Wednesday 9 February 2011

Agama VS Evolusi



Evolusi? Nak berbincang mengenai digimon yang boleh digivolution ke? Semestinya bukan, kali ini lebih menarik, tetapi pastikan anda betul-betul bersedia....


Isu agama vs evolusi ini bukanlah isu yang baru ditimbulkan oleh muslim, sebaliknya perkara ini boleh dikatakan muncul sejak awal kemunculan teori evolusi itu sendiri.

Perkara ini pertama-tama sekali muncul dalam kalangan pendeta dan cendekiawan Kristian. Kenapa eah?



Hal ini demikian kerana pada awalnya, isu evolusi ini merupakan ancaman kepada agama kristian itu sendiri.

Antara basis atau prinsip paling asas dalam agama kristian, adalah prinsip Dosa Warisan. Iaitu dosa yang dilakukan Adam dan Eve di Garden of Eden, yang membuatkan mereka dibuang ke atas bumi. Dosa ini lah diwarisi oleh setiap manusia yang lahir. Kemudian penyaliban Jesus Christ merupakan lambang pembebasan dan penebusan dosa warisan ke atas semua umat manusia di dunia ini. Oleh sebab itulah, manusia perlu mengikut Jesus Christ, yang dianggap sebagai Saviour. Itulah asas agama kristian.



Namun apabila teori evolusi ini diperkenalkan, ia membawa paradigma blasphemy, iaitu - "Jika Evolusi itu benar, maka Adam tidak dicipta di Garden of Eden". Jika Adam tidak berada di Garden of Eden, maka maksudnya kisah dosa yang dilakukan Adam dan Eve itu tidak benar. Maksudnya, tidak wujud dosa warisan. Maksudnya, penyaliban Jesus Christ adalah sia-sia. Pendek kata, evolusi menggegarkan dan meretakkan tunjang utama agama kristian - The Original Sin!

Atas sebab itulah, ketika awal-awal teori evolusi ini dibicarakan, terdapat golongan pendeta dan cendekiawan Kristian yang cukup menentang idea ini. Mereka membawakan dalil-dalil dan hujah-hujah mereka yang digunakan untuk menumpaskan pandangan mengenai evolusi. Bukannya bertujuan demi kebenaran ilmu, tetapi bagi memenangkan agama mereka.

Namun, yang kesalnya, turut terdapat cendekiawan Islam yang terikut-ikut dalam konflik ini.Hal ini demikian kerana adanya sedikit persamaan antara Islam dan Kristian, contohnya seperti mengenai asal usul manusia. Hal ini juga berkemungkinan merupakan satu taktik para cendekiawan dan pendeta Kristian ini, bagi menampakkan seolah-olah Evolusi ini merupakan MUSUH KEPADA AGAMA. Akhirnya muncullah cendekiawan seperti Harun Yahya, contohnya, yang banyak mencedok dan menggunakan dalil dan hujah para cendekiawan Kristian ini dalam penolakannya terhadap evolusi. Cuma sekadar diselitkan ayat-ayat alQuran bagi menampakkan keIslamannya sahaja.

Bagaimana keadaannya sekarang?

Masyarakat kristian, sudah semakin terbuka mengenai evolusi. Pertembungan antara creationist dan evolutionist, kini tidak lagi menjadi sengketa. Intelligent Design (ID), mengharmonikan antara keduanya. Tak lama dahulu, even Pope sendiri dah isytiharkan, seseorang itu boleh menjadi Kristian dan dalam masa yang sama percayakan evolusi. Malah terdapat pengkajian mengenai evolusi bagi membuktikan Adam dan Eve itulah common ancestor bagi semua manusia, kononnya untuk membuktikan kebenaran Bible.

Battle ini sudahpun tamat bagi orang kristian. Mereka dah boleh fokus kepada bagaimana memanfaatkan pengkajian mengenai evolusi, dan sudah banyak penemuan-penemuan teknologi yang dijumpai. Cuma kita orang Islam sahaja yang masih tak habis-habis "berperang" dengan evolusi. Kenapa perlu kita berperang dengan evolusi? Dosa Warisan bukannya tiang agama kita. It's not our battle in the first place to begin with! 



Evolusi perlu dinilai dari sudut agama, itu betul, kerana jika kita memisahkan evolusi dan agama maka jadilah sekular.

