Tuesday 8 May 2012

Berfikir itu Perlu Kritikal

'Sometimes where there's a hope, there's a despair'
-Julius Ceaser-



Hari demi hari berlalu, roda waktu itu berputar dan tidak pernah menunggu kita. Pergi dan terus berlalu. Setiap hari itu jugalah diri ini berfikir banyak perkara. Tercari-cari hikmah pada setiap apa yang terjadi.

Sememangnya tidak mudah untuk memahami hidup ini. Mengapa diciptakan begitu dan bukan begini. Mengapa buat begitu dibalas begini. Kenapa yang benar itu ditindas dan yang zalim itu diangkat. Serta banyak lagilah persoalan kenapa dan mengapa.

Dalam banyak-banyak persoalan itu, ada sesuatu yang diri ini ingin kongsikan. Tentang betapa Allah S.W.T ini amatlah bijaksana. Hikmah yang ditemui di dalam taman ilmu dan budi.

Persoalan yang sering Madam 'Adila (pensyarah saya) lontarkan. Kenapa Allah buat di muka bumi ini ada banyak agama? Ada banyak kepercayaan? Kenapa Allah tidak jadikan satu sahaja agar semua manusia dapat masuk Syurga?

Kami pada mulanya agak keliru juga. Kenapa tidak begini dan mengapa begitu. Kenapa tidak dijadikan Islam sahaja sebagai agama manusia. Kenapa perlunya takdir yang tersusun itu terkandung banyak agama yang Allah jadikan sedangkan agama yang Allah redhai hanyalah Islam?

Belum sempat kami menjawab, Madam 'Adila segera menerangkan. Tetapi kalau nak tunggu pun tiada guna, semua pelajar masa itu sekadar terdiam termasuk diri ini. Almaklum, tak ambil subjek critical thinking lagi..hehe

Penerangan Madam 'Adila amat simple, boleh kata amat mudah untuk kita fahami. Madam kata, dengan wujudnya banyak agama ini membolehkan kita membuat perbandingan. Sebagai contoh, orang kata agama Islam adalah agama yang terbaik. Macam mana kita nak tahu terbaik? Mesti kena ada perbandingan kan? Mesti perlu dibandingkan dengan sesuatu yang lain daripada Islam untuk melihat keunikannya. Pada masa inilah agama lain memainkan peranan menjadi alat pembanding.

SubhanAllah, hebat kan Allah yang kita sayang ini. Ajaran Islam amat jelas dan mudah berbanding agama lain. Sebagai contoh tentang konsep apa yang terjadi kepada kita selepas mati. Dibandingkan dengan agama lain, penerangan dalam Islam amat jelas tentang kehidupan selepas mati.

Allah sememangnya Maha Bijaksana. Dijadikan hidup kita ini penuh dengan perbandingan dan pilihan. Untuk kita mencari dan berusaha.

Satu lagi isu yang ingin dibawa, ramai orang kata 'Allah tidak adil melahirkan dia ini dalam agama selain Islam'.

Persoalan pertama saya, siapa kita nak nilai semua itu. Ramai sahaja sekarang ini yang lahir dalam keluarga kristian tetapi akhirnya masuk Islam. Ramai sahaja yang lahir dalam keluarga Islam tetapi akhirnya murtad.

Jawapannya sekarang ini adalah, bukan permulaan hidup itu yang menjadikan kita ini siapa, tetapi pengakhiran hidup itulah yang menentukan siapa kita ini.

Kenapa Allah jadikan orang ini lahir dalam keluarga kafir, mungkin kerana dia mampu untuk menghadapi dugaan sewaktu ingin masuk Islam nanti. Kenapa kita dilahirkan di dalam keluarga Islam, mungkin kita tidak mampu menghadapi ujian sebegitu. Kita ini, nak bangun solat subuh di masjid pun susah, inikan mahu menghadapi ujian ultra berat itu..~

Semua yang terjadi, dalam pengetahuanNya dan mesti ada hikmah disebaliknya. Semua Allah dah tahu, sedangkan ketika mana Nabi Adam dan Hawa mahu memakan buah larangan itu pun Allah sudah tahu. 

Sesetengah ulama' melalui syarah Madam 'Adila ada mengatakan, mereka berdua dicampakkan ke dunia bukan kerana hukuman, tetapi untuk memenuhi tugas mereka. Allah sememangnya ciptakan manusia ini sebagai khalifah di muka bumi. Jadinya pentas utamanya adalah bumi.

Kehidupan Nabi Adam di syurga adalah sebagai latihan sebelum menjadi khalifah di muka bumi.

Hebatkan Allah ini, terlalu hebat. Betapa aturanNya itu diluar jangka. Sebab itu kita kena yakin dan percaya. Setiap apa yang terjadi dalam hidup ini ada hikmahnya. Tinggal kita sahaja untuk percaya dan tidak berputus asa. ^_^

Teruskan usaha, moga hidup ini mencapai redhaNya..
insyaAllah..~

Yosh!

1 comment:

  1. Nukilan yg begitu baik untuk mengajak kita berfikir tentang kehebatan Allah s.w.t.

    Teruskan menulis penulisan seperti ini. Mudah-mudahan sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...