Friday 14 January 2011

Adam Affan

"Anak-anak adalah permata ayahbonda, penghibur duka lara, menyejukkan mata, ibarat kain putih yang suci dan bersih, terpulang pada keluarga untuk mencoraknya"





8 Januari 2011 merupakan detik terindah buat kami. Lahirnya seorang jejaka yang bakal menjadi penghibur dalam keluarga baru ini. Dialah peneman ketika duka.Menggembirakan kami sekeluarga. Alhamdulillah, Acik Umi selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Susah juga pada mulanya bagi insan bertuah ini untuk memikirkan nama anaknya itu. Terbelek-belek buku Nama-Nama Indah karya Muhd Al Azeem. Lama Acik Umi membelek buku itu. Tetapi, semuanya seakan tidak kena dengan cita rasanya. Teringat kembali kenangan lalu, seakan satu rahmat daripada Ilahi. Acik Umi teringat akan nama anak saudara rakannya. Lalu dianugerahkan kepada anak sulungnya ini...

Adam Affan

(Tauladan mereka yang menjaga kesucian diri)






Comelnya...






Tertanam naluri keibuan yang amat mendalami jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan. Oh ibu, di bahumu tergalas beban perjalanamu penuh rintangan, kau titipkan kasih sayang buatmu. Adam, ingatlah ketika ibumu dahulu bersusah-payah menjagamu di dalam kandungannya. Dia membawamu walau kemana sahaja dia pergi. Tak percaya? Tanya Ajim. Dialah saksi. Sememangnya kami melihat mak saudara kesayangan kami itu begitu kasihnya kepadamu. Sanggup meninggalkan makanan kegemarannya kerana ingin melihat kamu lahir dalam keadaan sihat (walaupun sebelum itu pergi makan Mc' Donald). Ibumu itu juga sanggup bersengkang mata untuk memahirkan diri dalam game Counter Strike semata-mata mahu kamu menjadi Gamerz terkenal suatu hari nanti ( hehe..main-main sahaja). Jangan jadi budak nakal ya.






Adam berkata..







InsyaAllah....









Tahu tidur sahaja...


Yosh! Kini MyTeam sudah ada ahli baru. InsyaAllah, kami akan membantu Acik Umi mendidik Adam agar menjadi Gamerz terkenal..hehe, tak adalah. InsyaAllah bakal menjadi ulama'. Oh ya, seakan suatu perkara yang sudah direncana Ilahi. Nama budak ini Adam. Bermula huruf A. Semakin bertambahlah ahli yang namanya bermula huruf A.


Ajim
Abrar
Amal
Amin
Alam
Agus
Aisyah
Aifa
Asyikin
Afiz
Arif
Alim
Amalina
Amanina
Adibah
Amar

Adam


Kalah team Paman Mamat yang nama anaknya bermula huruf I..

Imran
Ihsan
Ilyas
Izat
Idham

*Pasukan tambahan

Iman
Icah




15 berbalas 7...

Hehehe...


written by Shirou
photo by mafiama'had


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...