Tuesday, 21 February 2012

Komunikasi..~

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." 
(Surah An Nahl : 125)



Huhu, tidak tahu kenapa. Baru-baru ini tiba-tiba rajin pula mahu mengupdate blog. Padahal sebelum ini punyalah malas. Mungkin baru tersedar, antara medium perkongsian yang terbaik bagi diriku adalah blogging. Yalah, mana tahu esok lusa daku telah pergi, at least ada juga bekalan untuk dibawa ke sana.


Huuu, oklah. Memandangkan esok ada kuiz, jadi daku memilih tajuk komunikasi untuk dibincangkan. Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada tajuk dalam subjek Introduction to Human Science. Walaupun daku tidak mengambil course HS, tetapi dah diwajibkan untuk ambil subjek ini, nak buat macam mana..redha sahajalah..~

Komunikasi, dalam bahasa mudahnya berhubunglah. Kalau nak ikut definisi, satu proses sistematik interaksi antara manusia melalui simbol untuk menggambarkan dan menjelaskan maksud. Huhu, definisi yang memeningkan kepala..~

Dalam komunikasi ini ada pelbagai elemen,

Elemen pertama manusia,

-Adanya sender iaitu, mereka yang merekod dan menghantar pesanan.
-Terdapat juga receiver iaitu, mereka yang menerima dan menterjemah pesanan itu.

Elemen kedua semestinya pesanan,

-Kandungan pertukaran komunikasi antara penyampai dan pendengar.
-Verbal (cakap) dan Non-verbal (perbuatan).

Elemen ketiga pula adalah channel,

-Medium pesanan itu disampaikan.
-Kita ini digelar multichannel communicators sebab pesanan verbal dan non-verbal dihantar melalui banyak siaran seperti visual, bunyi, bau dan etc.

Elemen ke-4 adalah bunyi bising,

-Sesuatu yang mengganggu komunikasi ( ini budak tadika pun tahu..~)
-Bunyi bising luaran terjadi akibat kesan gangguan persekitaran.
-Bunyi bising dalaman pula akibat daripada keadaan psikologi seseorang dan juga keadaan fizikal mereka.

Elemen ke-5 konteks,

-Tempat komunikasi berlaku.
-Keadaan tempat dan masa yang mempengaruhi cara mereka memberi reaksi terhadap yang lain.

Elemen ke 6 adalah maklum balas,

-Tindak balas dan informasi yang dikembalikan kepada penyampai.
-Verbal dan non verbal yang terjadi secara sengaja dan tidak sengaja.
-Maklum balas positif menyebabkan kita tergalak untuk melakukan perbuatan itu lagi.
-Maklum balas negatif menyebabkan kita berhenti atau mengubah perbuatan kita itu.
-Maklum balas dalaman datang dari diri sendiri..~(muhasabah contohnya)

Elemen ke 7 kesan,

-Hasil daripada komunikasi kita akan menghadapi kesan kepada emosi, fizikal dan pemikiran.
-Kesan ini akan dipengaruhi melalui cara bagaimana mereka berkomunikasi.

Huhuhuuuu..penat menaip. Habis satu kerja.

Pecahan kedua pula, fungsi komunikasi.
Act, kalau nak baca, memang agak membosankan, sebab banyak yang kita dah sedia tahu berdasarkan pengalaman. Namun, kalau nak tambah ilmu apa salahnya kan? Kita tahu sesuatu itu dengan hujah dan lebih sistematik..~ Yosh!

Kefahaman dan wawasan,

-Komunikasi membolehkan kita mengetahui tentang diri sendiri dan orang lain melalui maklum balas.
-Kita boleh faham kenapa sesuatu itu berlaku dan bagaimana mahu membuat orang lain faham melalui komunikasi.

Hubungan yang bermakna ( ini dah kira direct translation ini..hadoi)

-Komunikasi menyebabkan kita berpuas hati tentang keperluan kita,
 -rasa dihargai
 -boleh mengawal dan dikawal.
 -pengaruh.
-Boleh menjalinkan hubungan yang lebih akrab apabila kita meluahkan apa yang terbuku di hati dan mendengar luahan orang lain.

Pengaruh dan Pujukan

-Setiap komunikasi yang berlaku akan mempengaruhi orang lain sama ada secara terang-terangan atau secara sembunyi.


Huuuu, ada banyak lagi..=.='
Tak apa, jangan mengalah! Yosh!

Kita bincang pula tentang jenis komunikasi..~

Zzzzzzz..~  esok kuiz wei..~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...