Friday, 11 February 2011

Novel dan Filem Islami, Musuh Islam Dalam Senyap?



"Sesungguhnya dalam surah Yusuf itu mengandungi teknik penceritaan terbaik yang tidak luput dek zaman, kisahnya telah dicatat ketika zaman Saidina Abu Bakar dahulu tetapi masih boleh dihayati hingga kini."




Minat baca novel? Saya juga minat malah sedang berkarya pun. Tahu teknik penulisan surah Yusuf? Teknik yang diajar oleh geng PTS kepada saya. Teknik yang dijana berdasarkan kajian terhadap gaya penceritaan dalam surah Yusuf. Tetapi bukan itu yang saya nak bincangkan kali ini, saya berminat untuk memberi pandangan berkenaan Novel dan Filem Islami yang kebanyakannya datang dari tanah seberang.


Sebelum kita merdeka, novel menjadi salah satu medium untuk membakar semangat rakyat supaya bencikan penjajah. Sekarang? Kebanyakannya sebagai penjana minda fantasi, maksudnya hanya sebagai menjana angan-angan cinta~ (saya kata kebanyakan, bukan semua ya, Apapun novel PTS bagus..)


Selepas novel Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan entah apa lagi 'novel pembina jiwa' dari tanah seberang yang akan diterbangkan ke tanah air kita ini. Semuanya berkisahkan cinta yang di dasari landasan Islami. Ye ke? Islami pada wajah sahaja rasanya, kan? Apa pandangan anda? Jom teruskan pengembaraan...


Kalau kita dengar respons masyarakat kita, ramai memberikan komen yang positif. Malah penggiat seni tanah seberang maju lebih selangkah daripada kita, filem-filem dan drama-drama yang berbentuk pembina jiwa dan cinta Islami.

Umat Islam Malaysia tidak terlepas daripada tempiasnya. Jadi muncul pula cadangan agar penggiat seni Malaysia mengorak langkah. Tambahkan karya-karya pembina jiwa, banyakkan cinta Islami dalam kalangan remaja. Biarkan remaja kita faham bahawa Islam meraikan perasaan cinta manusia asalkan pada jalan yang betul.

Tetapi, jika diteliti kembali ada bahaya dan bencananya. Ya bencana. Pelik saya kata bencana? Sebenarnya nak kata malapetaka sebab dalam bahasa Inggeris perkataan 'calamity' lebih sesuai digunakan daripada 'disaster'. Ibarat api yang marak dalam sekam, even ribut ais 'Blizzard' pun tak mampu nak bekukan. Bencana ini akan menipu mereka yang jahil ilmu agama, apatah lagi dalam keadaan jahil itu mereka mahu kembali kepada agama Islam yang sebenar.

Kita boleh tengok satu babak dalam karya seorang novelis Islami dari tanah seberang yang digilai peminat novel Islami Malaysia. Dalam karyanya itu, beliau memuatkan satu babak bergurau senda, saling bersentuhan antara abang dan adik angkat. Ya, abang dan adik angkat. Bukan mahram kan? Oleh kerana mereka bukan mahram, maka diakhir cerita mereka bernikah. Tapi sebelum pernikahan, hubungan mereka seperti adik beradik dan ketika itu mereka memang sedar mereka adik beradik angkat. Jadi, apa yang mahu ditonjolkan oleh penulis novel Islami berkelulusan institusi ulung di alam Islam sedunia ini?

Bukankah babak ini mengelirukan masyarakat yang sudahlah ramai keliru dalam isu mahram bukan mahram, tiba-tiba muncul karya si penulis novel Islami ini yang hanya akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa apa yang mereka keliru inilah yang benar, sedangkan hakikatnya salah!

Karya Islami ini juga muncul dalam drama-drama yang mula menyebar masuk ke dalam siaran televisyen tanah air. Mari saya bawa anda mengkaji satu drama ini. Saya tidak menonton dramanya, cuma dapat info daripada kawan saya.



Kita kaji satu drama popular tanah seberang, yang membawa mesej Islami. Drama yang menampilkan babak cinta seorang teruna Aqso dengan si Madina, dan si Fira. Madina dan Fira ialah adik beradik. Madina gadis bertudung litup, kuat agama. Madina selalu menasihati Aqso agar mencintai Fira, kakak Madina. Madina menyuruh Aqso melafazkan kata cinta kepada Fira. Madina menyuruh Aqso membawa Fira ke tempat romantik. Ibu bapa Fira dan Madina, amat suka untuk Aqso membawa Fira ke hulu ke hilir. Ketika Fira sakit mahu bersalin (lahirkan anak dengan seorang lelaki bernama Pasha), Aqso juga yang menjaganya.

