Friday 31 December 2010

Hari Keluarga part 3


"Terokailah alam lautan,ternyata kamu akan melihat sebuah khazanah yang tiada tolok bandingnya dek akal fikiran"




                                             Comel~


Hanya tinggal 3 jam lagi sebelum waktu Zohor melabuhkan tirai.Kesempatan ini diambil oleh cucu-cucu lelaki atuk untuk mandi di pantai.Paman Farhi mengetuai ekspidisi.Sedang kami mandi di pantai,tiba-tiba kelihatan suatu objek memecut laju ke arah kami.Objek itu seakan kami kenal.Kami pernah menemuinya ketika menjawab peperiksaan SPM tempoh hari.Setelah diteliti,rupa-rupanya bot pensil.Paman Farhi mengajak kami menaikinya.Bayarannya agak mahal,RM10 seorang.Tetapi jangan risau,nenek kesayangan kami pemurah orangnya,kami dibelanja!



Bermulalah pengembaraan di lautan yang luas saujana mata memandang.Kami dibawa memecut laju.Masing-masing memegang kuat tali yang tersedia di bot pensil itu.5 orang menaikinya.

Diketuai oleh Paman Farhi(walaupun duduk belakang sekali)
Diikuti anak buahnya..Abrar,Amal,Amin,Wafi.

"Kalau nampak orang yang naik bot itu tunjuk 'thumbs up' kita kena terjun"terang Amin dengan penuh yakin.Kami semua mempercayainya.Seram juga apabila disuruh terjun di tempat yang dalam walaupun memakai jaket keselamatan.

Tidak berapa lama kemudian,pengemudi bot itu mengangkat ibu jarinya.Lantas tanpa berfikir panjang,Amin terjun dengan bergayanya.
Diikuti dengan Paman Farhi dan Amal.Abrar dan Wafi setia diatas bot pensil.

"Kenapa tak terjun?"tanya Paman Farhi.

"Abrar penakut!"kata Amin pula.Dia begitu 'excited' dengan adengan sebentar tadi.

"Laaa..kena terjun ke?"jawab Abrar pula.Dia tertanya-tanya dek adengan pelik sebentar tadi.

"Huu..syok betul ini"kata Amal pula yang juga teruja dengan aksi tadi.

Kemudian pengemudi bot itu menerangkan bahawa sebenarnya apabila mereka mengangkat ibu jari,kami perlu melepaskan tautan kami pada tali
yang tersedia kerana mereka akan melakukan lencongan laju yang menyebabkan kami tercampak dengan sendirinya.Ternyata apa yang diterangkan oleh Amin tadi sedikit terpesong(apalah Amin,buat suspen saja).Tetapi kami beruntung kerana adengan itu sepatutnya hanya tiga kali di tempat berbeza tapi kami dapat 4 kali..Hehe,terima kasih kepada Amin~

Marilah sama-sama kita tengok...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...