Assalamualaikum,
InsyaAllah, pada hari ini ana akan bercerita tentang suatu artikel yang menarik...
Kajian yang telah lama ana bersama saudara-mara jalankan, mengenai Solat Subuh!!!!
Pagi yang ditiup angin bayu, membuka pintu rezeki, menenangkan mereka yang hampir dengan Tuhannya..
Kedengaran sayup-sayup suara azan dilaungkan, bilal masjid di Kampung Endah sememangnya setia,
Atuk dan Nenek pula sudah lama bangun, cuma sebahagian cucunya sahaja yang masih lagi lena dalam tidur mereka,
"Ajim, Aboi , Amal, Alam, Amin, Agus! Bangun cepat! Di masjid dah azan itu. Nanti tak sempat!"
jerit Nenek memanggil hero-heronya.
"Ya nek! Kami dah siap ini.." sahut Ajim pula.
Langkah kaki kami dibuka, menuju ke masjid Kampung Endah...
Sejuk sungguh pagi ini, sesekali angin bertiup mendamaikan suasana hening di Kampung Endah...
Pagi itu jalanraya kosong, hanya ada beberapa basikal tua dan motosikal capuk sahaja yang melintas,
Jika kami fikirkan kembali, enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur, tidak perlulah bersusah payah untuk bangun..
Tetapi, Alhamdulillah kekuatan iman mengatasi nafsu,
Saat tiba di rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas...
Ya, warga emas sahaja, perak dan gangsa lansung tidak kelihatan...
Pagi-pagi lagi mereka sudah bersemangat, suara yang lantang dan jelas dilontarkan ketika membaca al Quran...
Kedengaran juga mereka yang membincangkan hal-hal agama dan bicara khabar pada saat menunggu iqamat.
Namun terdetik dihati kami...
Dimanakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka pada saat ini?
Tidak kiralah di mana-mana masjid pun, kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari sahaja...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dihitung...
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk mereka yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati ini mula sayu, adakah perlu untuk menunggu saat uban itu tumbuh di kepala, baru tergolek-golek mahu ke masjid? Kenapa tidak gunakan usia mudamu ini?
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan laknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan pada pagi hari.
Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana perkara ini menggerunkan kaum kafir akibat kesatuan kita yang menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)."
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)
Sekadar peringatan....
yosh solat suboh!!!
ReplyDeletehaiwan pon bangon pagi2...sebelom subuh lagi........
~KG ENDAH~