Sunday, 27 February 2011

Bermuda Triangle dan Dimensi Gaia



"Penghuni kawasan laut Segi Tiga Bermuda dikatakan memiliki teknologi yang terlalu maju hingga mampu untuk membina makmal bawah laut yang berupaya menahan tekanan air yang tinggi serta mampu menghasilkan elektirk daripada pertemuan arus panas dan arus sejuk atau daripada pasang dan surut air laut"

Ilmu Allah itu sungguh luas, tak tertaksir oleh akal kurniaanNya ini. Kaji, kaji dan mengkaji. Menuntut ilmu itu adalah wajib, selagi mana ilmu itu tidak menyesatkan kita dan ilmu itu juga mestilah bermanfaat. Ilmu itu sendiri mempunyai hikmah yang bakal menerangi jalan pulang kita menujuNya kelak.

Oh ya, adik-adik mesti tertanya-tanya. Kenapalah penulis ini dengan sesuka hatinya meletakkan gambar Gamu iaitu hos kepada Ultraman Gaia dalam entri kali ini. Apa kaitannya ya? Yosh! Mari kita mulakan pengembaraan bagi mengutip kunci hikmah di lautan ilmu ini...





Orang kata cerita Ultraman ini hanyalah cerita untuk kanak-kanak sahaja. Tak matang jika kita yang dah besar ini tengok Ultraman. Itu orang kata, especially masyarakat kita. Kalau orang tahu yang kita ini minat Ultraman, sahlah kena ejek, kena buli, kena bunuh, kena bom, kena gelak, kena chidori dan bermacam tohmahan serta fitnah. Kalau majikan pula yang tahu? Memang kena firelah. Bagaimana pula dengan bakal mertua? Selamat jalanlah kawan...

Tapi, apa kata saya menyangkal hujah itu? Jom kita buka minda kita. Saya bawa anda meneroka sesuatu yang hebat! Kita mulakan dengan movie Ultraman ini. Dalam movie Ultraman Gaia : Battle in The Hyperspace, Gamu telah masuk ke dalam suatu dimensi lain. Semuanya berlaku semasa dia sedang menjalankan kajian di sekitar perairan Bermuda. Perairan Bermuda? Anda tahu Segi Tiga Bermuda? 

Segi Tiga Bermuda ini banyak sejarahnya adik-adik. Susah juga nak cari yang sahih. Sampaikan Ultraman pun nak kaji hal berkaitan Segi Tiga Bermuda ini. Kisahnya tetap sama. Dia juga telah masuk ke dalam suatu dimensi lain. Orang kata, sesiapa yang lalu di sekitar kawasan perairan Segi Tiga Bermuda pasti akan hilang. Ye ke? 


Jom kita tengok rekod sejarah dunia berkenaan kehilangan mereka ini..




Ini gambar pesawat yang hilang di Segi Tiga Bermuda.

  • Pada 1840: HMS Rosalie lesap.
  • Pada 1872: The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda.
  • Pada 1909: The Spray K.O, tak dapat dihubungi.
  • Pada 1917: SS Timandra entahlah hilang ke mana.
  • Pada 1918: USS Cyclops (AC-4) lenyap di lautan yang berangin kuat, tapi sebelum mereka pergi, pegawai menara yang mengawasi keadaan mengatakan bahawa keadaan di laut sangat tenang, tidak mungkin terjadi taufan dan cuaca yang baik untuk pelayaran.
  • Pada 1926: SS Suduffco hilang dalam keadaan cuaca yang buruk.
  • Pada 1938: HMS Anglo Australian hilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang.
  • Pada 1945: Penerbangan 19 hilang.
  • Pada 1952: Pesawat British York Transport lenyap dengan 33 penumpang.
  • Pada 1962: US Air Force KB-50, sebuah Kapal Tanker lenyap.
  • Pada 1970: Kapal Kargo Perancis, Milton Latrides lenyap. Kapal itu berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
  • Pada 1972: Kapal Jerman, Anita (20.000 tan), menghilang dengan 32 orang kru.
  • Pada 1976: SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
  • Pada 1978: Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas hubungan di radio terputus.
  • Pada 1980: SS Poet belayar menuju Mesir, lenyap dalam angin kuat.
  • Pada 1995: Kapal Jamanic K (dibuat pada tahun 1943) dilaporkan hilang setelah melalui Cap Haitien.
  • Pada 1997: Para pelayar hilang daripada kapal pesiaran Jerman.
  • Pada 1999: Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.
  • Pada 2000 : Gamu dari Pasukan XIG menaiki Jet Pejuang EX hilang di perairan Bermuda.
Dahsyat kan adik-adik? Nanti kalau nak pergi melancong janganlah lalu di kawasan ini ya. Oh ya, apa rahsianya eah Segi Tiga Bermuda ini? Mereka di Barat sana mula mengkaji. Maka lahirlah pakar ilmuan terkemuka dunia membuat teori. Adik-adik rasa kenapa kawasan ini dinamakan Segi Tiga Bermuda? Nak tahu?


