Tuesday 11 January 2011

Sejarah di sebalik Council of Nicea


"Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah"



-Khalifah Saidina Ali Bin Abi Thalib-





Kelihatan langit di ibu kota Rom sedikit mendung, susunan awannya juga tidak teratur, seakan tidak merahmati penduduk yang sudah jauh terpesong dari jalanNya yang benar. Maharaja yang memerintah di Rom ketika ini ialah Costantine. Dia mempunyai anak lelaki (maaf kerana tidak menggunanakan perkatan baginda). Anaknya bernama Crispus iaitu individu yang bakal mewarisi takhtanya. Crispus mempunyai wajah yang lebih menawan, berpewatakan menarik serta hebat di medan pertempuran. Hal ini menimbulkan rasa cemburu di dalam hati Costantine, anaknya lebih dikasihi rakyat daripada dirinya sendiri.








Costantine telah mengatur rancangan untuk membunuh Crispus. Tambahan pula ibu tiri Crispus juga mahu dia mati kerana mahu zuriatnya menjadi pengganti Costantine. Berita baik buatnya kerana Crispus terbunuh. Kematian Crispus telah menyebabkan seluruh kerajaan Rom bersedih dan kecewa. Kemarahan rakyat semakin memuncak kerana mereka tahu akan rancangan jahat Costantine itu. Costantine cuba mengalihkan kesalahan itu kepada isterinya iaitu ibu tiri Crispus. Kemudian dia membunuh isterinya dengan melepaskan perempuan itu ke dalam air mandian panas. Dia ingat rakyat yang jadi penyokong setia Crispus berpuas hati dengan tindakannya. Perkiraan dia silap, pemberontakan lebih besar muncul. Sekumpulan rakyat yang bersimpati dengan isteri Costantine bergabung dengan pengikut setia Crispus bagi melancarkan pemberontakan. Costantine berasa cuak dan pergi bertemu dengan pendeta kuil Jupiter( teruk betul Musytari ). Dia bertemu mereka bagi memohon taubat dan keampunan daripada Tuhannya.






Tetapi kesalahannya tidak dapat dimaafkan. Dia pun melarikan diri ke Byzantium. Setibanya disana, dia menukarkan nama Byzantium kepada Costantinople (di takhluk oleh Sultan Muhammad Al Fateh pada 1453 dan menukar namanya kepada Istanbul ). Costantine bertemu dengan sekumpulan pengikut gereja kristian bersandarkan mazhab St. Paul. Maharaja Costantine beritahu mereka berkenaan kesalahannya dulu dan pengikut mazhab St.Paul berkata bahawa kesalahannya itu boleh diampunkan dengan syarat taubat itu dilakukan di gereja mereka. Costantine tidak melepaskan peluang keemasannya itu.





St.Paul atau nama sebenarnya ialah Saul merupakan sumber utama doktrin trinity yang disokong oleh gereja Pauline yang sekarang ini kita panggil gereja Katolik. Dia berketurunan Yahudi dan pada awalnya menentang dakwah Jesus/Nabi Isa A.s. Selepas kematian Jesus, mengikut kepercayaan kristian, Saul dari Taurus mendakwa dia mendapat wahyu terus daripada Jesus yang dikatakan mengarahnya berdakyah mengikut versinya sendiri.



Oleh kerana gereja yang bermazhabkan kristian dengan doktrin yang dipopularkan oleh St.Paul mendapat sokongan oleh Maharaja Costantine, kedudukan mereka menjadi lebih kukuh dalam empayar itu.Kedua-dua belah pihak dapat kelebihan.


Bagi Costantine, dia mendapat sokongan pihak yang berpengaruh untuk mengatasi pemberontakan yang ditujukan kepadanya.


Bagi Gereja Pauline pula, mereka dapat sokongan rasmi Maharaja dan dapat melumpuhkan mana-mana gerakan kristian yang tidak sehaluan dengannya.


Sebagai tanda terima kasih Costantine, dia menyarankan pihak gereja Pauline membuka gereja di Rom. Hal ini demikian kerana bagi mengurangkan pengaruh dan kuasa Kuil Jupiter di Rom yang tidak mahu mengampunkan dosanya dulu.


Pada masa yang sama wujud pertelagahan beberapa puak kristian yang berlainan mazhab kerana mahu menegakkan doktrin masing-masing.


Gereja Pauline dengan mengatakan Jesus itu adalah anak Tuhan yang menjelma dalam bentuk tubuh manusia.


Gereja Apsotolic dengan mengikut ajaran sebenar Jesus dengan mengatakan dan beriman dengan Tuhan yang Maha Esa serta menganggap Jesus atau Isa itu sebagai rasul.




Costantine yang beragama pagan Greek cuba mendamaikan pertelagahan itu. Dia cuba menjadikan satu standard agama yang perlu diikiuti oleh semua penganut kristian. Jadi, untuk mengukuhkan kedudukan, dia berpihak kepada Gereja Pauline.


Tindakannya menyebabkan tentangan yang lebih hebat daripada kumpulan-kumpulan kristian yang masih berpegang kepada agama asal yang berdasarkan tauhid menyembah Tuhan yang Esa dan mengaku Jesus itu sebagai rasul yang diutuskan kepada Bani Israel. Pergaduhan ini membimbangkan Maharaja Costantine..huhu, penatnya menaip.


Oleh itu, Council of Nicea menjadi medan yang mana semua sarjana kristian berkumpul bagi menetapkan akidah dan standard bible untuk penganut kristian supaya mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.




Keputusan semasa Council of Nicea pada tahun 325 Masihi itu membentuk hampir semua akidah kristian yang wujud kini.Hal ini termasuklah doktrin trinity.



Kalau kita imbau kembali sejarah Islam, saling tidak tumpah permulaan pecahannya itu dengan agama kristian. Agama Islam terbahagi kepada 73 fahaman, agama Kristian 72 fahaman, agama Yahudi/Judainism terbahagi kepada 71 fahaman....


Sesungguhnya hanya satu sahaja yang masuk syurga iaitu mereka yang berpegang kepada al Quran dan As Sunnah, Ahli Sunnah wal Jamaah.





Sumber Rujukan

www.satuhala.blogspot.com

Syahadah Gadis Ateis karya Imran Haaz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...