Saturday 1 January 2011

Hari Keluarga part 5


"Kenangi ibu bapa doakanlah sejahtera,kita anak harus membela apabila sudah dewasa,jangan biarkan mereka sia-sia pada hari tua..kecewa hidup dan merana kerana perbuatan anak derhaka"











Malam semakin larut,jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam.Kelihatan cucu-cucu lelaki atuk sedang rancak berbincang.Cucu-cucu perempuan begitu juga.Di bilik atuk kelihatan Ihsan,Agus serta Amin sedang berlatih.Masing-masing mahu menunjukkan persembahan yang terbaik malam itu.Pertembungan dua kumpulan yang hanya salah satu daripada mereka sahaja bakal dinobatkan sebagai juara.MyTeam bersatu kembali,untuk membuat penampilan.Tetapi dengan musuh yang berbeza.Adakah MyTeam mampu mengatasinya?



Setelah setengah jam menunggu,anggota MyTeam keluar dari bilik persalinan bagi memulakan persembahan.Apa yang bakal mereka lakukan?Nak tahu?

'Sebuah Drama yang berkisahkan tentang pengorbanan seorang ayah'

Director : Abrar
Co-Director: Agus
Backup Speaker:Ajim
PA System:Amal
Camera Man:Paman Mamat


Barisan pelakon:

Watak Utama

Agus(sebagai anak lelaki)
Abrar(sebagai bapa)

Watak menyibuk:

Amin(sebagai kawan Agus ketika remaja)
Ihsan(sebagai kawan Agus ketika remaja)
Wafi(sebagai kawan Agus ketika kecil)
Hafiz(sebagai anak lelaki ketika kecil)


Watak menyentuh perasaan:

Amal(pembaca wasiat)


Watak simpanan:

Alam(sebarang watak boleh dipegangnya)


Watak pemerian atau pencerita ikut suka:

Ajim(sebagai......speaker agaknya~)




Ceritanya bermula...

Suasana pagi itu hening,seakan mengerti perasaan individu yang baru kehilangan insan yang paling berharga dalam hidupnya.Dia sedang bersedih sambil menatap kubur isterinya.Di tangannya sedang mengendong seorang bayi yang tidak sempurna penglihatannya.

"Abang,nanti apabila anak kita dah lahir,berilah sepenuh kasih sayang kepadanya.Berilah dia kehidupan yang sempurna"Insan itu terkenang kembali pesan isterinya.

Selang beberapa tahun berlalu,bayi itu sudah membesar.Dia gemar bermain congkak dengan rakannya.Kehidupannya ketika umur kanak-kanak amat sempurna.Anak itu ditatang bagai minyak yang penuh.Bapanya begitu sayang kepadanya begitu juga sebaliknya.

Tetapi segalanya berubah sewaktu anak itu meningkat remaja.Pada suatu hari,sedang anak itu dan rakan-rakannya berjalan-jalan sekitar kota,mereka terserempak dengan seorang pembersih jalanan.

"Eh,siapa pula pakcik ini?Ganggu betul orang nak lalu!"kata Amin iaitu kawan kepada Anak itu.

"Entah!Dahlah buta!"marah Ihsan pula yang juga rakan kepada Anak itu.

"Eh,bapa?"getus Anak itu di dalam hati.Dia agak terkejut apabila melihat ayahnya disitu.

"Pergi kesanalah si buta!"marah Amin pula.Dia agak terganggu dengan pakcik tua yang buta itu.

"Woi!Kamu semua jangan hina ayah aku!"teriak Anak itu.Dia amat marah dengan perbuatan rakan-rakannya itu.

"Hahaha..bapa kau?Kesian.."kata Amin pula.

"Bapa buat..bapa buta."ejek Amin dan Ihsan pula.Mereka berseloroh.

"Ah!Pergi kamu semua dari sini!"marah Anak itu.Mukanya mula kemerahan menahan malu.

Anak itu kemudiannya menghantar bapanya yang buta itu untuk pulang ke rumah.Anak itu sedang marah.Jiwanya seakan mahu memberontak.Tetapi dia cuba menahan sabar sehinggalah sampai ke rumah.Madahnya kini semakin lari daripada kewajipan seorang anak kepada orang tua mereka.

"Saya malu bapa!Saya malu.."teriak anak itu sambil menutup mukanya.

"Kenapa nak?"tanya bapanya pula.Bapa anak itu semakin bingung.

"Saya malu kerana bapa buta!Kawan-kawan saya mengejek saya!"bentak anak itu.Dia sudah lupa adab ketika bersuara kepada bapanya.

"Maafkan bapa nak,bapa minta maaf.."sayu hati bapa anak itu meminta dimaafkan.

"Sudahlah!Pergilah mandi,menyibuk sahaja disini."kata Anak itu.Sememangnya iman anak itu sudah tercabut daripada jiwanya.

Bapa anak itu berlalu.Dia dipalut pilu.Anaknya sudah membencinya,dia menahan kesedihan itu sedalam-dalamnya.Tiada madah yang mampu menggambarkan perasaannya ketika itu.Dia terus ke bilik air untuk mandi.

Segalanya bermula disini,sedang bapa itu mandi.Tiba-tiba seekor ular tedung yang tidak tahu dari mana datangnya keluar dari celah-celah kolah di bilik air itu.Ular itu berada berdekatan dengan gayung.Bapa anak itu sedang leka membasuh mukanya.Apabila dia mahu membasuh badannya,dia cuba untuk mencapai gayung itu.Tetapi belum sempat tangannya mencapai gayung tersebut,suatu patukan berbisa maut hinggap di tangan kanannya.