Namun peranan agama adalah sebagai GUIDELINE agar manusia tidak melanggar batas-batas dalam pengkajian.

Social Darwinism, contohnya, membawa idea bahawa ada kemungkinan sesetengah bangsa berevolusi menjadi bangsa yang lebih baik berbanding bangsa-bangsa lain. Aplikasinya, seperti tindakan Nazi membunuh bangsa Yahudi dan bangsa-bangsa lain ketika Holocaust, atas tujuan racial cleansing. Begitu juga di zaman moden sekarang, sudah ada wild debate over the idea of eugenic, euthanasia dan sebagainya. Bangsa yang superior mempunyai hak ke atas bangsa yang inferior. Tentulah, idea ini bertentangan dengan idea Islam, justeru idea ini tertolak.

Begitu juga direction pengkajian yang bertujuan menafikan kewujudan Tuhan. Kita juga menolak direction ini. Sama seperti Firaun yang ingin membina menara untuk melihat Tuhan Musa. Membina menara itu tidak salah, tetapi bertujuan untuk mempersoalkan Tuhan, itu yang salah. Begitulah juga dengan pengkajian mengenai evolusi. Evolusi sebagai alat, dan niat memainkan peranan yang penting. Saya sendiri, apabila membaca mengenai evolusi, bertambah-tambah kekaguman saya terhadap kebijaksanaan Allah dan keagungan ciptaanNya di muka bumi ini. Jom teruskan pengembaraan...



Kita percaya yang Allah itu Maha Pencipta.

Dan kita juga percaya evolusi, sama seperti Fizik, Kimia, Biologi dan bidang-bidang sains yang lain.
Akidah kita, Allah Yang Maha Menjadikan Sesuatu, Tiada Yang Terjadi Melainkan Hanya Dengan IzinNya.
Pegangan kita, Nabi Adam itu dijadikan sendiri oleh Allah, daripada tanah, di Syurga, diturunkan ke bumi.

Apa yang kita percaya dalam evolusi?

Kita percaya, semua kehidupan termasuk manusia sedang mengalami perubahan dari generasi ke generasi.
Kita percaya, perbezaan antara unta yang ada bonggol dengan lembu yang tiada bonggol adalah disebabkan evolusi.
Kita percaya, hidupan sekarang dengan hidupan jutaan tahun lampau adalah berbeza, disebabkan pengaruh evolusi.
Kita percaya, kulit manusia Caucasian dan manusia African itu berbeza warna, disebabkan evolusi.
Kita percaya, evolusi memainkan peranan yang penting dalam memastikan kemandirian spesis kita.

Adakah kita percayakan evolusi? Ya.
Adakah kita menyokong Darwinism?
Kerana kalau yang mencetuskan idea evolusi itu bernama Ahmad, maka kita akan menyokong Ahmadism.
Kerana kalau yang mencetuskan idea evolusi itu bernama Chong, maka saya akan menyokong Chongism.
Kerana kalau yang mencetuskan idea evolusi itu bernama Raju, maka saya akan menyokong Rajuism.
Rejection kita, bukannya atas "siapa yang cakap".
Kita takkan reject semata-mata kerana Harun Yahya reject.
Kita takkan reject semata-mata kerana The Arrival reject.
Kita takkan reject semata-mata kerana ustaz sekolah saya yang reject.
Kita ada mata yang Allah kurniakan untuk kita membaca dan mengkaji.
Kita ada otak yang Allah kurniakan untuk kita berfikir dan memahami.
Kenapa perlu kita kufur nikmat keduanya dengan bertaqlid buta?

Come onlah...

Habis, apa yang kita tolak?

Kita menolak konsep Social Darwinism. Dalilnya, surah Hujurat ayat 13. Dalilnya, hadis "Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada (kelebihan) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada (kelebihan) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan taqwa" (HR Bukhari). Konsep ini bertentangan dengan Islam, maka kita menolaknya.

Kita menolak Pithecometra principle, sama ada oleh Darwin mahupun oleh rakan sekerjanya Haeckel. Dalilnya, Surah Rahman ayat 14. Allah dah sebut dengan jelas, "min salsaalin kal faqqhar". Dengan menyamakan manusia itu adalah Nabi Adam (insaan dalam ayat tersebut), maka saya menolak bahawa manusia itu berasal dari beruk. Prinsip ini bertentangan dengan Islam, maka kita menolaknya.

