Friday 31 December 2010

Hari Keluarga part 2

"Minda yang cerdas terlatak pada tubuh badan yang sihat"

Sebelum matahari 24 Disember terbit tinggi pada hari itu,kedengaran di bilik penginapan keluarga Haji Tukin sudah riuh.Anak dan bapa sama sahaja. Masing-masing sedang cabar-mencabar.Almaklumlah,pada hari ini akan diadakan perlawanan bola sepak pantai buat kali ke-2.Perlawanan masih lagi diteruskan mengikut agregat.Kumpulan anak-anak ketinggalan 1 jaringan.


"Kalahlah kumpulan kamu semua hari ini,kami ada pemain import baru."
kata Paman Mamat penuh keyakinan sambil tangannya menunjukkan ke
arah Paman Farhi.Sememangnya keluarga Haji Tukin mempunyai ahli baru.

"Alaaa..tak cuak tak gentar malah berani!"kata Abrar pula.Dia selaku penolong kapten merangkap sayap kanan bagi pasukan MyTeam.




"Haha..harapanlah,Paman korang seorang ini kaki bangku."kata Acik Umi pula dengan nada gurauan.Tetapi betul ke Paman kita yang seorang ini kaki bangku?Heee..bak kata iman hasanah kepada abinya,'jangan di sangka air laut yang tenang itu tiada buaya.'

Seusai solat subuh,kumpulan MyTeam mengatur gerak.Mereka beramai-ramai pergi ke tepi pantai untuk melakukan senaman.Mereka giat berlatih untuk membalas dendam dek kekalahan mereka tahun lepas.Kali ini mereka hanya mempunyai satu tujuan,iaitu menang!

Diimbau kembali kekalahan yang dialami pasukan MyTeam pada tahun lepas.Antara sebabnya...

1.Keadaan padang yang senget,menyebabkan ramai anggota MyTeam hilang keseimbangan dan gagal mengawal bola dengan baik.Keadaan padang memberi advantage kepada pasukan bapak-bapak kerana mereka mempunyai BMI yang tinggi dan sukar bagi mereka hilang keseimbangan.

2.Amal selaku penyerang bahagian sayap kiri cedera teruk.Dia mengalami kecederaan di buku lali dan tidak dapat bermain dengan baik.Serangan berbisa daripada MyTeam tidak dapat dilaksanakan.

3.Pancaran cahaya matahari yang mengganggu penglihatan anggota MyTeam.


Namun,pada perlawanan yang kedua ini..menyaksikan pertembungan yang lebih hebat.Amal sudah pulih sepenuhnya.Paman Farhi selaku pemain import yang baru pertama kali turun padang.Mari kita saksikan...

Video nanti upload....


Perlawanan bermula,Abrar memberi hantaran kepada Amal.Amal menghantar bola kepada Ajim dan dia merembat bola itu..tetapi ternyata penjaga golnya sangat cekap.Mudah sahaja dia melihat bola itu melayang keluar padang tanpa perlu melakukan sebarang gerak.Giliran team dewasa menyerang. Hantaran oleh Wak Shahrom terus kepada Paman Marzuki.Paman Marzuki menggelecek dua orang pemain pertahanan iaitu Alam dan Ihsan lantas merembat bola kearah gawang.Imran yang agak terkejut itu gagal menampan bola keluar.Gol!!!!!!Pasukan dewasa mendahului.Kini kedudukan 1 berbalas kosong.Ajim diulit resah.



"Alamak!Macam mana boleh gol ini?"kata Ajim hampa.Kapten pasukan MyTeam mula risau.

"Siapa kata Paman tak reti main bola."kata Paman Farhi pula dibelakang.


Perlawanan diteruskan lagi.Kali ini MyTeam banyak mengasak tetapi tidak berjaya.Masing-masing masih mencari rentak.Perlawanan diberhentikan seketika kerana ada pemain baru bakal dimasukkan.Bagi kumpulan dewasa,Paman Hassan dan Wak Wahidan dibawa masuk.Bagi pihak MyTeam pula Agus dan Wafi dibawa masuk.Kini barisan tengah MyTeam diperkuatkan lagi dengan kehadiran anak watan Kampung Endah itu.

