Sunday, 24 April 2011

Erti Sebuah Kehidupan..~

"Don't be afraid to take a big step. You can't cross a chasm in two small jumps. A person who follows in another's track leaves no footprints. Thus, the task is not so much to see what no one yet has seen, but to think what nobody yet has thought about that which everybody sees."


Simba sedang menasihati Kiara..~ We are One~


Guruku berkata : Apabila sudah menjawat jawatan yang besar jangan mendabik dada. Semakin besar dan tingginya gelaran yang kita perolehi, tingginya pangkat yang disandang. Semakin tinggilah juga risiko dan tanggungjawabnya. 



Guruku berkata : Dalam kehidupan ini. Apabila menelusurinya jangan lupa agar selalu membaca kembali buku sejarah hidup kita dahulu. Buat panduan agar tahu asal usul diri supaya tidak lupa siapa sebenarnya diri kita ini. 


Guruku berkata : Graf hidup kita tidak selalunya naik. Pada suatu hari nanti akan turun juga. Tetapi sekiranya turun jangan sampai terjelepuk dan tergolek. Guruku memberikan contohnya : ada orang yang tidak dapat menanggung bebanan hidup, bebanan tanggungjawab. Allah berikan ujian kepadanya dalam bentuk dugaan harta. 


Bekerja sebagai penguatkuasa ini orang akan selalu memerhati. Ada pula duit yang akan sampai dari bawah. Akhirnya amanah yang diberi akan dikhianati. Lalu jatuhlah graf hidup itu ke tingkat yang paling bawah. Biarlah kalau kita jatuh pun ia tidak merugikan diri, masih berfungsi sebagai hamba Allah yang berbakti di muka bumi. Wahai guru, terima kasihku ucapkan. Semoga Allah berkati dan rahmati hidup guru. Aminn Ya Robb..~






Wahai Diri... Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu, berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan Allah dan menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia. 


Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri, para ulamak selalu mengingatkan diri kita agar berhati-hati dengan kehidupan ini. Maka kerana itu maut itu menjadi rahsia Allah, Dia tidak mahu kita meyakini bahawa kita akan kekal di alam ini. 


Wahai Diri... Apa yang engkau corakkan dalam segenap kehidupanmu selama ini benar-benar mendapat redhanya Allah? Atau ia mengundang kemurkaanNya? Berapa kalilah engkau beristighfar tatkala terfikir tentang maksiat? Berapa kalilah engkau meminta ampun pada Allah apabila membuat dosa. Sekali lagi aku ingatkan wahai diri... dosa kecil itu apabila dihimpunkan ia akan menjadi besar. Dan setiap dosa itu jika tidak diampuni Allah serta mendapat rahmatNya akan dibasuh dengan bakaran api neraka. 


Oleh kerana itu, apabila engkau sedar bahawa hidup ini akan berakhir pada bila-bila masa bersegeralah membuat amal kebaikan. Allah telah berfirman yang bererti :




Quote
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).


(Surah al-Mulk ayat 2) 

Wahai diri... Ingatlah, bahawa dunia ini semakin sampai ke penghujungnya. Dan kita semua pasti akan hancur binasa, berpindah ke alam lain dan dibangkitkan untuk menerima buku amalan masing-masing. Sama ada di kanan ataupun di kirinya.





Wahai Diri..Ucaplah Terima Kasih Kepada Allah.. Terima kasih Allah, masih sudi memberi peluang kepada diri ini untuk terus menghirup udara di alamMu ini. Ampuni dosa diri ini ya Allah, culas kami pada perintahMu, terkadang jarang untuk menyebut namaMu, lupa untuk beristighfar kepadaMu.. Terima Kasih Ya Allah, masih sudi memberikan kami rakan taulan yang dapat memberi nasihat dan peringatan kepada hati yang kabur ini. 


Alhamdulillah, diri ini masih mampu untuk melangkah ke majlis ilmu dan zikir, masih diberi peluang untuk menangisi dosa-dosa yang lalu dan melihat kebenaran kitabMu yang diberikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W....~

1 comment:

  1. seorang pemimpin itu ibarat MATAHARI...
    matahari tetap teguh menyinarkan cahayanya walaupun ada yang mencaci kerana teriknya,, walau ada yg membencinya kerana menghapus malam,, walau ada yg merungut krn mewujudkan bahang.. TETAPI.. dia ttp bersinar dan x prnh merajuk... jadilah pemimpin yg membangunkan ummah.. insyaAllah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...