"Argh!Sakitnya!"teriak bapa Anak itu.

"Diamlah!"balas Anak itu pula,dia sedang khusyuk menonton televisyen itu berasa terganggu dek jeritan ayanhnya.

"Nak..tolong bapa!"teriak bapa anak itu lagi.

"Aku kata senyap..senyaplah!"balas anak itu lagi.

"Nak...tolong..."pinta bapa Anak itu lagi.Suaranya semakin sayu.

"Ish,kacaulah!Diam!"teriak anak itu lagi.

Suasana bertukar sunyi,hanya kedengaran bunyi desiran air mengalir sahaja di bilik air.Suara bapa Anak itu sudah tidak lagi kedengaran.Di ruang tamu tamu pula hanya kipas dan televisyen sahaja setia mengeluarkan bunyi.

"Tahu pun nak diam"kata Anak itu.

Selang beberapa jam,anak itu kehairanan.Bapanya masih belum keluar daripada bilik air.Resah dijiwanya mula melancarkan serangan.Anak itu semakin risau.Dia kemudiannya pergi menjenguk bapanya di bilik air.

"Bapa!"jerit anak itu.Bapanya kini terbaring di atas lantai.Seakan tidak bernyawa.Kedengaran bunyi ambulans 10 minit kemudian.Bapanya dibawa ke hospital.Tetapi segalanya sudah terlambat.

Bapanya sudah meninggal dunia 15 minit sebelum ambulans datang.Segalanya sudah berakhir buat hidup Anak itu.Dia kehilangan satu-satunya insan yang mempunyai pertalian darah dengannya di muka bumi ini.Dia menangis.Menangis meratap hiba.Tiba-tiba seorang peguam bela datang ke wad itu.Peguam itu memberi Anak itu sepucuk surat sambil mengukir senyuman.Anak itu segera membukanya.

"Assalamualaikum,

Surat ini ayahanda tujukan khas buat anakanda yang tersayang.

Bapa tidak mahu madah yang berbicara,biarlah mata pena yang
memberitahu segalanya.Wahai anakku,bapa teringat pesan ibumu
dahulu.Ibumu sambil tersenyum meminta bapa untuk menjaga kamu,
mendidik kamu,membelai dirimu dan memberi kehidupan yang
sempurna kepadamu.Tetapi,dia tidak sempat melihatmu.Bapa amat
sedih ketika itu.Tetapi segalanya terubat dengan kehadiranmu wahai
anakku.Bapa gembira melihatmu.Bapa juga ingin memohon kemaafan daripadamu.Bapa tidak mampu memberi kehidupan yang sempurna
kepadamu.Bapa tahu,bapa seakan terasa hidup ini tidak lama.
Maaflah kerana telah menyusahkan dirimu akibat terbeban dengan
bapa yang buta ini.Biarlah apa orang mahu kata,bapa masih berbangga kerana mempunyai anak sepertimu.Walaupun bapa buta,kamu tidak
pernah merungut atau mempersoalkannya.Ketahuilah bahawa bapa amat
sayang kepadamu wahai anakku.Walaupun bapa sudah meninggal dunia
tetapi mata bapa masih hidup.Sihat bersamamu duhai anakku.Peliharalah
mata itu,sesungguhnya bapa telah bergadai nyawa untuk menyempurnakan
penglihatanmu.Jangan bimbang anakku,bapa kini akan berbahagia bersama ibumu.Satu perkara yang bapa mahu kamu tahu,bapa amat sayang kepadamu......."


Maka hampir bercucuranlah air mata anggota keluarga Haji Tukin.Siapakah itu?Nak tahu?Let's see the resullt:

Atuk : Steady,tak mainlah ketua keluarga ini menangis.
Nenek : Hehe..maaf ya nek,saya tak sengaja buat nenek menangis.
Wak Shahrom : (Sedang terlantar di atas katil akibat demam)
Wak Mala : Confirmlah,ajaib kalau tak...heee..(jangan marah ya)
Wak Wahidan : Cover ~
Wak Jah : Hampir..sikit sahaja lagi.
Paman Hassan : Harapanlah insan ini mahu menangis dek cerita itu.
Acik Lin : Hehe~biarlah rahsia.
Paman Mamat : Sibuk merakam...
Acik Mawar : Hrmmmm..kurang kepastian,macam ya.
Paman Marzuki : Alaa..paman tak tengok.
Acik Ida : Acik pun tak tengok,kalau tak..hehe~
Paman Farhi : Katanya sampai selsema hari itu.
Acik Umi : Sedang berlindung di sebalik bantal..bahaya katanya..hee~

Sedang pilu menyelubungi hati anggota Keluarga Haji Tukin,tiba-tiba bapa anak itu bangun dan mengetuk kepala anaknya.Semuanya musnah.Karya agung kami dimusnahkan oleh Directornya sendiri.Semua yang tadi bersedih,kini bergelak ketawa dek adengan tadi.(Aboi spoiler betul!)

Apapun,KAMI MENANG!
MyTeam sekali lagi berjaya menewaskan musuh mereka hari itu.MyTeam dinobatkan sebagai pasukan terbaik!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...