Jom kita tanya Vincent Judith iaitu seorang penulis Amerika yang dengan sesuka hatinya mencetuskan istilah ini...




Kedudukan kawasan tersebut di hujung utaranya berada di Bermuda, hujung tenggaranya berada di Puerto Rico dan hujung baratnya berada di Miami(Florida). Segi Tiga Bermuda ini meliputi keluasan 770 ribu kilometer persegi (yang peta di atas ini dalam bahasa Sepanyol, jangan keliru pula ya).


Vincent Judith cakap kawasan ini sangat bahaya untuk pelayaran dan penerbangan. Pihak Amerika sendiri telah menggunakan segala kepakaran teknologi yang mereka ada untuk membongkar rahsia tersebut. Tetapi, sampai sekarang masih belum menemui jawapannya. Apa yang mereka dapat? Hanyalah imej-imej kabur daripada satelit. Jadi pelbagai teori telah dikemukakan.


Teori apa adik-adik? Teori chakura Naruto ke? Pandailah kamu, nak kena Rasen Shuriken ini!


Teori Bucailisme, Applied Physic, Theoritical Physic, Quantum Mechanic, Special Relativity dan Material Physic. Adoi, istilah-istilah pelik dah keluar. Penat juga nak mengkaji semua ini.


Senang cerita semuanya berkaitan sains dan Islam. Mari saya terangkan sedikit...


Teori Bucailisme ini banyak mengaitkan sains dan kebenarannya berdasarkan al Quran. Kalau adik-adik nak tahu, ramai saintis barat yang telah memeluk Islam setelah mengkaji teori ini. Tetapi ada batasannya, kerana keterlaluan dalam teori ini akan menyebabkan kita jauh daripada Pencipta kita.


Sebagai contohlah berzikir. Teori mengatakan apabila berzikir akan ada gelombang tertentu yang hadir serta menyebabkan hati kita menjadi tenang. Niat asal kita berzikir adalah untuk mengingati Allah dan mendapat redhaNya. Tetapi mungkin niat kita untuk berzikir akan berubah setelah kita tahu teori ini.


Akan lahirlah mereka yang berzikir kerana mengharapkan gelombang ketenangan itu dan bukannya untuk mengingati Allah. Kita juga mungkin akan berpendapat bahawa gelombang itu yang menyebabkan kita menjadi tenang sedangkan semua itu daripada Allah. Hati-hati, perkara ini boleh membawa kepada syirik.


Ok, apa kata kita dapatkan penjelasan daripada sifu fizik pula berkaitan Segi Tiga Bermuda ini. Quantum Mechanic, Material Physic dan Special Relativity banyak menceritakan kenapa kita tidak boleh melihat 'mereka' dan bagaimana wujudnya dunia 4 dimensi itu.






Sains mengatakan bahawa mata manusia itu hanya boleh melihat warna pelangi iaitu antara 400nm - 700nm sahaja. Selain itu, mata kita tak mampu nak lihat sebagai contoh, cahaya gamma, gelombang radio dan x ray. Jadi, sains mengatakan bahawa 'mereka' ini mempunyai warna melebihi 700nm, sebab itu kita tak boleh nampak 'mereka'.


Tapi kita kena ingat, alam ghaib ini bukan sahaja merangkumi perkara yang kita tidak nampak. Kalau alam ghaib ini hanya merangkumi perkara yang kita tidak nampak, kenapa angin itu tidak dikatakan alam ghaib sedangkan kita tak boleh melihatnya? Kita boleh mengeksperimen angin dan seterusnya membuat pelbagai teori. Tetapi alam ghaib adalah alam yang tidak terikat dengan teori saintifik. 






Sebagai contoh, sinaran gamma boleh diukur dengan Geiger Counter, kalau alam ghaib itu adalah saintifik, jadi kita bolehlah kira bilangan syaitan pula kan? Mustahil adik-adik, kerana alam ghaib itu tidak boleh dibuktikan dengan teori dan logik akal. Semuanya dalam pengetahuan Allah, hanya Al Quran dan As Sunnah sahaja yang mampu menerangkannya. Sebab itu kita ada akidah yang mana membezakan kita dengan mereka.