Kita menolak evolusi sebagai Scientism. Dalilnya, surah 3 ayat 19. Masakan mungkin evolusi dijadikan sebagai agama. Hal ini demikian kerana bagi saya, evolusi itu sama seperti fizik, kimia, biologi dan bidang-bidang sains yang lain, dan tentunya sains itu bukan agama. Kita beriman dengan sains selaku SUNNATULLAH, sebagai Hukum Alam, ketetapan yang Allah tentukan di atas muka bumi ini. Bagi saya, menolak SAINS, menolak evolusi, bermaksud menafikan ciptaan Allah dimuka bumi ini. Nauzubillah. Lagi satu sama sekali kita tidak menjadikan sains sebagai syariat, dan sama sekali perkara sunnatullah itu sama dengan syariatullah. Ideologi ini bertentangan dengan Islam, maka kita menolaknya.


Harun Yahya menolak evolusi kerana bagi beliau, evolusi menidakkan peranan tuhan. Sepanjang pengajian yang saya tahu, prinsip Natural Selection itu yang menjadi masalah menidakkan Tuhan, kerana Natural Selection dikatakan berlaku dengan sendirinya, sama ada dengan genetic pressure dan lain-lain. Saya kata, so what? Saya tak tahu orang lain bagaimana, tapi bila saya sebut "Natural Selection", saya memahaminya sebagai "Allah's selection". Bila kita sebut "alam semulajadi", kita menyedari bahawa "semulajadi" tu bermaksud dengan kuasa Allah.

Jadi apa masalahnya dengan Natural Selection? Kita panaskan air dengan api, air tu mendidih. Adakah kalau kita kata "api menyebabkan air mendidih", kita menafikan bahawa Allah lah yang menjadikan air tu mendidih? Tidak. Siapa yang takdirkan api itu boleh mendidihkan air, kalau bukan Allah? Begitulah juga, siapa yang mentakdirkan natural selection menyebabkan evolusi itu berlaku kalau bukan Allah? Allah mampu tak mendidihkan air tanpa api? Tentu sekali Dia mampu. Allah mampu tak jadikan manusia tanpa mematuhi evolusi? Tentu sekali Dia mampu. Tetapi ia tidak menolak sunnatullah di muka bumi ini, bahawasanya api itu sifatnya panas mendidihkan air, dan evolusi itu sifatnya menyebabkan perubahan ke atas hidupan di muka bumi ini.

So apa masalahnya?

Sesetengah orang menolak evolusi, kerana beranggapan kalau percaya evolusi, maka seolah-olah mengakui bahawa manusia itu dari beruk. Itu bukan evolusi, itu prinsip Pithecometra yang dicadangkan oleh Darwin dan Haeckle. Perkara itu bukan asas evolusi, malah perkara itu sama sekali tidak mendefinisikan evolusi. Masyarakat barat, memahami "evolution" dalam definisi yang sebenarnya, perubahan biology sesuatu dari generasi ke generasi. Orang kita sahaja yang bila sebut evolusi, faham "manusia dari beruk".

Anda faham tak apa yang dimaksudkan dengan evolusi itu?
Anda sedar tak, evolusi itu sendiri satu cabang sains yang SEDANG BERKEMBANG, sebagaimana pengkajian fizik, astronomi, biologi dan lain-lain?


Maka, kenapa anda berlagak Tuhan apabila sebut evolusi maka terus tolak 100%, seolah-olah anda dah tahu segalanya mengenai evolusi? Tak ingatkah pesan Allah dalam surah Hujurat ayat 1?

Hakikatnya, sejak penemuan asal teori Evolusi hingga sekarang, tak sampai pun 1000 tahun. Saintis sendiri pun tak habis mengkaji lagi. Secara perbandingan, Nabi Nuh pun hidup 1000 tahun, siapa boleh buktikan yang kaum Nabi Nuh tak pernah terfikir pasal Evolusi?

Firaun dan Haman nak guna ilmu architecture dan engineering untuk bina menara sebab nak melihat Tuhan Nabi Musa. Bolehkah saya katakan bidang architecture dan construction engineering itu sesat dan haram?


