Thursday 21 April 2011

Fadhilat Surah al Mulk..~

“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”




Fadhilat Surah
Maksudnya:


Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah s.a.w, bagindabersabda:



"Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran yangmengandungi tiga puluh ayat. Ia dapat memberikan syafaat kepada pembacanya sehingga diampunkan untuknya. Itulah surah Tabarakallazi biyadihi al-Mulk."


(Riwayat Imam Ahmad)


Maksudnya:



Daripada Ibn Abbas r.a katanya: 



Sebahagian sahabat Rasulullah s.a.w memasang khemahnya di atas sebuah kubur tanpa
menyedari tempat itu adalah kubur. Tiba-tiba didapati ia adalahkubur seorang manusia yang sedang membaca surah al-Mulksehingga habis. Lalu sahabat itu datang kepada Rasulullah s.a.w
seraya berkata: 



"Wahai Rasulullah, saya telah memasang khemahdi atas sebuah kubur, tanpa menyedari ia adalah kubur. Tiba-tiba (terdengar suara) seorang yang sedang membaca surah al-Mulk iaitu: Tabarak sehingga dikhatamkannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: 


"Ia (surah tabarak) adalah penghalang, ia adalah penyelamat yang menyelamatkannya daripada azab kubur."

(Riwayat al-Tirmidzi)

Maksudnya:


Daripada Jabir r.a bahawa Rasulullah s.a.w tidak tidur melainkan setelah baginda membaca alif lam mim tanzil (surah al-Sajdah) dan surah tabarakallazi biyadihi al-Mulk (surah al-Mulk).


(Riwayat al-Tirmidzi)

Al-Laith melaporkan daripada Tawus yang mengatakan bahawa kedua-dua surah ini melebihi
surah-surah lain dalam al-Quran dengan tujuh puluhkebajikan.

Al-Tabarani meriwayatkan sebuah hadith bersumber daripada Ibn Abbas, katanya:


Maksudnya:


Rasulullah s.a.w bersabda: 


"Aku suka jika ia berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku, yakni surah tabarakallazi
biyadihi al-mulk."


(Riwayat al-Tabarani)

Hadith di atas turut diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam Musnadnya dengan lebih panjang lebar
iaitu:


SURAH AL-MULK


Maksudnya:


Daripada Ibn Abbas, beliau berkata kepada seorang lelaki:


"Mahukah aku hadiahkan kamu dengan sebuah hadith yang akanmenggembirakan kamu? Lelaki itu menjawab: Bahkan. Katanya: Bacalah surah Tabarakallazi biyadihi al-mulk, dan ajarkanlah kepada keluargamu serta semua anak pinakmu, kanak-kanakdi dalam rumahmu, serta jiran tetanggamu. Kerana surah ini adalah penyelamat dan juru bicara yang akan berhujah bagi pihak pembacanya pada hari kiamat di sisi Tuhannya. Ia (surah ini) akan meminta kepada Allah supaya mneyelamatkan pembacanya daripada azab neraka, dan menyelamatkannya
daripada azab kubur. "



Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Aku suka surah ini berada dalam hati setiap orang dari kalangan umatku."



Selamat Beramal...
Cmiiw..~


Yosh!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...