Ok adik-adik, rasanya persoalan mengenai kenapa semua bukti penyiasatan Amerika itu kabur dan tidak jelas sudah terjawab oleh sains (bagi mereka yang mempercayai teori). Tapi  lain pula bagi kita, sebagai umat Islam yang beriman, kepercayaan kita semestinya melalui dalil yang dirujuk daripada kitab al Quran serta as Sunnah.


Sebentar, masih ada satu lagi masalah. Bagaimana pula dengan kes kehilangan mereka di sekitar kawasan Segi Tiga Bermuda ini? Ke mana mereka menghilang? Ke alam ghaib ke? Nak tahu? 


Jom teruskan pelayaran di lautan ilmu ini...




Tak payah tanyalah, adik-adik mesti tahu cerita animasi popular Doraemon ini. Adik-adik juga mesti tahu kan yang Doraemon ini ada poket ajaib. Poket yang menyimpan segala barang canggih yang mana dibawa dari masa hadapan. Pelik kan, kenapa poket yang kecil itu mampu untuk menyimpan banyak alatan ajaib. Sedangkan, kalau kita fikir manalah muat poket Doraemon itu. 


Adik-adik rasa kenapa? Tahu tak ini? Nak tahu kenapa? Adik-adik cuba ingat balik nama poket Doraemon itu. Ingat tak? Poket 4 Dimensilah. 4 Dimensi? Satu skop perbincangan yang lebih luas iaitu berkaitan dengan matrik...


Quantum Physic ataupun Fizik Kuantum,  menjelaskan bahawa dimensi paling asas adalah dimensi tunggal yang mana dijelaskan melalui tali-tali kecil di dalam sebuah atom yang lebih kecil dari Quark (Teori Tetali dan Aditetali). Manakala dunia 2 dimensi pula kita boleh jelaskan melalui dunia lukisan. Kita lihat lukisan yang hanya boleh bergerak di dalam paksi-x dan paksi-y (Ke depan, ke belakang, ke atas  dan ke bawah). Alaaa, macam kita belajar graf. Ada x-axis dan y axis. Dunia 2 dimensi ini tidak pernah mengalami pergerakan di dalam paksi-z. 






Jadi mereka yang hidup di dunia 2 dimensi tidak dapat membayangkan apakah itu dunia 3 dimensi. Sebab mereka tidak pernah mengalami paksi-z yang mana membentuk segi di kiri dan kanan. Hanya kita yang hidup di dunia 3 dimensi ini sahaja dapat mengenali dunia 2 dimensi ini. (Tetapi secara matematiknya makhluk dunia dua dimensi dapat mensimulasikan dunia tiga dimensi ini, walaupun tidak mengalaminya). Macam mana itu ya?






Ok, katakanlah kita (yang berada di dalam dunia 3 dimensi) ingin menerobos masuk ke dalam dunia 2 dimensi, jadi struktur badan kita yang masuk ke dalam dunia 2 dimensi itu sudah pastinya hancur berkecai. Paling tidak pun kalau hendak masuk secara sudut 90 darjah (perpendicular) dari paksi yang tidak wujud (paksi-z), keratan retas badan kita sahaja yang dapat ditakrifkan oleh makhluk dunia 2 dimensi.






Samalah juga analoginya untuk dunia 4 dimensi. Kita makhluk dunia 3 dimensi tidak dapat mengalami keadaan dunia empat dimensi (secara matematik dan fizik). Tidak dapat mengalami bagaimanakah rupa dan bentuknya secara jelas (Cuma simulasi komputer yang telah ditentukan paksi-paksinya). Mungkin makhluk ghaib ini wujud di dalam dunia 4 dimensi, Wallahualam...


Secara analoginya makhluk dunia 4 dimensi yang menjelma ke dalam dunia kita iaitu 3 dimensi, sudah pastilah kita tidak dapat kenal rupa bentuk makhluk berkenaan (bentuk sebenar makhluk itu di dunia asalnya).Secara fizik dunia-dunia ini digabungkan dengan matrik tertentu dan yang memisahkan antara dunia-dunia tersebut dipanggil membrane (Dalam takrifan Fizik). 


