Monday, 21 May 2012

Death Note, Mengajar Kita Sesuatu

"Suatu ilmu itu hadir dengan hikmah, mereka yang berkepentingan hanya menimba ilmu, tetapi mereka yang menghayati itu menggali hikmahnya sekali."




Dunia yang penuh dengan persoalan dan masalah. Selesai suatu perkara, datang pula perkara yang lain. Masalah itu ibarat angin yang datang dan pergi. Datangnya dengan taufan menghancurkan harapan, perginya membawa segala sehingga yang tinggal hanya hampa dan merana.


Namun lain pula bagi mereka yang mencari hikmah di sebalik segala perkara. Positif sahaja minda mereka. Semua itu dianggap kekuasaanNya. Yang Bijak Merancang dan Mentarbiah manusia. Mungkin perkara itu menjadi salah satu sebab juga yang memudahkan mereka untuk memahami konsep takdir. ^_^



Hidup di dunia yang penuh dengan pilihan. Siapa kita hari ini adalah kerana pilihan yang kita lakukan semalam dan semestinya bersama perancangan Dia juga. Oleh kerana itu pilihan yang tepat itu penting. Seperti mana L dalam cerita Death Note memilih untuk mati semata-mata bagi menghentikan jenayah yang dilakukan oleh Kira.


Cerita ini cerita lama. Sekitar tahun 2006. Sekadar terjumpa di dalam celahan nota hikmah. Tentang betapa cerita Jepun ini mengajar kita segalanya. Masyarakat yang hidupnya dipenuhi hikmah. Alangkah indahnya jika majoriti masyarakat mereka menganut Islam, agama langit itu akan kelihatan indah di mata dunia.


Kunci cerita ini yang mewujudkan watak Kira adalah berikutan Yagami Raito yang kecewa dengan undang-undang di Jepun yang kebanyakannya dilihat tidak mampu menangani kadar jenayah yang berlaku. Jenayah bertambah dari hari ke hari. Kebaikan tidak mendapat pembelaan, kejahatan semakin berleluasa. Sudah tidak adakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?


Dengan Death Note, Kira atau Yagami Raito berkuasa untuk membunuh orang. Lalu ketika ini hadirlah ethical decision, adakah penjenayah itu patut dibunuh sahaja? Atau melepaskan mereka hidup bebas dan membawa potensi yang membahayakan masyarakat sekeliling? 


Kira memilih untuk membunuh mereka. Pilihan yang secara logik bagi kita adalah tepat untuk mewujudkan dunia yang aman. Hanya yang tidak pernah melakukan jenayah sahaja dibenarkan hidup. Tetapi adakah itu suatu pilihan yang adil? Bukankah manusia itu diberi peluang untuk bertaubat? 


Jadinya apa pilihan kita jika kita menjadi Kira? Membunuh atau membiarkan? Perkembangan positif daripada apa yang Kira buat adalah kadar jenayah turun sebanyak 70%. Bukankah itu perkara yang baik? Pandangan anda?


Bagi mereka yang teraniaya akan anggap Kira sebagai penyelamat, tetapi bagi sesetengah yang lain akan menganggapnya sebagai pembunuh.


Pening juga kan. Bagaimanapun, Islam ada penyelesaiannya. Dalam Islam, kita tidak melihat bagaimana kehidupan seseorang itu bermula, tetapi kita lebih disarankan untuk melihat bagaimana kehidupan seseorang itu berakhir.


Su'ul khatimah atau Husnul khatimah


"If one night you see someone committing a sin, tomorrow don’t look at him as a sinner, he may have repented during the night and you didn’t know.''


Pengetahuan tentang di luar tabir ini adalah kuasaNya. Kita ini tidak mengetahui apa pun kecuali terlalu sedikit tentang seseorang itu berbanding Dia. Jadi apa hak kita untuk menghukum mereka?


