Friday, 6 April 2012

Datang dan Pergi

Angin itu bertiup perlahan, purnama malam indah kelihatan. Daku sekadar tersenyum sendirian. Kau ini memang hebat tiada tandingan. Segala yang berlaku di luar dugaan. Ku tahu, baru-baru ini daku telah jauh daripadaMu. Jauh sejauh-jauhnya. Sekelemis ujian yang Kau beri, daku tak terdaya melaksanakan. Tergolek jatuh ke lembah kehinaan. Terasa betapa jauhnya daku dalam kegelapan. 

Sedangkan suatu ketika dahulu, daku terasa seperti sudah berada di gerbang syurga. Merasakan ketenangan yang tiada taranya. Benarlah kataMu, tidak layak untuk seseorang itu mengaku dia beriman selagi mana dia belum diuji dan dia berjaya mengharunginya.

Haha, mahu tergelak pun ada. Yalah, daku tahu segala ketetapanMu itu ada hikmahnya. Daku yakin, tetapi aku ini lemah ya Allah. Terlalu lemah. Tidak terdaya dengan ujian yang hadir bertali arus. Daku berdoa dan sering berdoa. Agar sentiasa kuat dan tabah. Dalam masa yang sama menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

^_^ siapa sangka, doaku seakan diterima. Tetapi tidak semudah itu hidup di dunia ini, ketenangan yang hadir tidak lama. Ujian yang lain pula menjengah tiba. Entahlah, sudah berapa banyak amanahku telah terabai. Sudah betapa banyak janji telah ku mungkiri. Agak terlalu banyak juga perkara sunat yang daku tinggalkan. Hehe, masalah ibarat angin. Ia datang dan pergi. Datang bagaikan taufan, setelah ianya pergi, yang tinggal hanyalah cebisan.

Kadang-kadang itu buntu juga, namun begitu Dia sentiasa memberi jalan keluar yang tidak disangka. Ya, panggilanNya agar pulang ke rumah mengubah segalanya. Bertemu umi dan abi. Terasa suatu ketenangan yang tidak terkata. Juga suasana malam yang dihiasi purnama. Sahaja daku meneroka laman sesawang dan blogku yang sudah bersawang ini. Memori silam pula hadir tanpa dipinta. Bertalu-talu mengenangkan segalanya. 

Daku teringat shirou. Terasa betapa segannya diriku ini jika bertemu dengannya. Daku tak layak mengambil alih diri ini. Daku bukanlah insan yang layak menggunakan gelaran itu sekarang ini. Bukan mahu mengatakan diri daku yang dahulu itu sempurna, cuma daku yakin diriku yang dahulu jauh berganda lebih baik dari sekarang..~

Daku nak menjadi seperti dia. Daku nak menjadi diriku yang dahulu.

InsyaAllah! Yakin! Aku mampu! Yosh!

Ya, menjadi Shirou.
Dalam masa yang sama aku akan berusaha untuk menjadi lebih baik. Have Faith in Him my dear. Jom, masa untuk berubah dan mengubah.

Bersama membangunkan ummah dan meruntuhkan jahiliyyah..~

^_^

1 comment:

  1. Assalamualaikum.

    bila baca entri ni, rasa sebak pun ada. semua org pernah rasa perasaan mcm ni, tatkala kita berasa sgt jauh drpdNya. tp ingat, mungkin inilah cara Dia untuk menguji sejauh mana keimanan kita. bersyukurlah kita kerana Allah masih menjentik hati kita untuk meningatiNya. alhamdulillah.

    emm, teringin nak balik rumah juga. T____T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...