Secara tidak langsung seperti yang saya katakan sebelum ini, faktor (ruang-masa-peristiwa) yang berbeza bagi setiap dunia yang dihubungkan itu. Mungkin secara hipotesisnya seperti penjelasan peristiwa isra' dan mikraj Rasulullah S.A.W yang mengembara merentasi tujuh lapisan langit secara jasad yang nyata (bukan roh) dan hal ini dapat dijelaskan secara asas dengan hipotesis di atas. 






Pengembaraan Rasulullah S.A.W dari selapis ke selapis langit dan akhirnya sampai ke Sidratulmuntaha. Wallahualam..Persoalannya sekarang adik-adik, bagaimana hendak mengembara dari satu dunia ke satu dunia yang lain? Macam mana ya? Sifu Fizik kata, persoalan di atas mungkin boleh dijawab dengan adanya faktor signifikan yang digelar 'Jumper'. Hal ini berkaitan dengan fenomena 'Bio-electromagnetism' yang dipancarkan secara semulajadi bagi setiap jasad makhluk amnya dan khususnya pada manusia dan boleh diaplikasikan. Apa bio-electromagnetism itu?







Medan bio-elektromagnetisma ini adalah jasad yang menjadi (shield) apabila menerobos ke dunia dimensi eksotik manusia. Kalau adik-adik nak tahu, alam fizik ruang dan masa ditakrifkan sebagai kontinum ruang-masa. Mentakrif ruang dengan masa sekaligus adalah dianggap dimensi nyata. Masa bukannya dimensi ke 4. Setiap dunia mempunyai ruang dan masa yang tersendiri dan tidak boleh dipisahkan bersama peristiwa (ruang-masa-peristiwa). Mungkin penjelasan dimensi pelbagai paksi yang lebih kompleks perlu melibatkan bidang topologi dan penyelesaian antaranya menggunakan matrik dan perkara yang berkaitan serta signifikan dengan geometri. 


Jadi, masyarakat Barat membuat teori bahawa mereka yang telah hilang di perairan Bermuda itu telah masuk ke alam 4 Dimensi ataupun alam ghaib. Dalam Ultraman Gaia : Battle in The Hyperspace, Gamu telah menerangkan perihal dimensi berdasarkan buku pengembara yang merentasi dimensi lain. Gamu kata, inilah Sains Antomik. Yup, orang Barat dan Timur telah mengemukakan pelbagai teori dan kajian mengenai Segi Tiga Bermuda ini...


Bagaimana pula dengan kita?




Kita ada ini kawan, Al Quran! Dalam kalamNya yang sudah 1400 tahun lamanya ini telah menjelaskan perihal semua perkara ini. Buktinya sangat jelas dalam al Quran berkaitan kewujudan alam dan makhluk ghaib di muka bumi ini.


 “Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”


[Surah al-Baqarah: 3]


“dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang”

[Surah Ar Rahman : 15]


“Katakanlah (Wahai Muhammad) “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia,” Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, “yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

[Surah An Nas :1-6]


“Katakanlah (Wahai Muhammad) “Telah diwahyukan kepadaku, Bahawa sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan) lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadaNya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. `Dan (ketahuilah Wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak”

[Surah Jin : 1-3]


“Dan Bahawa Sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat”. 

[Surah Jin : 6]



Saiyidatina A'ishah menjelaskan:

"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam diciptakan dari apa yang telah dijelaskan Allah kepadamu" 
- Hadis Riwayat Muslim-

Sebahagian ulama' mentakrifkan salah satu tempat tinggal jin adalah di kawasan teluk, tasik, sungai dan lautan.

Dalam karya Dato' Ismail Kamus berkaitan Jin ada mengatakan bahawa kawasan Segi Tiga Bermuda ini adalah kawasan tempat tinggal jin yang sudah lama. Kerajaan mereka juga sudah jauh lebih maju daripada kita. 

Jadi, bolehlah dibuat kesimpulan berkenaan mereka yang hilang di kawasan perairan Bermuda ini. Menurut sains, mereka telah di 'jumper' kan ke dalam dunia 4 Dimensi.

Menurut Kajian Islam pula, mereka telah dibawa ke alam jin seperti mana kisah wanita yang kehilangan kandungannya secara tiba-tiba..

Banyaknya misteri....~

4 comments:

  1. FUH! banyaknye istilah fizik.. adusss.. mmg penuh ngan misteri ah pasal benda nih.. susahnya nak paham..

    ReplyDelete
  2. Yup, memang banyak..
    Ambil masa 8 hari semata-mata nak kaji semua ini...

    Apa pun, janganlah biarkan diri anda diselubungi..
    Misteri..~

    ReplyDelete
  3. sesuatu ilmu yang bermakna. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...