"Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar, dan janganlah mereka yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah." -surah Ar Rum : 60-
Umatku, umatku, umatku...
Rasulullah juga akan berkata pada hari akhirat nanti, walaupun kita jauh daripada baginda serta sunnah baginda. Lihat dimana kita berada, lihat gaya hidup kita sekarang. Adakah keadaan seperti ini yang baginda mahukan?
Aku melihat dunia hari ini, umat Islam ibarat digenggam belenggu orang kafir. Akhirat mereka luput, dunia pun tercicir. Budaya jahil diagung-agungkan. Melampau-lampau dalam hiburan, khayalan keterlaluan. Teruk, tidak tertaksir mereka yang karam.
Barus, Singkel, Pasai, Cordova, Andalusia, Baghdad, Istanbul..
Hilang, hilang ditelan zaman..
Kita lupa semua jawapan kehidupan yang mahir dihafal.
Mampukah kita nak jawab dihadapan Munkar dan Nakir nanti?
Setengah orang kata yang sejarah ini ibarat pentas bermain wayang. Cerita-cerita lampau dihurai dan dipanjangkan. Bila tamat, diulang dan diulang kembali. Itulah sejarah.
Dakwah ini bermula dengan seorang, disambung pula oleh para sahabat. Islam kemudian tersebar luas. Kerajaan Umaiyah, Kerajaan Abbasiyah, Kerajaan Turki Uhtmaniyah.
Ini sejarah kita...
Kisah bermula lebih 1400 tahun dahulu, di gua Hira'. Rasulullah S.A.W didatangi Malaikat Jibril. Malaikat Jibril berkata, 'bacalah.'
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu jualah yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui."
( Surah Al A'laq : 1-5 )
Baginda dilantik menjadi Rasulullah (Utusan Allah). Bermulalah dakwah baginda menyeru manusia menyembah Allah yang Esa.
17 Ramadhan 624 Masihi
Peperangan Badar meletus.
Perang yang pertama dalam Islam. Umat Islam seramai 313 orang melawan 1000 tentera kafir Mekah. Kemenangan berpihak kepada umat Islam.
10 Ramadhan 631 Masihi
Pembukaan Semula Kota Mekah
Semuanya akibat musyirikin Mekah gagal mematuhi perjanjian Hudaibiyah. 360 berhala dimusnahkan. Latta dan Uzza turut hancur berkecai.
632 Masihi
Baginda wafat dan perjuangan diteruskan oleh para sahabat. Islam berkembang luas bertitik tolak daripada zaman Khulafa' Ar Rasyidin.
633 Masihi
Dibawah pemerintahan Saidina Abu Bakar. Pengumpulan Al Quran dimulakan atas cadangan Saidina Umar.
638 Masihi
Pemerintahan Saidina Umar Al Khattab
Tentera Muslimin berjaya menawan Baitul Maqdis yang sebelumnya berada dibawah pemerintahan Empayar Byzantium.
661 Masihi
Kerajaan Islam bertukar corak pemerintahan kepada sistem monarki.
Kerajaan Bani Umaiyah telah diasaskan oleh Muawiyah bin Abi Sufian. Perkembangan Ilmu berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Seni ukiran di masjid Umayyad Dasmsyik, Syria yang bercorakkan khat.
Di Tunisia, orang arab mereka sistem pengasingan air dan bendasing. Sistem yang mengaplikasikan fenomena tarikan graviti. Mereka juga membina sistem pengairan kincir air untuk tanaman mereka.
752 Masihi
Zaman Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah bermula..
763 Masihi
Penubuhan kota Baghdad.
786 Masihi
Masa yang dikenali sebagai zaman Keemasan Abbasiyah.
Terutamanya pada masa pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid serta anaknya Khalifah Al Ma'mum. Pada ketika ini Baitul Hikmah didirikan. Baitul Hikmah mempunyai 36 buah perpustakaan dan lebih setengah juta buku berjilid. Memerlukan 120-400 ekor unta untuk memindahkan semua buku itu.
800 Masihi
Kaedah saintifik dicipta.
Al Khawarizmi mengasaskan Algebra dan ilmu falak bermula. Fibonacci dan Master Jacob tertarik dengan pemikiran beliau.
Buku Al Razi dan Al Asrar diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan kimia di barat.
