Tuesday, 11 January 2011

Kisah Umar Abdul Aziz








"Orang yang bertakwa itu dikekang.Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa."

-Khalifah Umar Abdul Aziz-

Khalifah Umar Bin Al-khatab R.A atau lebih dikenali sebagai Amirul Mukminin , dia seperti yang kita selalu dengar, cerita seorang pemimpin yang keluar pada malam hari bersiar-siar sekitar madinah bagi mengetahui hal ehwal rakyatnya sampailah suatu hari dia terdengar satu dialog seorang ibu dengan anaknya,

Ibunya berkata,

”Masukan air itu ke dalam susu sebelum fajar ,"

Anak perempuannya menjawab,

“Jangan ibu, bukankah Amirul Mukminin telah melarang perbuatan mencampurkan air dengan susu, "

Ibunya berkata lagi,

”Orang lain pun buat begitu,"

Anak perempuanya menjawab,

“Tapi kita tak boleh buat,"

Ibu dia berkata lagi,

“Kalau kita buat pun, Amirul Mukminin tidak tahu,kerana dia tidak nampak."

Perempuan ini berkata pula,



“innkana amirul mukminin la yara, farobul amirul mukminin yara(sekiranya Amirul Mukminin tak nampak tetapi Tuhan Amirul Mukminin itu nampak)” ..Khalifah Umar bin Al Khatab dengar dialog ini ..beliau menangis mengenangkan baiknya perempuan itu.. beliau kemudian balik kerumahnya, Saidina Umar mempunyai anak bernama a’sim..

Beliau berkata kepada anaknya..”

"Wahai A’sim pergilah ke rumah sekian-kian dan pergilah kamu berkahwin dengan anak perempuan di rumah itu, aku mengaharapkan Allah mengeluarkan dari sulbi perempuan itu seorang tokoh yang bakal memimpin orang Arab dan orang A’jam(bukan Arab)”

*Ini antara pendapat yang masyur, satu lagi pendapat ada mengatakan Saidina Umar Al Khattab menjemput anak-beranak itu menghadap beliau.




Wahai muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah ini, adakalanya Allah mencampakkan firasat yang baik bagi kita.. A’sim anak Saidina Umar Al Khattab yang taat itu pergi berkahwin dengan perempuan solehah berkenaan dan apabila kita melihat zaman sekarang, pada hari ini sahaja manusia majlis perkahwinannya hebat tapi perkahwinannya tidak berakhir dengan hebat. Ada yang sekarang ini cinta (love of the year) sudah menjadi (gosip of the year), memang tidak dinafikan hidup perlukan cinta tapi cinta-cinta ni falsafah sahaja lebihnya, dengar pada lagu cinta yang sedap tp orang yang nyanyi itu sudah 2/3 kali cerai pun,



Jadi kita teruskan cerita, berkahwinlah mereka berdua iaitu A’sim dan anak perempuan tadi dan dikurniakan oleh Allah anak bernama Laila. Laila ini berkahwin dengan seorang bangsawan yang juga seorang tokoh dari Mesir dari Bani Umaiyah yang bernama Abdul Aziz, dia gabenor Mesir. Laila dan Abdul Aziz ini melahirkan anak yang bernama Umar. Itulah yang di panggil Umar bin Abdul Aziz sulbi yang baik dari keturunan yang baik. Datuknya yang dahulu terkenal dengan keadilannya dalam pemerintahan.




Seorang Tabiin terhormat. Dia mendapat gelaran Khalifah Ar Rasyidin yang ke lima kerana memerintah sesuai dengan sistem Khulafa' Ar Rasyidin. Dia menaiki takhtanya setelah Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Husain mengatakan tentang Umar Abdul Aziz ini,

“Kalian tahu bahawa setiap kaum memiliki orang yang yang terkemuka? Yang menonjol dari Bani Umaiyah adalah Umar bin Abdul Aziz. Saat dibangkitkan pada hari kiamat kelak, dia merupakan satu kelompok tersendiri.”


Menuntut ilmu

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu pada saat usianya masih kecil. Walaupun begitu dia sudah bergaul dengan para pemuka ahli fikih dan ulama'. Pada masa itu juga pernah menjawat jawatan garbenor Madinah tetapi hanya sementara.