Death Note mengajar kita untuk membuat keputusan dengan tidak sewenang-wenangnya menghukum orang lain. Keputusan yang kita ambil hari ini menentukan siapa kita akan datang. Keputusan yang dibuat semestinya melalui pertimbangan akal dan etika. Rujukan utama adalah agama. Selagi mana selari maka teruskanlah, jika tidak sebaiknya elakkanlah.


Persoalan lain timbul, tentang solusi kepada jenayah yang berleluasa. Kira kecewa dengan undang-undang yang tidak mampu memberi keadilan kepada manusia. Dengan Death Note dia mahu mengubah dunia. Benar, undang-undang manusia sememangnya tidak sempurna. Seperti kata ayah Kira sewaktu Kira mengatakan 'the world can't be saved by law anymore',


' It's true that the law isn't perfect, because the law is created by people that aren't perfect themselves. It would never be perfect. But this legal system is the culmination of mankind's efforts to define justice.'


' You've been too complacent and because of that you've taken the unforgavable path of taking other lives.'


Dunia ini hidupnya pelbagai manusia. Ramai mereka yang mahu mengubah dunia, tetapi tidak ramai yang mahu menempuh jalan sukar. Sedangkan sudah tertulis bahawa untuk menegakkan kebenaran itu memerlukan pengorbanan dan jalannya berliku. Usaha kita hari ini tidak semestinya hasilnya esok. Kadang-kadang 200 tahun akan datang baru nampak hasilnya. Terbukti sudah dalam sejarah Sultan Muhammad al Fateh, 800 tahun untuk menawan Konstantinopel.


Dalam Death Note, bukan Kira sahaja yang menjadi tajuk perbincangan. Saya lebih suka L.


Seorang detektif yang genius. Pandangnya luas di luar jangka. Memiliki ilmu yang luas tak terkata. Detektif teliti mengalahkan helang penglihatannya. Menjadikan gula kandungan utama dalam menu makanannya. Seperti katanya,


'Sugar is the main energy for the brain.'


Jalan cerita tentang L lebih ditekankan dalam Death Note 3. Banyak ilmu yang diperolehi apabila kita menelusuri jalan hidup beliau. Belajar tentang biology mengenai Alzheimer Disease, MidKine Protein, Blood Sugar. Belajar Math daripada N yang mempraktikkan Fibonacci Number. Tentang kepercayaan terhadap seseorang, menghargai kehidupan, berfikir secara kritikal, memecahkan kod. ^_^
Teringat kata-kata L,


'No matter how gifted, you alone cannot change the world.'


Cerita yang pada saya amat bermakna,
Ya, kebanyakannya hadir dari Negara Matahari terbit itu.


Kenapa ya, masyarakat Melayu kita kurangnya dengan cerita-cerita seumpama ini? Adakah kerana kurangnya pembacaan dan hanya banyak berkhayal semata-mata?


Walaupun Albert Einstein kata imagination is better than knowldege, tetapi kita kena ingat, imagination kita perlu dipandu dengan ilmu. Barulah terhasilnya penemuan baru. Kalau sekadar mengelamun ke laut, dan imaginasi sampai ke bulan tetapi tiada ilmu, tidak bermakna juga. Perkara itu perlu seiring pada perkiraan saya. 


Jomlah umat Islam di Malaysia, especially orang Melayu yang jadi majoriti dalam negara ini. Kita majukan filem kita dengan ilmu, bukan dengan nafsu yang berkepentingan dan tidak ada haluan itu.


Mara bersama Islam, membangunkan ummah dan meruntuhkan jahiliyyah.


Yosh!

2 comments:

  1. Excellent beat ! I wish to apprentice whilst you
    amend your site, how could i subscribe for a blog website?
    The account aided me a appropriate deal. I were a little bit familiar of
    this your broadcast provided brilliant transparent concept

    My web site: star stable cheat codes

    ReplyDelete
  2. In fact no matter if someone doesn't be
    aware of after that its up to other viewers that they will
    help, so here it occurs.

    My web site: ไฮไลท์ฟุตบอล

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...