Friday 31 December 2010

Hari Keluarga part 4


"Maka tolong-menolonglah kamu ke arah kebaikan dan taqwa serta janganlah kamu tolong-menolong ke arah kejahatan"

Malam pula melabuhkan tirai.Kelihatan bulan separa purnama yang agak terang di langit.Tetapi tidak pula kelihatan bintang zodiak malam itu.Angin bayu darat bertiup damai,Dia seakan merahmati keluarga bahagia ini.Jauh di tepi pantai kelihatan keluarga Haji Tukin sedang memanggang BBQ.Aktiviti ini diketuai oleh Paman Mamat,Paman Marzuki,Paman Hassan,Paman Farhi dan dibantu oleh Acik Mawar,Atuk dan cucu-cucu lelaki.





Waaahhh..ini panggang ayam ke bakar ayam.Habis rentung ayam diloyang itu.Walaupun rentung tetapi rasanya sedap,hal ini demikian kerana Abrar berjaya menghabiskan 4 ketul.Belum lagi Ajim,habis 6 ketul dia rembat~hehe jangan marah ya.Tak sengaja terpecahkan rahsia..





"Huu..laparnya,bila boleh makan ini,"getus Paman Marzuki di dalam hati.

"Ish,ayam itu dah masuk pasir.Tambah perisa.Sedap kalau makan ini."kata Paman Farhi pula tidak sabar untuk makan ayam terbakar itu.

"Huh,siap karyaku."kata Paman Mamat pula selaku ketua aktiviti itu.

"Waduh,kena asingkan yang elok dengan yang ada perisa pasir ini."bisik hati Paman Hassan sambil tangannya membungkus ayam yang elok.

"Hrmmm..kalau si Mala dengan Shahrom ada kan bagus."bisik hati Atuk pula sambil mencari-cari pakar pemanggang BBQ itu.

Sementara itu cucu-cucu lelaki ligat berbincang tentang apa yang bakal dibuat mereka untuk aktiviti malam ini.



Kelihatan disitu,perbincangan yang mantap.Agus pula sedang memikirkan cara drama kami bagi membolehkan penonton menangis dan terharu.

Sebentar..kelihatan juga Wafi sedang main game..




Itu dia!Idea Agus dah datang~

Wafi masih setia dengan permainan videonya(handset siapalah yang jadi mangsa itu)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...