Kalau kita tonton drama ini, kita akan sangka Aqso pernah bercinta dengan Madina, tapi berkahwin dengan Fira. Lalu Madina sebagai gadis solehah menasihati Aqso supaya mencintai Fira kerana Fira isterinya, dan tidak boleh Aqso mengambil Madina sebagai isteri kedua kerana haram mengumpulkan dua beradik sekaligus. Ini yang kita akan fikirkan. Lalu kita akan kata, bagus Madina, dia benar-benar kuat pegangan Islamnya. Dia mahu kakaknya bahagia. Dia tidak mahu membuat dosa kerana dia tahu tiada poligami dengan cara mengumpulkan dua beradik. Ini yang kita akan fikirkan. Lalu kita akan fikir, apabila Madina mengarahkan Aqso melafaz kata cinta, membawa Fira ke tempat romantik, semuanya supaya Aqso dapat membina rasa cinta kepada Fira yang sudah menjadi isterinya. Lalu kita akan kata bagus nasihat Madina. Dia menasihati orang yang dia cintai agar melupakan dia dan mencintai isteri yang sah yang juga kakak kepada Madina.

Tapi, nak tahu apa yang kita akan temui pada hujung cerita. Ketika di tempat romantik itu, Aqso menurut nasihat Madina untuk membawa Fira ke tempat romantik, Aqso melafazkan satu ayat yang membuat kita akan terkejut gila, terus naik menyampah dengan cerita itu. Aqso kata kepada Fira 

"Kita kahwin ya!". Kita pasti terkejut. Kita fikir sebelum ini mereka sudah berkahwin. Padahal! Ish..ish..ish....

Kenapa saya kata musuh dalam senyap?
Drama ini mengelirukan umat yang sudah sedia keliru. Dengan latar belakang Islam, maka orang membuat kesimpulan bahawa tiada salah berdua-duaan dengan bukan mahram, tiada salah saling melafazkan kata-kata romantis kepada bukan mahram.


Drama ini menunjukkan kemungkaran hanyalah bersentuh dan berzina. Berdua-duaan dengan bukan mahram bukan satu kemungkaran. Selagi mana tidak bersentuh tidak mengapa.

Drama ini mengajar ibu bapa agar membiarkan anaknya keluar dengan lelaki bukan mahram. Kenapa saya kata drama ini mengajar sedemikian? Semuanya kerana drama ini adalah drama beraspirasikan cinta Islami. Saya yakin emak saya suka cerita ini (berdasarkan pengalaman menonton drama-drama aspirasi Islami dari tanah seberang bersama emak..hee~), dan saya yakin emak saya akan beranggapan bahawa salah membiarkan anak-anak daranya keluar dengan bukan mahram kerana emak saya kuat asas Islamnya. 



Tetapi bagaimana dengan mereka yang masih mencari-cari kebenaran? Terutama masyarakat Melayu kita. Orang Melayu kita lebih suka membaca konspirasi daripada fakta. Konspirasi boleh dapat full dengan hanya menonton video. Tetapi ilmu agama yang sebenar, perlu membaca, berguru dan mengkaji. Jadi, apa akan jadi kepada fahaman masyarakat kita berkenaan ini? Fikir-fikirkanlah... 

Drama ini juga menjadikan penonton keliru kerana yang menasihati Aqso supaya keluar dengan Fira, menjalin hubungan rapat dengan Fira ialah Madina. Gadis yang kuat agama, bertudung litup, bersolat.

Madina digambarkan sebagai gadis yang kuat imannya. Dia membawa kakaknya Fira ke sekeliling kota melihat kehidupan orang yang susah supaya dapat menyedarkan kakaknya bahawa di luar sana masih ramai orang tidak bernasib baik. Hal ini demikian kerana ketika itu Fira baru sahaja keguguran bayinya. Tapi, babak ini juga menguatkan segala tindakan Madina mengarahkan Aqso menjalinkan hubungan cinta dengan Fira. 

Cuba bayangkan penonton sudah membina satu persepsi bahawa Madina gadis solehah, kuat agama. Lalu tindakan yang diambilnya adalah pasti menepati syariat. Ketika itu pula Madina menasihati Aqso supaya mencintai Fira, Madina mengungkapkan kata-kata "Cinta adalah anugerah daripada Allah".Lalu Madina mengarahkan Aqso menjalin hubungan dengan Fira.

