Melewati hari-hari terakhir sepanjang semester 3 di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya. Seakan satu perasaan sayu hadir di dalam diri. Terlalu banyak amanah yang terabai tidak dilaksanakan. Begitu juga dengan kerja dakwah yang kadang-kadang perkara itu sekadar tinggal kenangan. Nauzubillah.
Ujian hadir menyibukkan masa, menyempitkan suasana. Tercari-cari juga akan hikmah yang ingin ditunjukkan olehNya. Ya, diriku juga hamba. Insan yang dilahirkan dengan fitrah ingin tahu mengapa. Seperti mana kisah Nabi Khidir dan Nabi Musa. Dimanalah Khidir untukku pula yang akan hadir menerangkan segalanya.
Allah menyuruh kita berusaha, bukan sekadar merungut bak jatuh ditimpa tangga. Takdir itu adalah pilihan di tangan kita, lima jari itulah yang meninta plot kehidupan di dunia.
Panjang pula mukadimah kali ini. Sekadar ingin berkongsi, kerana terasa sudah lama pula terpendam perasaan ini. Berkongsi untuk sama-sama bangkit menjadi lebih bermotivasi. Kita banyak kerja!
Ustaz Rozuki pernah kata,
"Kalau tiada pembuangan dan penambahan huruf dalam Bahasa Arab, nescaya keldai pun akan faham."
Salah satu sebab juga al Quran diturunkan dalam Bahasa Arab adalah kerana Bahasa Arab itu sendiri adalah bahasa yang terpelihara. Bahasa yang boleh menjaga dirinya sendiri daripada sebarang korupsi.
Satu contoh, tentang maf’ul bih(objek). Untuk membuat
satu ayat fi’liah (ayat yang dimulai dengan fi’il), kita memerlukan fi’il(kata
kerja), fa’il(pelaku) dan kadang-kadang (dalam bahasa mudahnya) kita memerlukan
maf’ul bih. Tetapi ada masa yang mana tanpa fi’il dan fa’il, maf’ul bih boleh
wujud pada ayat yang guna mubtada’(subjek) dan hobar(predikat). Juga ada masa
maf’ul bih duduk di hadapan diikuti dengan fi’il atau fa’il.
Apa yang boleh kita lihat di sini, si maf’ul bih ini
secara literalnya hanya boleh wujud jika ada fi’il dan fa’il, namun dalam
keadaan tertentu ‘dia’ boleh wujud sesuai dengan keadaan dan amalan. Begitu
juga dengan Islam dan sebab itu jugalah kenapa Allah menurunkan al Quran dalam
bahasa Arab. Supaya manusia boleh menyesuaikan keadaan mengikut rules and
guidelines yang telah diwahyukan oleh Allah.
Untuk memahami Islam, kita tidak boleh berfikiran
jumud. Mereka yang jumud akan sukar untuk menerima pendapat yang berlainan
dengan apa yang mereka pegang. Jadi
seperti kes maf’ul bih itu tadi. Sebenarnya maf’ul bih boleh duduk dalam
keadaan lain dan bukan pada suatu tempat yang tetap dan tidak berubah. Perkara
itu menepati hukum bahasa Arab. Begitu juga dengan hukum di dalam Islam.
Fleksibel.
Malangnya, mereka yang berfikiran jumud inilah yang
menyempitkan dan menyusahkan kita. Mengatakan semakin susah suatu perkara itu,
maka semakin Islamiklah jadinya. Anda tersalah faham sahabat dan inilah salah
faham terbesar bagi kita kebanyakan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Penerangan Professor Tariq Ramadan amat jelas dalam
hal ini. Islam ini berkaitan prinsip. Jika perkara itu betul menepati syara’(syariah
Islam) dan thoyyib((lagi baik) maka Islamik dan jika perkara itu sebaliknya
maka tidak Islamik. Mudah kan?
Muslim di Malaysia kebanyakannya ditarbiah secara displin
yang ketat, bukan kasih sayang dan kefahaman. Kita diajar perkara yang halal
dan haram, solat, perlu buat ini dan buat itu tanpa sebarang intipati
kefahaman. Juga kurang dari segi kemanusiaan. Dengan itu lahirnya mereka yang
rigid dan narrow minded. Tidak terbuka minda untuk menerima perbezaan
pendapat dan cepat sahaja mahu mengkafirkan orang lain.
Sebab itu apabila Shaykh Hamza Yusuf memberi komen
tentang Muslim di Malaysia, beliau mengatakan bahawa di Malaysia kamu tidak
akan jumpa Iman. Apa yang ada di sana hanyalah mereka yang terdidik. Ramai yang
madah pujangga mereka laksana wira angkasa, tetapi amalan sekadar menjadi
hikayat di persada nusantara.
Anda perlu bangun wahai saudara seagamaku. Keluarkan
dirimu dari zon selesa itu. Bukankah anda selalu menyeru agar umat Islam itu
bersatu? Tetapi mengapakah anda pula yang selalu tertipu. Bisikan sang durjana
itu menggelapkan qalbu. Meresahkan jiwa dan menjauhkan kita dari Dia yang Satu.
Bangkitlah. Tiada masa lagi untuk kita lena dan buat
tak tahu. Masanya untuk kita mengorak langkah mengubah cara. Cari titik
persamaan dalam perbezaan pendapat. Walau banyak manapun pecahan kita di dalam
dunia ini, kita masih berkongsi perkara yang sama iaitu ‘Tiada Tuhan Melainkan
Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah’. Sebarkan Islam dengan kasih sayang.
Sebarkan khabar gembira buat manusia di seluruh dunia. Sebarkan bahagia ^^
Islam bukan untuk mereka yang jumud. Islam untuk
mereka yang sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menyebarkan kasih sayangNya
di muka bumi ini. Jika anda berfikiran jumud, maka agama ini tidak sesuai untuk
anda. Sekadar nasihat kerana anda mungkin menjadi fitnah kepada agama yang juga memburukkan kami semua. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment