Thursday 21 April 2011

Pengaduan Kepada Allah..~

"Now that you've shed your tears, like a kid crying his heart out.I can't see who I should protect anymore.It's look like I keep staring at the summer sky. Just because I acted tough , you couldn't see my tears,But in reality I was really scared, I keep losing on the people dear to me,Still I keep running desperately, It's look like together we can overcome everything, If we stayed like that, it's fine not being strong, I can finally see who I should protect, It looks like I keep yelling to the summer sky," 
-Naruto Shippuden Opening 9-


Apabila hati kita dilanda keresahan, kebimbangan dan kegusaran, pasti kita akan mencari tempat untuk mengadu akan apa yang kita rasakan. Tujuan mengadu itu adalah untuk kita berkongsi rasa dan perasaan. Mengadu itu membuatkan kita merasa tidak bersendirian. Kerana kita yakin, ada orang lain yang mendengar segala rasa didalam jiwa. Walaupun mungkin ada yang tidak faham.
 
Lega rasanya...~

Tetapi, seringkali juga kita sebagai manusia lupa mengadu kepada DIA yang menyebabkan segala apa yang telah kita rasai. Semua perasaan itu, adalah datang daripada Dia. Oleh kerana kelemahan manusia itu sendiri, selalu sahaja manusia membelakangkan Dia yang sedia untuk Mendengar setiap masa.


Manusia sentiasa ada tempat untuk mengadu.


Manusia Memang Sering Mengadu


Ana teringat semasa berada di sekolah rendah dahulu. Suatu hari itu, ana kena rotan dengan cikgu ana atas perkara yang ana tidak lakukan. Tangan ana dirotan sebanyak tiga kali. Jumlahnya sikit, tapi cukup berbisa. Sehinggakan ana rasa tapak tangan melekit-lekit. Sakit wei..~



Tamat waktu sekolah ana balik ke rumah. Sampai sahaja di rumah, ana mengadu pada Bonda. Tidak pasti mengadu kerana kesakitankah atau mengadu kerana perasaan sedih. Apa yang ana ingat waktu itu Bonda memarahi ana daripada bertindak membela anaknya seorang ini.


“Baguslah.. Nanti suruh cikgu rotan lagi,” kata Bonda sambil memandang tepat ke arah ana. Sedihnya..~


Bicara Bonda tidak ana hiraukan. Tapi ana sudah puas berkongsi apa yang ada dalam hati ana walaupun tidak mendapat pembelaan. Hehe...~


Maka, begitu jugalah manusia yang lainnya. Manusia ini antara salah satu sifatnya adalah lemah. Dan apabila berasa lemah, manusia akan mengadu kepada sesiapa yang diingin oleh hatinya agar dia merasa senang dan fikirannya sedikit lapang.

Mengadu kepada sahabat, ibu bapa, adik beradik dan insan lain...~

Apabila ditimpa masalah, dan keserabutan fikiran itu tidak dapat kita tampung lagi secara bersendirian, secara automatiknya kita akan mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah itu. Itu lumrah bagi manusia.



Anda begitu? Ana pun, begitu juga.

Apabila sahabat-sahabat ana datang mengadu kepada ana, berkongsi masalah mahupun kegembiraan, kita akan cuba raih sebaik mungkin. Kita berasa senang dapat berkongsi apa yang berlaku dalam hidup mereka. Kita tidak merasa terbeban. InshaAllah, jika ana dapat memberikan sedikit pendapat, maka ana akan berikan. Jika tidak, kita lebih memilih untuk diam mendengar masalah mereka.


Nah. Ana terfikir di sini...~

Manusia seringkali mencari manusia untuk mengadu segala masalah yang dia hadapi. Adakah itu salah? Tidak. Bahkan itu fitrah. Tetapi, seringkali manusia akan mengadu kepada manusia tanpa terlebih dahulu mengadu kepada Tuan Punya Dunia.

Salahkah? Tidak. Tetapi kurang sopan.



Allah Sedia Mendengar Pengaduan HambaNya

Kenapa ana katakan kurang sopan? Kalau ada yang tidak bersetuju, ana memohon maaf.

Apabila mengadu kepada manusia terlebih dahulu tanpa kembali kepada Allah, bagi ana itu kurang sopan. Kerana apa? Kerana ALLAh itu sentiasa memerhatikan kita dan sentiasa Maha Tahu akan setiap apa yang berlaku kepada kita. Tetapi, kita pergi mencari tempat lain untuk mengadu terlebih dahulu. Dan apabila perasaan itu sudah reda, barulah kita akan datang kepada Allah.

Pengaduan kepada Allah tidak memerlukan tempat yang spesifik. Anda boleh mengadu secara berjalan, duduk mahupun baring, hatta tengah berlari sekalipun. Sebaliknya mengadu kepada manusia, anda perlu mencari suasana yang bertepatan dengan mood anda waktu itu.

Allahuakbar!



Kita sering Terlupa Allah dalam hidup kita, kan. Ana akuinya.

Anda tahu, didalam sebuah Hadis Qudsi, pernah diceritakan bahawa apabila seorang hamba berdoa disertai dengan tangisan, maka Allah akan memberitahu dan menyuruh malaikat untuk menangguhkan permintaannya. Kerana apa? Kerana kata Allah, Allah rindu pada pengaduan yang bersungguh-sungguh seperti itu.

Allah rindu, wahai sahabat sekalian.

Subhanallah!



Hakikat Seorang Manusia

Hakikat yang perlu kita terima dan akui sebagai seorang manusia adalah, kita ini sering melupakan Allah SWT dalam hidup kita. Bahkan, tidak keterlaluan ana katakan, bahawa kita ini ada masa hanya mengingati Allah pada masa-masa yang tertentu.

Allahuakbar! Lemahnya kita..

Begitu juga dengan hal mengadu. Allah tidak larang kita berkongsi rasa kepada manusia. Tetapi sebaiknya, kita mengadulah terlebih dahulu kepada Allah. Kerana, hanya Allah yang Maha Memahami akan keadaan kita sedari kecil sehinggalah dewasa.

Sahabat, berbicara dengan Allah itu lain perasaan.

Apa perasaan itu? PUAS. Ya, kepuasan...~


Mari, Mengadu Kepada Allah

Hei sahabat. Ana juga masih bertatih. Maka, mari duduk bersama ana. Kita sama-sama mengadu kepada Allah. Apabila sudah tenang dan kita memerlukan nasihat daripada seorang manusia, maka carilah seseorang untuk memberi nasihat kepada anda.

Ana sedia menjadi pendengar setia.

Dan ana harap anda juga begitu. Boleh mendengar masalah ana.

Kita saling bantu-membantu.

Yang penting, kita berusaha untuk memaksimakan ingatan kita terhadap Allah!

Allah itu, sentiasa ada di ‘sana’ untuk mendengar pengaduan dari kita, hambaNya. Apabila kita mengadu, bukan Allah tidak pernah memberikan tindakbalas. Sebaliknya, Allah mendengar pengaduan kita itu dengan mencampakkan ketenangan ke dalam hati kita walaupun kita tidak melihat wajah ALLAH SWT.


Anda tidak yakin? Nah, bacalah kalam Allah ini,

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAh beserta dengan orang-orang yang sabar.” 

(al Baqarah : 152 – 153)

Ingin mengadu? Allah sentiasa ada dengan kamu.

Semoga Allah merahmati...~

Cmiiw..~
Yosh!!!

InsyaAllah..


1 comment:

  1. assalamualaikum..
    a'ah,,betul tu..kadang2 kita sendiri yg lagho. kita lupa kpd Pencipta kita dgn anggapan kita sudah ada tempat luahan yg lebih bgus daripadaNya..begitu lemahnya kita ni..

    muhasabah diri~~~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...