Teori Al Kindi dalam bidang optik telah mempengaruhi seorang pakar mata barat Roger Bacon.
Buku Ibnu Sina, Qanun fi Tibb juga sangat berpengaruh di barat.
Pada zaman ini juga bilangan doktor amatlah ramai. Sehinggakan mereka yang mahu mengambil jurusan kedoktoran perlu ditapis.
Sementara itu di Andalusia...
756 Masihi
Kerajaan Bani Umaiyah Sepanyol telah diasaskan.
Cordova menjadi pusat Ilmu pada kurun ke 10 Masihi. Terdapat sebuah universiti dan perpustakaan besar yang menjadi tumpuan seluruh dunia. Juga menjadi pusat ekonomi antarabangsa suatu ketika dahulu.
1000 Masihi
Masjid Cordova siap dibina.
Masjid yang menampilkan seni bina yang unik serta seni ukiran yang halus.
1238 Masihi
Istana Alhambra, Granada dibina.
Istana yang menjadi tempat kediaman kerajaan Nasrid. Di istana itu terukir kata-kata,
"Tiada penakhluk yang berkuasa melainkan Allah"
Semua ini sebagai peringatan bahawa kehebatan mereka hanyalah kecil berbanding Allah.
Ilmuan Baghdad dan Andalusia berjaya mengharmonikan tamadun tua Yunani dengan tamadun Islam. Hal ini membuka mata orang barat sehingga mereka mencetuskan satu zaman yang dikenali sebagai Reinassance.
1187 MASIHI
Baitul Maqdis ditawan semula oleh Salahuddin dan tenteranya. Di bawah pemerintahannya, umat Islam disatukan dari lembah Nil ke lembah Furat.
1192 Masihi
Eropah menghantar lagi satu angkatan tentera yang lebih besar tetapi juga kalah kepada tentera Muslimin.
Dalam perang salib ini, ketokohan Salahuddin Al Ayubi menyebabkan umat Islam patuh kepada arahannya. Orang Arab dan Mesir berduyun-duyun menyerahkan diri apabila diajak berjihad. Salahuddin ternyata berjaya menyatukan mereka sehingga tiada yang memberontak sewaktu zaman pemerintahannya.
1453 MASIHI
Pada tahun ini Sultan Muhammad Al Fateh berjaya menawan Kostantinople.Usaha menjatuhkan kota ini gagal dilakukan selama 800 tahun. Sehinggalah kemunculan raja ini yang pada ketika itu hanya berusia 24 tahun.
Baginda mengupah jurutera bangsa Hungary untuk mencipta meriam dan berjaya menembak peluru seberat 300kg sejauh satu batu. Bagindalah yang disebutkan dalam hadis nabi sebagai...
"Pemimpin sebaik-baik pemimpin yang mempunyai tentera sebaik-baik tentera."
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,
"Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia bakal kembali asing, maka beruntunglah mereka yang asing."
Di Manakah Pengganti Umar Al Khattab hari ini?
Siapakah Pewaris Salahuddin al Ayubi hari ini?
Di Manakah Pemuda-Pemuda seperti Sultan Muhammad al Fateh zaman kini?
Mereka inilah pemuda-pemuda yang patut kita contohi..
Saudara seagamaku,
Mari berjuang, berusaha dan berdoa
Jika kita mahu mengembalikan
Kegemilangan kita dahulu
Ya Allah Ya Rabbal Alamin
Bangkitkanlah umat ini kembali
Biar kami merasa cahaya itu kembali
Sekali lagi
Marilah kita bersatu
Berpegang pada taliNya
Menjadi utuh kembali
Kerana aku bersumpah dengan keyakinan yang kuat dalam hati kita
Kita boleh membawa kembali kejayaan masa lalu...
Yosh!
Janganlah menjadi umat yang mengecewakan baginda!
Let us bring back the glory of our past because...
The past should give us hopes!
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi matlumat yang baik ini..
wa'alaikumussalam,
ReplyDeletesama-sama, semoga kita memperoleh hidayah dan kekuatan untuk berjuang..
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku, nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga" Alhmdllh perkongsian yang bermanfaat,trskn menaip:)
ReplyDeleteSubhanallah . Bermanfaat . Terima Kasih share .
ReplyDelete