Dibaiat menjadi khalifah





Dia dibaiat menjadi khalifah setelah meninggalnya Sulaiman bin Abdul Malik, sedang dia sendiri tidak menyukainya. Oleh kerana itu dia mengumpulkan kaum muslimin di masjid untuk salat berjamaah, lalu berpidato. Setelah menyampaikan pujian kepada Allah dan bersalawat kepada Nabi Muhammad S.A.W, dalam pidatonya dia mengatakan,





“Wahai manusia! Saya telah diuji untuk membawa tugas ini tanpa dimintai pendapat, permintaan daripada saya, atau musyawarah kaum Muslimin. Maka sekarang ini saya membatalkan baiat yang kalian berikan kepada diri saya dan untuk selanjutnya pilihlah khalifah yang kalian suka!”





Tetapi orang-orang yang hadir dengan lantas mengatakan,





“Kami telah memilih engkau wahai Amirul Mukminin. Perintahlah kami dengan kebahagiaan dan keberkatan!” Setelah itu dia lalu menyuruh semua muslimin untuk bertakwa, untuk tidak menyukai dunia dan menyukai akhirat, kemudian berkata,





“Wahai manusia! Barang siapa mentaati Allah, wajiblah ditaati, siapa yang menderhakaiNya, individu itu tidak boleh ditaati oleh seorang pun. Wahai manusia! Taatilah saya selama saya mentaati Allah dalam memerintahmu dan jika saya menderhakaNya, tidak ada seorang pun yang boleh mentaati saya,"


Lalu Khalifah Umar Abdul Aziz turun dari mimbar.


Percakapan antara dia dengan puteranya setelah menjadi khalifah

Sesampainya di rumah, Umar pergi ke tempat tidur untuk beristirehat. Tetapi belum sempat dia membaringkan badannya, puteranya, Abdul Malik datang menghampirinya. Ketika itu Abdul Malik berumur 17 tahun. Dia berkata,

“Apa yang hendak ayahanda lakukan wahai Amirul Mukminin?”

“Oh puteraku, aku hendak istirehat sebentar, dalam tubuhku tidak ada kekuatan lagi.” jawab Umar.

Abdul Malik berkata lagi,

“Apakah ayahanda istirehat sebelum mengembalikan hak yang dirampas dengan jalan curang kepada yang mereka yang berhak?”

Umar menjawab,

“Puteraku, malam tadi ayahanda menguruskan hal pakcikmu, Sulaiman dan nanti waktu Zuhur ayahanda akan solat bersama kaum muslimin dan insya Allah akan mengembalikan hak-hak yang diambil secara curang itu kepada mereka yang punya.”

Abdul Malik berkata lagi,
“Siapa yang bisa menjamin dirimu akan hidup sampai Zuhur wahai Amirul Mukminin?”

Serta merta Umar berdiri, lalu mencium dan merangkul anaknya, serta mengatakan,

“Segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan dari tulang rusukku seseorang yang menolongku dalam beragama.”

Seketika itu juga dia memerintahkan untuk menyeru semua orang, bahawa barang siapa pernah dicurangi orang lain, agar melaporkan kepadanya. Umar pun mengembalikan hak-hak yang dirampas dengan curang itu kepada yang mereka punya.


Keadilannya Umar
Pernah sekali Khalifah Umar Abdul Aziz mengumpulkan sekolompok ahli fikih dan ulama lalu mengatakan,

“Saya mengumpulkan tuan-tuan hari ini untuk meminta pendapat mengenai hasil tindakan yang tidak adil yang selama ini berada pada keluargaku.”

Mereka mengatakan,

“Itu semua terjadi sebelum masa pemerintahanmu. Maka dosanya berada pada yang merampasnya.”

Umar tidak berpuas hati dengan pendapat itu dan mengambil pendapat kelompok lain, di dalamnya termasuklah puteranya Abdul Malik yang mengatakan kepadanya,

“Saya berpendapat, hasil-hasil itu harus dikembalikan kepada yang berhak, selama engkau mengetahuinya. Jika tidak dikembalikan engkau telah menjadi partner mereka yang merampasnya dengan curang.”

Mendengar itu Umar berpuas hati dan langsung berdiri untuk mengembalikan hasil-hasil yang diperoleh daripada tindakan curang itu.


Wafatnya,



Masa pemerintahannya hanya berlangsung sebentar. Hanya dua tahun setengah. Dia menemui Allah dalam keadaan adil kepada rakyatnya.


Sumber Rujukan

Khalifah Umar Abdul Aziz karya Abdul Latip Talib


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...