliru, mana satu ma'ruf dan yang mana satu adalah mungkar. Perkara yang samar-samar kelihatan.

Ada yang kata, mereka ingat kalau dalam bilik tak apa pakai macam itu. Juga yang ingat kalau kata %$#@ itu tak apa. Keliru. Mereka keliru.

Tapi aku..sedih. Aku sedih, kerana aku baru tahu. Amat sedih kerana sebelum ini aku tak pernah nak ambil tahu. Kawan-kawan lama di sekolah dulu. Kenapa aku tak pernah cuba nak mendekati mereka. Cuba memahami mereka. Kenapa daku sekadar buat kesimpulan yang melulu. 

Oh, sekarang aku sedar. Betapa aku ini dulu bajet alim.

Kan, nampak hikmahnya di situ. Jalan yang Allah plotkan untuk daku memahami.

Bahawa jalan cerita manusia itu berbeza, namun apabila dipertemukan itu adalah rencanaNya. Menjadikan kita untuk saling memahami dan mengerti apa erti sebenar menjadi manusia.

Nantilah sambung, mengantuk pula..~

3 comments:

  1. sbnrnye akhlak seseorng pun bley mendtngkan pelbgai presepsi kpd mereka nie.cnth berdsrkan pengalaman sye dlu sye sngt x ska org yg bertdung lbuh sbb sye tngok mcm mne akhlak seglntr drpd mereka nie trhdp org lain yg x bertdung lbuh.mereka dlu ape yg sye liht x ska brcmpur dgn bdak yg x bertdung lbuh.kdang2 pndangan mereka tu seolah2 mereka x ska ngan org yg x bertdung lbuh.memng x semua tpi kbnyakan yg sye jumpa mse tu bersikp mcm nie.tpi bla sye join satu kem nie sye jumpa dgn akak pkai prdh.lyanan dia x sma ngan pe yg sye liht mereka yg lain sblum nie.tutr kta dia baik sngt.smpai sedikit2 prasaan tnggapan x baik sye dlu trhdp org yg memkai tdung lbuh mkin trhkis.mlm last wktu nk berpsah dia peluk sye.sye rse ade perasaan yg sngt sebak mse tu tetba.x tau knpe.hari demi hri alhamdulillah allah pertemukan sye ngan org2 yg sbgini yg bertdung lbuh dan baik akhlaknye.cnth kwan2 kt matrik, lme2 sye teringin nk pkai mcm tu nk jdi mcm tu.dan alhamdulillah hidayah allah yg mahal tu sye dpt.akhirnye sye bertdung sbgtu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju, Rasulullah berdakwah pun melalui akhlak baginda ^^

      Dengan akhlak, kita boleh leburkan jurang antara kita dan mereka. Akhlak juga yang memberi inspirasi orang sekeliling untuk berubah. Fitrahnya manusia, suka akan kebaikan ^^

      Delete
  2. Stujuu.. x perlu nak bergeng2. kwn dgn semua.
    Dari yg free hair sampai yg brpurdah :)
    وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...