Sunday, 19 February 2012

Maryam a.s


"Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan lalu terus tertunduk pada perintah Allah… Janganlah dikau terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat Akhirat yang kekal abadi selama-lamanya…"




Yosh, terasa sudah lama pula tidak diupdate blog ini, almaklumlah sejak akhir-akhir ini asyik sibuk memanjang. Memandangkan sudah ada masa lapang ini, insyaAllah diriku akan menarikan pena meninta kalam. Ilham itu adalah dariNya, daku hanya menarikan pena..~

Masa di kuliah perbandingan agama tadi, Madam menceritakan perihal agama Kristian. Masa itulah baru tersedar, rupanya pengetahuan yang dikaji selama ini masih ada kelompangan. 

Sibuk mengkaji tentang Council of Nicea, St. Paul dan doktrin trinity sampaikan daku terlupa bahawa ada perkara penting yang daku tinggalkan. Sejarah ibu kepada Nabi Allah, Isa a.s iaitu Maryam a.s.

Ceritanya bermula setelah sekian lama perkahwinan Imran dengan isterinya, pasangan itu tidak dikurniakan anak. Lantas mereka berdoa kepada Allah dan bernazar sekiranya beroleh cahaya mata, anak itu akan diserahkan kepada Rumah Suci, Baitul Maqdis untuk dijadikan seorang rahib. Doa itu kemudiannya dimakbulkan. Si isteri hamil, malangnya menjelang kelahiran, Imran meninggal dunia.

Isteri Imran selamat bersalin tetapi terkejut apabila yang lahir itu anak perempuan. Dia ragu-ragu bolehkah anak perempuannya diserahkan kepada Baitul Maqdis untuk menjadi seorang ahli ibadat? Namun kerana nazar dan yakin anak itu akan selamat dilindungi Allah, puterinya yang bernama Maryam binti Imran diserahkan kepada Baitul Maqdis.

Di Baitul Maqdis, Maryam diasuh oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria. Peluang mengasuh Maryam bukan mudah kerana beliau terpaksa bersaing dengan rahib lain yang juga mahukan hak menjaga Maryam. Ada riwayat menyatakan, mereka bertanding dengan cara melemparkan kayu ke dalam sungai dan kayu siapa yang tidak tenggelam, berhak mendapatkan Maryam.

Maryam dididik dengan sempurna. Tiada siapa pun yang dibenarkan mendekatinya dan dia ditempatkan di sebuah bilik di atas mihrab Nabi Zakaria.

Saban hari Maryam menyendiri beribadat kepada Allah di bahagian timur Baitul Maqdis. Sehingga suatu hari, Allah mengutuskan Malaikat Jibril menemui Maryam dalam bentuk seorang manusia. Wanita itu terperanjat melihat tetamu yang tidak diundang lalu spontan mengucapkan, 
“Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah jika kamu seorang yang bertakwa” (Surah Maryam: 18). 
Jibril membalas, ” Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu…” 
(Surah Maryam:19)
Maryam lega dan Jibril bertukar rupa kepada bentuk asalnya sambil berkata, “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak lelaki yang suci.” (Surah Maryam: 19)
Jawab Maryam, ” Bagaimana aku mempunyai anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku pula bukan seorang penzina.” 
(Surah Maryam: 20)
Balas Jibril, “Demikianlah Tuhanku berfirman, ” Hal itu mudah bagiku.” 
(Surah Maryam:21)

Lantas Allah meniupkan roh ke dalam rahim Maryam dan wanita itu hamil. Kehamilannya sembilan bulan, sama seperti wanita lain. Walau bagaimanapun hal itu mencetuskan curiga kepada rahib lain. Seorang rahib bertanya, “Wahai Maryam. Bolehkah sebatang pokok tumbuh tanpa melalui biji benih? Bolehkah tanaman tumbuh subur tanpa benih yang ditabur? Bolehkah pula seorang anak dilahirkan tanpa suami yang mendampingi si isteri?”

Maryam faham maksud pertanyaan itu. Untuk soalan pertama dan kedua, dia menjawab, “Sesungguhnya Allah menciptakan pohon dan tanaman pertama di syurga tanpa perantaraan biji atau benih.” Kepada soalan ketiga, jawabnya, ” Ia kerja mudah bagi Allah, seperti Dia mencipta Adam tanpa ibu bapa.”

Memahami kecurigaan masyarakat dan untuk menjaga kehormatan bapa saudaranya, Maryam membawa diri ke tempat terpencil. Ketika itu dia merasakan saat bersalin semakin hampir. Maryam bersandar di sebatang pohon kurma mengenangkan dirinya yang keseorangan. Keluhnya, “Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan.” (Surah Maryam: 23)

Ketika itulah dia mendengar seruan Jibril, ” Jangan berdukacita wahai Maryam. Sesungguhnya Tuhanmu menjadikan di bawahnya sebatang sungai dan goyangkan ke arahmu pohon kurma itu supaya gugur buah yang masak.” (Surah Maryam: 24-25)

Dengan kurma dan air sungai itulah, Maryam merawat dirinya sehingga dia selamat melahirkan seorang anak lelaki. Berita Maryam melahirkan anak menimbulkan kemarahan dan aib dalam kalangan masyarakat Bani Israel. Mereka keluar mencela Maryam tetapi wanita itu membisu kerana itu yang diperintahkan Allah kepadanya. Dia menunjukkan ke arah anaknya dan ini menambahkan kemarahan Bani Israel.

“Bagaimana kami hendak bercakap dengan bayi yang masih dalam buaian?” bentak mereka. Ketika inilah Allah menurunkan mukjizat. Bayi yang sedang menyusu badan ibunya tiba-tiba menjawab, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberikan kepadaku Injil dan Dia menjadikan aku seorang Nabi.” Bayi itulah Nabi Isa al-Masih, utusan Allah. Dan bondanya, Maryam wanita solehah itu terpelihara kesuciannya, salah seorang wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah.

Sangat beruntunglah bonda Nabi Isa a.s iaitu Maryam kerana telah dijanjikan syurga oleh Allah.

Sungguh dia wanita mulia..~

Huhu, hebatkan?
Betapa hebatnya Allah, betapa bijaksananya Dia. Cuma kita sahaja yang membutakan hati tidak mengakui keagunganNya. Allah menciptakan Nabi Isa tanpa ayah, sambil itu memelihara wanita yang mulia itu daripada fitnah. Semua itu berlaku dengan hikmah. Untuk kita, yakinlah dan percaya. Betapa kisah dahulu ada kesannya buat kita. 

Bak kata Kamen Rider Den O,

"The past should give us hope." 

Yosh!

2 comments:

  1. lagu jiwang .
    saya baru jumpe kamu sahabat lama :)
    nnt saya follow .
    jgn lupe follow saya :)

    ReplyDelete
  2. huhu, bukan lagu jiwanglah..~
    lagu kemasyarakatan, tentang kita ini hanya manusia.~
    huhu, dah follow, Yosh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...