Bidang pengkajian Sejarah Bumi itu sangat terbuka kepada assumption. Walaupun berasas, assumption tetap assumption. Samalah kalau kita kata "epal jatuh disebabkan gravity", tentulah kita assumption saja gravity, kerana kita tak pernah melihat dengan kepala saya sendiri gravity. Saintis sendiri tak tahu 100% lagi pasal gravity. Partikel Graviton itu sendiri masih hypothetical.

Atas sebab itu, even saya sendiri pun malas nak sakit kepala fikir mengenai Sejarah Bumi. "Apa yang boleh kita buat dengan bidang evolusi"

Jika mengkaji mengenai evolusi dapat menghasilkan spesis padi yang boleh dituai 10 kali setahun, maka perkara dapat menyelesaikan krisis kebuluran sedunia.

Jika mengkaji mengenai evolusi dapat menghasilkan lembu yang mengeluarkan 4 kali ganda kuantiti susu, maka tentu perkara ini bermanfaat.

Jika mengkaji mengenai evolusi dapat menghasilkan sel yang boleh mengeluarkan insulin dengan sendirinya, maka dapatlah mengubat penyakit kencing manis.

Jika mengkaji mengenai evolusi dapat menghasilkan antibiotik yang tak akan ada resistant oleh bakteria, maka berjuta-juta manusia dapat diselamatkan daripada mati disebabkan penyakit TB.

Yang pastinya, saya percaya, evolusi dan genetik merupakan kunci kepada dunia masa hadapan. Jika umat Islam sendiri masih gagal memahami dan mengaplikasi apa yang dimaksudkan dengan evolusi, maka percayalah cakap saya, kita akan terus-terusan berada di belakang Yahudi, Nasrani dan Atheis dalam bidang teknologi kelak.

Evolusi tidak bermanfaat? Mungkin bagi anda. Saya percaya, 1000 tahun dulu kalau ada orang mengkaji mengenai magnet, nescaya dia ditohmah dengan sesat, khurafat, sia-sia dan sebagainya. Tetapi hakikatnya, dengan magnet lah kita sekarang ada kompas, boleh menentukan arah kiblat. Dengan magnet lah, boleh buat janakuasa elektrik. Orang tuduh Edison itu gila bila dia sampai guna rambut sendiri untuk jadikan mentol, tetapi mentol lah yang menerangi kita setiap malam hari ini. Bodoh dan sia-sia lah Edward Jenner yang sanggup menyuntik anak tukang kebunnya dengan virus Smallpox, namun kerana perbuatan "sia-sia" dia itulah yang menghasilkan vaksin yang kita semua dapat sejak dari kecik tu.

Apapun, ini adalah personal statement dari saya. Kebanyakan perbincangan mengenai evolusi dalam masyarakat kita (Melayu Muslim khususnya) bukannya perbincangan untuk mencapai kefahaman, tetapi perbincangan untuk mencapai kemenangan. Tidak ada penghargaan terhadap ilmu. Tidak ada usaha untuk memahami, hanya ada usaha untuk menghukumi. Perkara ini langsung tidak bertepatan dengan tujuan artikel "Adam-Adam Sebelum Adam" tulisan Ustaz Hasrizal tersebut.



Wallahualam...


Marilah kita membaca dan mengkaji, Ilmu Allah itu luas, janganlah kita asyik mahu bertaqlid sahaja..


Yosh!


Let's bring back the glory of our past!




Saya mengambil beberapa pandangan mereka yang mengkaji perihal ini di forum dan berdasrkan rujukan kepada artikel Adam-Adam sebelum Adam


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13009.msg197339;topicseen#new
http://komuniti.iluvislam.com/topic/25133-refresh-pandangan-tentang-teori-evolusi/page__st__15
http://en.wikipedia.org/wiki/Pithecometra_principle
http://en.wikipedia.org/wiki/Social_Darwinism
http://en.wikipedia.org/wiki/Scientism
http://en.wikipedia.org/wiki/Natural_selection

6 comments:

  1. Eh,sy macam konfius sket..

    Pertama,boleh awak nyatakan sumber awak?
    Maaf,sy kurang percaya artikel ni awak yg tulis.. Adalah kurang sopan jika mengambil artikel org lain tanpa meminta izin dan tidak menyatakan pula sumber tersebut sebagai rujukan orang lain.

    Kedua,saya tidak menolak evolusi,tapi saya rasa evolusi itu salah.Maaf,saya tidak mampu mengemukakan sebabnya sebab saya hanya seorang pembaca,bukan pengkaji.KIta sebaya,dan mungkin ilmu awak lagi banyak dari saya.

    Owh,dalam salah satu majalah SOLUSI ada membincangkan soal penipuan evolusi.Maaf,saya terlupa keluaran ke berapa sebab saya baca di sekolah.

    Cubalah cari lagi.Kalau pendapat saya salah,maaf.Saya tidak mampu untuk membuat kajian yang tinggi mengenai perkara lain kerana ilmu saya yang asas tentang islam masih belum kukuh.

    Owh,syukran~

    ReplyDelete
  2. Oh, maafkan saya, terlupa nak letak sumber...
    Artikel ini saya tulis berdasarkan pendapat-pendapat yang mereka nyatakan dalam forum...

    Saya baca pendapat mereka dan saya cari kebenarannya,

    Saya pun bukanlah golongan cendekiawan,
    Tetapi kita kena ingat, kita ini benar-benar ke faham sesuatu ilmu itu sebelum kita menghukumnya sesat...

    Teori Darwin yang sesat ialah,

    Pithecometra Principle (manusia dan monyet itu berasal daripada keturunan yang sama)
    Social Darwinism(warna kulit menentukan kelebihan)
    Natural Selection(menidakkan peranan Tuhan)
    Scientism(Evolusi sebagai agama)

    Tapi evolusi itu tidak salah,

    Evolusi itu maksudnya perubahan,
    Perubahan itu salah ke?

    Contohlah pada zaman Firaun, dia bina menara piramid untuk melihat Tuhan nabi Musa, jadi kita boleh kata yang bidang arkitek dan pembangunan itu salahlah ya?

    Mereka bina bangunan itu tak salah, yang salahnya adalah mereka bina kerana nak lihat Tuhan..

    Macam evolusi, perkara ini tak salah..
    Tapi yang jadi salahnya apabila dikaitkan pula sebagai agama...itu yang salah...

    Salah faham kita berkenaan konsep ini yang menyebabkan umat Islam terutama Melayu tersepit..

    Sebut sahaja evolusi, manusia itu dari monyet...
    Bukalah minda kita,
    Macam mana nak maju kalau kita tak evolusikan diri kita menjadi lebih bagus daripada sebelum ini kan?

    Cuba fahami artikel ini dengan baik,
    Baca biar sampai habis...

    Ok, afwan..
    Kita sama-sama mencari ilmu untuk mencapai redhaNya...insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Apa maksud ayat ni?

    "Bertaqlid buta kepada Harun Yahya yang diragui akidahnya?"

    Setahu saya, Harun Yahya menjalankan kajian saintifik menepati dengan Islam.

    ReplyDelete
  4. Alamak!
    Adakah perkataan akidah itu membawa kekeliruan..
    Maafkan saya,

    Sebenarnya, maksud kepercayaan bukan pegangan agama...

    Dia beragama Islam dan sememangnya tokoh yang disegani kerana melawan hujah golongan ateis..

    Cumanya kepercayaan dia terhadap serangan freemason yang terlampau sampai menyebabkan teori konspirasi melebihi segalanya,menyebabkan ramai orang Islam lebih minat menonton the arrival daripada mengkaji sains, padahal itu semua masih dalam kajian, itu sahaja..

    Maaf menyebabkan kekeliruan..
    Asif jiddan...

    ReplyDelete
  5. sekadar pandangan :

    untuk berdakwah atau untuk menyampaikan sesuatu.. bagi saya kita mesti meletakkan diri kita paling jahil dan orang yang hendak menerima ilmu kita orang yang paling bijaksana.

    dan bagi saya yang jahil ini, berpandangan sekiranya kita menyebut nama seseorang dan kita menidakkan kata-katanya adalah afdol kita meletak sumber-sumber percakapan dia yang kita pertikaikannya.

    Contoh Harun Yahya yang saudara sebutkan.. ada sumber kata-kata yang saudara pertikaikan.. kalu ada linkkan agar orang boleh bandingan

    aku pembaca yang berfikir.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas nasihat itu,

    saya akan belajar lagi bagaimana nak berdakwah dengan cara yang betul,

    InsyaAllah~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...