Setelah lima minit break bagi memberi ruang pertukaran pemain.Perlawanan diteruskan,kini serangan demi serangan MyTeam kerahkan.Tetapi masih tidak menemui gol mereka.Tiba-tiba,Wak Shahrom selaku pemain pertahanan membuat hantaran lintang tepat kepada Paman Hassan.Pemain pertahanan MyTeam terkejut.Kejadian itu berlaku terlalu pantas.Paman Hassan mengambil peluang itu lantas menewaskan penjaga gol MyTeam.Gol!!!!!!Kini MyTeam ketinggalan 2 jaringan.Separuh masa pertama tamat.



Kepenatan semuanya,masa rehat digunakan sebaiknya oleh MyTeam untuk mengatur gerak.Separuh masa kedua bakal menentukan segalanya.


Perlawanan dimulakan semula selepas 15 minit berehat.Kali ini team dewasa memulakan gerak.Laju sahaja hantaran yang diberikan oleh Paman Mamat kepada Wak Wahidan.Wak Wahidan cuba untuk menggelecek Alam tetapi gagal.Keadaan padang yang berpasir menyukarkannya untuk bergerak.Alam lantas membuat hantaran kepada Abrar.Abrar membawa bola.Dia berjaya melepasi Paman Farhi lantas memberi bola kepada Ajim.Rembatan kencang daripada Ajim tepat ke gawang.Penjaga gol gagal untuk menepisnya keluar.Gol!!!!!!Kini pasukan MyTeam bersorak gembira.Mereka berjaya mengakhiri kemarau gol selama ini.Sememangnya layak diberi tanggungjawab sebagai kapten(Ajim bangga ar tu).

Wak Shahrom yang sedikit kecewa tadi lantas mengambil tendangan goal kick.Tendangannya kencang!Tinggi merentasi angin..kemudian laju seperti helang mahu menyambar mangsanya ke arah penjaga gawang.Imran yang sedikit terleka kaget.Dia terkejut dengan bola itu.Akhirnya,bola itu tidak dapat diselamatkan.Gol!!!!!Tidak sampai lima minit Counter Goal berhasil dijaringkan.Pasukan MyTeam semakin tertekan.Kedudukan kini 3 berbalas satu.Pasukan MyTeam semakin jauh ketinggalan.

Kini hanya tinggal 15 minit sebelum masa tamat.Pasukan MyTeam perlu mencari gol.Permainan diteruskan,Abrar membuat hantaran lintang kepada Agus.Agus menggelecek 4 pemain pertahan pasukan dewasa.Semuanya tewas ditangan anak watan Kampung Endah itu.Lantas dia dengan solonya melepaskan rembatan kencang ke gawang lawan.Hafiz selaku penjaga gol gagal menahan bola itu.Gol!!!!!!Kini kedudukan 3 berbalas dua.Pasukan MyTeam mula mendapat rentak.

Permainan diteruskan,pasukan dewasa pantas membuat serangan balas.Wak Wahidan menghantar bola kepada Paman Marzuki.Paman Marzuki pantas menggelecek Wafi selaku pertahanan di bahagian kanan kemudian membuat hantaran tinggi kepada Paman Hassan.Lantas Paman Hassan membuat tandukan.Bola berada di udara...Imran selaku penjaga gawang semakin cemas.Wak Wahidan hadir untuk menanduk ke arah gawang tetapi nyata Ihsan lebih pantas menghalang.Bola kemudian dapat kepada Paman Marzuki.Insan kelahiran Kedah itu sememangnya berbakat.Paman Marzuki menewaskan Wafi buat kali kedua lantas merembat kencang ke arah gawang.
Imran bolos buat kali ke-4...Gol!!!!!!!!Harapan MyTeam untuk membalas dendam semakin musnah.

Namun,penyerang MyTeam masih lagi bersemangat.Mereka dahagakan gol.Permainan diteruskan,Abrar membawa bola.Dia sempat melepasi Idham dan Arif selaku pertahanan di bahagian kanan dan membuat hantaran tinggi kepada Amin.Malangnya Paman Mamat lebih pantas.Paman Mamat sempat menanduk bola itu keluar.Amin segera mengambil bola yang keluar itu lantas membuat balingan.Setelah diteliti,ternyata Amal tidak dikawal.Amin membuat balingan jauh kepada Amal.Amal membawa bola dan menggelecek Paman Mamat.Cucu kesayangan nenek itu berjaya melepasi pemain pertahanan pasukan dewasa itu lantas membawa bola kehadapan gol.Amal membuat sedikit trick untuk menipu Hafiz selaku penjaga gawang dan melepaskan rembatan 360 darjah.Hafiz tertipu.Rembatan kencang Amal menembusi gawang.Gol!!!!!!!!Kini kedudukan 4 berbalas 3.MyTeam semakin mendekatkan kedudukan.

