Saturday, 1 December 2012

Falsafah, Jom Kita Berfikir!



“The unexamined life is not worth living”

– Socrates (470-399 BCE) 




Socrates kata kita perlu kaji makna kehidupan kita ini. Bukan hidup seperti sebuah robot yang tetap plot ceritanya dan bertingkah laku hanya mengikut peredaran tempat dan waktu.

'Life but a walking shadow'.

Hidup ini kan satu anugerah, Allah jadikannya abstrak untuk kita berfikir dan mengkaji. Kajian itu pula tidak lain hanyalah untuk menjadikan diri kita lebih faham tentang hidup kita ini dan lebih mengenal pencipta kita. Dengan kata lain, menjadi seorang hamba yang lebih berkualiti dan bukan sekadar bertaqlid semata-mata.


Kita hidup pada zaman fitnah. Pada zaman ini kita perlu kepada displin ilmu yang lebih teliti. Kelakuan kita perlunya bersandarkan kepada hujah dan dalil. Supaya dapat membezakan yang mana benar dan tidak, yang mana lebih utama dan sebaliknya. Bukan mengikut arus dan bertaqlid semata-mata!

Prof Tariq Ramadan kata, 

'..if you want to change the world, change your mind. Build your intellect!'

Nak bina intellect, kita kena kembali kepada intipati utama suatu kefahaman itu. Intipati yang membina daya pemikiran kritikal. Apakah intipati tersebut?

Falsafah.


Apa pula falsafah itu?

Plato dan Aristotle kah? Epik Gilgamesh kah? Tsun Zu? Acropolis? Guantamo Bay?

Huhu, bukanlah. 

Falsafah ini membuka suatu perbincangan yang lebih luas, selalunya bermula dengan mendefinisikan sesuatu. Juga tentang disiplin berkenaan sesuatu ilmu itu.

Disiplin ~

Hehe, saya pasti perkara ini tak lain hanyalah seperti ubat tidur yang paling mujarab masa kita sekolah menengah dulu, 

'buku teks sejarah.'

Tetapi untuk mereka yang berminat, insyaAllah saya akan cuba yang sebaik mungkin untuk menerangkan pada anda tentang apa yang saya dapat melalui pembacaan saya selama ini. ^^

Falsafah ini dalam bahasa mantiknya adalah salah satu daripada academic discipline. Hah, makhluk asing apakah itu?

Academic discipline ini boleh diterjemahkan melalui dua perkara iaitu object dan method.

Object - apa yang nak dibincangkan dalam disiplin itu.

Method - bagaimana kita melakukan kajian tersebut.

Alright, kita fokus pada object dulu, method kita cerita lainlah kali ya. Penat tangan ini nak menaip.

Apa yang nak dibincangkan dalam falsafah ini?

Perlu ingat ya, falsafah ini bukanlah sesuatu yang jelas, bermaksud bukanlah sesuatu yang boleh kita faham secara material. Tidak seperti discipline yang lain.

Hrmmmm, macam mana itu?

Nak lebih faham, falsafah ini terbahagi kepada tiga kajian utama. Metaphysics, Epistemology dan Ethics. Kita lihat kaitannya nanti.





Metaphysics


Senang cerita, metaphysics ini membincangkan soalan 'apa makna kita menjadi sesuatu'. Soalan yang abstrak kan?

Secara aplikasinya, mungkin kita boleh cerita tentang dua perkara. Manusia dan objek. Cerita tentang realiti.

Metaphysics membincangkan tentang apa makna kita menjadi manusia ini dan apa makna pula menjadi objek tersebut. Macam kita buat karangan autobiografi masa sekolah rendah dulu, yang 'Aku sebuah basikal' itu. 

Juga tidak lupa apa beza menjadi kedua-duanya.

Itulah metaphysics secara umumnya. Sangat abstrak dan kajiannya amat meluas. Boleh terbakar fius otak memikirkannya. T_T





Epistemology


Sesuatu yang lebih menarik saya rasa, tentang ilmu berkenaan realiti tersebut. Ilmu tentang cara kita berfikir dan definisi tentang ilmu itu sendiri. 

Ada juga perbincangan tentang beza antara ilmu, pendapat dan kepercayaan. Anda dapat bezakan tak semua itu?

Kalau nak cerita bab ini sahaja sangat panjang. Nantilah saya cerita lebih terperinci pada post yang lain. Cuma apa yang nak dikaitkan di sini, epistemology membincangkan tentang keupayaan kita untuk mendapatkan ilmu tentang realiti, dan kalau boleh pun, persoalannya bagaimana? Macam mana nak definisikan realiti itu dan sebagainya.

Jadi secara amnya, epistemology ini membina link daripada berfikir ke arah realiti.


                           (thinking)                     link                            (reality)
Epistemology -----------------------------------------------------------------------> Metaphysics







Ethics


Bahagian ketiga ini pula lebih kepada behaviour. Bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi realiti. Cara tingkah laku kita memberi impak kepada manusia dan keadaan sekeliling.

Tentang bagaimana kita sepatutnya bertindak terhadap keadaan tertentu, apa yang sepatutnya kita lakukan jika berlaku itu dan ini.

Senang cerita link itu jadi macam ini,


                           (thinking)                        link                          (reality)
Epistemology ------------------------------------------------------------------------> Metaphysics
                                                                                                                                   ^
                                                                                                                                   ^
                                                                                                                                    ^
                                                                                                                                   ^
                                                                                                                                  ^
                                                                                                                                   ^
                                                                                                           (behaviour)   ^
                                                                                                                                    ^
                                                                                                                              Ethics



Jadinya boleh dikonklusikan bahawa falsafah ini adalah bagaimana kita berfikir dan memberi reaksi terhadap realiti.

Memahami falsafah adalah tunjang kepada suatu kefahaman yang lebih mendalam. Ingat, Salahuddin dulu lahir bukan dalam suasana vakum, tetapi terbina daripada beberapa generasi  bermula dari zaman Imam al Ghazali (ahli falsafah yang disegani), diikuti dengan Sheikh Abdul Qadir al Jilani dan Sultan Nuruddin al Zinki (pemimpin berwibawa).

Zaman kita ini, laungan untuk membina tamadun Islam itu melata, tetapi kita lupa untuk mempersiapkan ummah yang lengkap dari aspek pendidikan, keilmuan dan kerohanian.

Walaupun segilintir masyarakat melihat perkara ini sebagai suatu proses yang lambat berbanding politik yang menawarkan perubahan segera. Namun, apalah gunanya perubahan segera sekiranya tidak dilandaskan dengan landasan yang kukuh terutama dari segi ilmu dan rohaninya, kan ~

Alright, alhamdulillah. Settle. Yeay!




Huh, 4 jam hari Ahadku dah burn.
Penat.
Nak lebih faham, bolehlah baca sendiri ya, cmiiw ~
Yosh!


Sumber rujukan :

http://www.academyofideas.com/2012/09/epistemology-resources.html

http://philosophy.about.com/od/Philosophical-Branches/Philosophical-Branches.htm

http://plato.stanford.edu/entries/metaphysics/

http://pespmc1.vub.ac.be/EPISTEMI.html

http://www.importanceofphilosophy.com/Ethics_Main.html

http://www-personal.umich.edu/~sdarwall/Phil361.html

http://www.neatorama.com/2007/02/06/11-most-important-philosophical-quotations/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...