Monday, 10 January 2011

Bedah siasat konsep trinity


"Wahai ahli kitab ( Yahudi dan Nasrani! ), Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar, sesungguhnya al-Masih Isa bin Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan kalimah Allah yang disampaikan kepada Maryam, dan ( ia juga tiupan ) roh daripadanya."

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan, '( Tuhan itu ) tiga.' Berhentilah ( daripada mengatakan yang demikian ), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Bahawasanya, Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi. Dan cukuplah bagi pengawal ( yang mentadbirkan sekalian makhluknya)"





Sudah tertulis dalam al Quran iaitu surah an Nisa' ayat 117 bahawa konsep trinity itu adalah salah sama sekali. Berkata berkaitannya, marilah kita sama-sama mengkaji apa sejarah yang terdapat di sebalik pengamalan konsep ini dalam agama kristian.Yosh!







Seperti yang kita semua tahu, konsep trinity ini mewakili 3 Tuhan iaitu Tuhan Si Bapa, Tuhan Si Anak (Jesus) dan Holy Ghost. Semua ini berpunca daripada kebanyakan doktrin kristian yang telah menyalah tafsirkan perkataan 'we' atau 'kami' yang terdapat dalam kitab mereka. Bagi mereka , perkataan ini adalah perkataan kata jamak atau plural yang mewakili lebih daripada satu pelaku.

Dalam bahasa Arab dan Hebrew, terdapat dua bentuk plural.

1st. Plural yang mewakili banyak pelaku dan benda.

2nd. Royal plural yang digunakan bagi menunjukkan pangkat dan kebesaran seseorang ataupun digunakan sebagai kata ganti diri pertama bagi mereka yang berpangkat serta dimuliakan dan mempunyai kebesaran.

Kekeliruan ini terjadi apabila bible mula diterjemahkan dalam beberapa bahasa asing termasuk bahasa inggeris.

Perkataan 'kami' juga banyak digunakan oleh Allah dalam al Quran.Orang Arab tidak pernah keliru dengan perkataan 'kami' yang digunakan Allah kerana mereka sudah sedia maklum dengan dua bentuk plural ini. 'Kami' yang digunakan oleh Allah dalam al Quran menunjukkan kebesaran dan kehebatanNya bukan bermaksud sekumpulan Tuhan.

Queen Elizabeth juga pernah menggunakan kata ganti diri bagi namanya dengan perkataan 'we' dalam ucapan rasmi bagi menunjukkan kebesaran kuasanya, bukan bermaksud dia menjadi wakil kepada beberapa raja dan ratu.





Konsep trinity ini adalah perkara yang sengaja dimasukkan ke dalam agama kristian semasa the Council of Nicea yang dianjurkan oleh Maharaja Costantine pada 325 Masihi. Konsep ini dipopularkan oleh St.Paul.

Nak tahu siapa St.Paul dan sejarah Council of Nicea?
Nantilah ya, penat menaip....




Sumber Rujukan

www.satuhala.blogspot.com

Syahadah Gadis Ateis karya Imran Haaz

1 comment:

  1. Adakah tuhan itu terpecah2..? Adakah kami menyembah tiga tuhan..?
    adakah kamu pernah mengerti dan memahami bahawa kita tida dapat hidup tanpa tubuh jasmani kita, jiwa dan roh. Jika kita tidak mempunyai semua itu adakah kita dikatakan sebagai makluk yang hidup. Jadi jangan cepat sangat untuk bangga dengan ajaran agama yang ada. Ibadahlah kepada Tuhanmu dan jgn pernah mau untuk menghakimi agama orang lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...