Pasukan MyTeam semakin bersemangat.Pasukan dewasa pula semakin letih.Bola berjaya dirampas,pasukan MyTeam mengatur gerak menyerang.Ajim membawa bola dan membuat hantaran kepada Abrar.Abrar tidak dikawal.Dia lantas membawa bola dan bermain one-two dengan Ajim.Taktik mereka berjaya mengelirukan Wak Shahrom dan Paman Mamat.Kini bola berada di kaki Abrar,dia pantas membawa ke hadapan gawang.Pemain pertahanan semuanya kepenatan,tidak mampu mengejar.Abrar mengambil peluang itu dan melepaskan rembatan ke arah gawang.Ternyata penjaga gawang sudah bersedia.Dia berjaya menampan bola itu.Tetapi bahaya masih belum berakhir.Bola itu dapat kepada Ajim,Ajim menghantar bola kepada Abrar lantas Abrar terus merembat bola itu.Rembatannya kencang.Penjaga gawang kumpulan dewasa kali ini tewas.Gol!!!!!!!MyTeam berjaya menyamakan kedudukan.4 berbalas 4.

Masa semakin suntuk,hanya tinggal 2 minit sebelum masa tamat.MyTeam perlu mencari lagi satu gol untuk menyamakan kedudukan kerana jika mengikut agregat,mereka masih ketinggalan satu gol.Permainan diteruskan,serangan kumpulan dewasa semakin lemah.Ternyata mereka kepenatan.Hantaran swing dilakukan oleh Paman Farhi walaupun secara tidak sengaja kepada Wak Wahidan.Tetapi Alam sudah sedia menunggu.Alam berjaya merampas bola itu dan membuat hantaran kepada Amal.Amal terus memberi bola kepada Amin yang berada di bahagian kiri padang.Amin membuat hantaran pula kepada Ajim.Tanpa melengahkan masa lagi,Ajim terus membuat rembatan.Penjaga gawang pasukan dewasa juga keletihan.Dia gagal dan bolos buat kali ke-5.Gol!!!!!!!!!!!!!!Kedudukan kini 5 berbalas 4.MyTeam mendahului.

Wisel penamat ditiup menandakan berakhirnya perlawanan yang sengit itu tadi.Kumpulan dewasa tewas 5-4 hari itu.Mengikut agregat pula mereka seri
5-5.


Statistic

MyTeam/Team Dewasa

Pengawalan bola: 51% /49%

Percubaan ke arah: 12 /18
gawang

Gol: 5 /4

Foul: 0 /1(hand)

Kad kuning: 0 /0

Kad merah: 0 /0


Penjaring gol

Paman Marzuki (Team Dewasa minit ke-8 )
Paman Hassan (Team Dewasa minit ke-14)
Ajim (MyTeam minit ke-47)
Wak Shahrom (Team Dewasa minit ke-48)
Agus (MyTeam minit ke-76)
Paman Marzuki (Team Dewasa minit ke-80)
Amal (MyTeam minit ke-83)
Abrar (MyTeam minit ke-86)
Ajim (MyTeam minit ke-89)

Pemain terbaik: Paman Marzuki
Penjaring terbanyak: Ajim dan Paman Marzuki
Penjaga gol terbaik: Imran(walaupun bolos 4 gol)
Pasukan terbaik: MyTeam (mampu bangkit walaupun sudah jauh ketinggalan)

Berakhirlah aktiviti pagi itu.Kaum Hawa bagaimana?Hrmmmmm.....


"Ish!Tak acilah budak-budak lelaki main bola"kata Aifa,dia tidak berpuas hati kerana budak-budak perempuan seperti diabaikan.

Rilexlah Aifa,jangan mengamuk..kesian pasir itu.





Tengok,tengok..kan dah nak jatuh itu.Itulah orang nasihat tak nak dengar.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...