Maka, penonton akan menjustifikasikan bahawa cinta Aqso dan Fira berdasarkan syariat dan anugerah Allah. Sungguh halus serangan ini. Maka, ketika itu, isyarat yang sampai kepada penonton adalah keluar berdua dengan bukan mahram, melafaz kata cinta dan romantis kepada bukan mahram, bukanlah satu perkara yang bertentangan dengan syara'. Bahkan adalah satu anugerah Allah apabila Allah mengurniakan perasaan cinta itu kepada hamba-hambaNya.

Kita sudah nampak bencananya. Drama ini juga adalah satu aspirasi dari novel-novel cinta Islami kerana dalam satu babaknya terpapar watak Aqso sedang membaca novel "Ketika Cinta Bertasbih".

Setuju dengan saya bahawa novel-novel pembina jiwa dari tanah seberang yang membawa mesej cinta Islami, apatah lagi drama dan filemnya, sebenarnya satu bencana dan bala buat umat Islam?

Setuju tak? Siapa setuju angkat tangan!


Kesimpulannya sokonglah novel PTS,
Hehehe..


Yosh!


Wallahualam....




Sumber rujukan cerita drama itu daripada,


www.halaqah.net

7 comments:

  1. owh...ilmu bru...ceteknye ilmu sye ader....
    syukran amal...wat banyak2 lg ek....
    t bole bce....
    (xsbo tggu novel terbru amal)hehe..

    ReplyDelete
  2. betul2...ana ingatkan ana seorang je yang perasan pasal novel Islamik dari Indonesia ni...memang banyak perkara yang boleh mengelirukan...ana ada baca beberapa novel Islamik ni...dan memang ana pelik juga dengan beberapa perkara dalam novel tu terutamanya bab-bab berkaitan pergaulan antara mahram dengan bukan mahram...

    apa2 pun..doumo arigatou ne~ such a great info..
    yosh!!!

    ReplyDelete
  3. afwan saudari mawaddatulislam,
    insyaAllah jika berkesempatan..

    dou ii blizzard,
    Yosh!

    Let's bring back the glory of our past!

    ReplyDelete
  4. salam...
    pendapat anta itu ada benarnya..^^ ~~smoga ini dpt mmbuka mata org2 yg terlalu TAKSUB dgn novel2 tanpa menyedari kesannya.. tetapi anta jgk perlu lihat, novel2 islami seperti ini ada lbih banyak kebaikan dari keburukan..pda pendapati ana, membaca novel2 seperti ketika cinta bertasbih dsb, adalah lebih baik dari membaca novel ntah pape tu, jadi kita sebg pembaca perlulah bijak meniliti kandungnnya.tidak semuanya buruk.. ambil yg baik dan jdkan yg buruk sbg pengajaran..jadikan membaca novel spt ini sbg hiburan ringn yg membawa faedah..apa yg kurang pasti dlm novel tu, bolehlah tnya kat org2 yg lebih arif, ustaz@ustazah ke.., sesungguhnya dgn novel juga dakwah dapat disampaikan..^^ tp kalo dah bnyk sgt bnda x btol dlm novel 2 xpayah la baca.. :)wAllahhu a'lam...

    ReplyDelete
  5. wa'alaikumussaam,

    terima kasih kerana sudi memberi pandangan anti,
    benar..novel seumpama ini juga terdapat kebaikan dan kadang-kadang itu lebih bagus daripada membaca novel yang entah apa-apa..

    Saya tidak risau jika mereka yang faham tentang hubungan mahram bukan mahram ini, saya cuma risau jika mereka yang sedang mencari kebenaran dan kefahaman dalam agama Islam, lebih-lebih lagi orang melayu yang suka mencari melalui medium seumpama ini..

    Yup, saya setuju, dengan novel juga dakwah dapat dilaksanakan, sebab itu saya kata diatas tadi, bukan semua novel bermasalah tetapi kebanyakannya..saya pun sedang menulis novel dakwah juga..

    Yosh!!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..^^
    syukran juga kerana sudi membalas komen ana..
    itulah, segelintir org selalu menggunakan bahan yg mudah dan yg belum tentu tepat isinya...

    wAllahu a'lam...

    owh, anta penulis ye? bguslah, teruskan usaha~~
    ganbattene!!~^^

    wassalam..n_n

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum~

    wahh, hebat sekali pandangan anta.! Yup, ana pun sokong juga pendapat anta tentang novel2 Islami drpd negara seberang. Kadang2 kita lagho membaca novel2 seperti tu walaupun bencana yang lebih parah bakal menimpa umat Islam sekiranya kita terlalu asyik dengan novel2 tersebut. Ana mengaku, kadang2 kita lalai dan terikut2 apa yang di sampaikan dalam novel tersebut. Ah, parah2..

    btw, syukran atas perkongsian yang betul bermanfaat tu. jazakallah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...