Friday 24 December 2010

Hari Keluarga


"Berjalan dan bermusafirlah untuk melihat kebesaranNya,lantas bersyukur."

Kelihatan mentari pada 23 Disember 2010 begitu cerah.Senyumannya terukir dek kedamaian cuaca ketika itu,dia seperti seakan mengerti akan kegembiraan yang bakal dilewati oleh keluarga yang diredhai ini.Jauh di sudut kanan rumah papan berwarna oren ini,kelihatan keluarga haji Tukin sedang sibuk membuat persiapan.Hari itu mereka akan bertolak ke Port Dickson.Ini merupakan Hari Keluarga yang ke...ke...ke...............................
Hrmmmm...maaf,tak terkira dek akal manusia yang lemah ini.Di sanalah keluarga Haji Tukin berkumpul.Kami bersatu kembali.Semua ahlinya hadir tiada berkecuali.

Setibanya di Hotel,langkah kaki kanan diatur oleh jejaka tampan kelahiran anak watan ini untuk pergi ke destinasi murni.Destinasi yang tidak asing lagi..


KOLAM RENANG

Inilah muka-muka yang tak hensem...yang hensem tak join..hehe~





Ini pula jejaka yang masih lagi kebudak-budakan,tidak tahulah diri ini nak mengeluarkan sebarang madah buat mereka.Paling ketara yang pakai baju hitam itu,ish3 apa mahu jadi ini..hahaha....alamak terover pula.Maaf ya.


Kelihatan Amal sedang melancarkan Rasengannya..Wafi pula sedang berenang style unknown,sementara Imran sedang mengatur gerakan 'famous' MyTeam.


Ya,itu dia Kapten MyTeam!




Ni!!!!!Hrmmmm....mamat mana pula yang sesat ini?

Wajah mereka kelihatan ceria.Begitulah rasanya apabila sekian lama terpisah dek dunia yang penuh dengan sempadan.Tarikh keramat ini menyatukan kami.Huuu..rindunya~
Malam hari pula menjelma,tetapi masing-masing keletihan dek perjalanan yang jauh.Sebenarnya bukanlah jauh sangat pun,Port Dickson saja.Almaklumlah,dah lama tidak keluar rumah.Tambahan pula hero-hero atuk baru sahaja bermati-matian bertempur dengan SPM.Penat wei~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...