"The time is like a river, the flow that have passed you, will never pass you again"
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian.
3. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Al- Quran merupakan panduan kesempurnaan kehidupan umat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW buat sekalian manusia. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian kerana jauh sekali untuk kita memenuhi semua ganjaran dan kenikmatan yang ditawarkan Allah SWT.
Berapa ramai dalam kalangan manusia yang menghidupkan malam mereka dengan Qiamullail?
Berapa ramai dalam kalangan manusia yang solat mereka berjemaah?
Kesibukan yang mencengkam menjauhkan lagi manusia daripada Allah SWT. Allah SWT menyatakan bahasa yang tidak rugi ataupun terkecuali ialah mereka yang
1. Yang beriman dan beramal soleh
2. Berpesan- pesan dengan kebenaran dan kesabaran Dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakan, haruslah disandarkan sebagai ibadah. Ibadah ditegakkan dengan khusyuk dan kesungguhan kepada Allah SWT bagi mendapat keredhaan dan rahmatNya. Demikian juga halnya dengan pekerjaan yang diamanahkan kepada kita.
Tugas berkerja adalah untuk menyara kehidupan, belajar untuk memantapkan diri dan dikongsi ilmu itu untuk kesejahteraan. Maka haruslah dilaksanakan bersungguh- sungguh dan penuh fokus.
1. Usaha haruslah dipertingkatkan agar mencapai matlamatnya. Dalam soal ini, kesungguhan disokong oleh kesabaran dan tawakkal. Maknanya haruslah kita merancang pelbagai strategi dan janganlah bersikap statik sebaliknya hendaklah dinamik bagi memastikan keberkesanan kejayaannya.
2. Fokus Perlaksanaan setiap kerja itu hendaklah ada matlamatnya. Sama ada matlamat jangka pendek, sederhana mahupun jangka panjang. Hatta dalam ketika bermain atau bersukan pun kita harus ada matlamat. Sama ada matlamatnya untuk kesihatan, kemenangan atau kehebatan.
3.Tawakkal Usaha ke arah tawakkal ini bermula sejak perlaksanaan kerja itu lagi. Namun ramai yang salah konsep bahawa tawakkal adalah berserah terus kepada Allah. Berdoa, berfikir akan strategi, perancangan yang holistik adalah tawakkal. Peminggiran aspek-aspek inilah yang melemahkan ummah.
Dalam hal ini bukanlah kita mesti memiliki kesempurnaan tapi adalah perlu untuk kita melaksanakannya dengan sesempurna mungkin. Melakukan yang terbaik daripada yang terbaik. Intiharnya, masa yang berlalu tidak akan kembali. Maka laksanakan setiap sesuatu pada masa sekarang dengan bersungguh-sungguh biar matlamatnya mencapai awan di langit biru dan impaknya meransang akar di pasak Bumi namun inilah konsep dan falsafah yang diajar pada kita.
InsyaAllah. Allahhu Akbar!!!
Yosh!!!
No comments:
Post a Comment