Tuesday 8 November 2011

Let's Play Some More..~


"Love will make someone weaker."




Benar kan? Kasih sayang akan menyebabkan kita semakin lemah. Ya, semakin kuat rasa sayang kita terhadap seseorang, kita akan semakin lemah. Semakin lemah apabila diuji.


Kematian, perpisahan, kesakitan, ugutan, penderitaan.
Kasih sayang perlukan pengorbanan.



Huh, senang nak ucap. Tetapi sanggupkah kita? Tahukah apa erti sebenar pengorbanan itu? Apa erti sebenar kasih sayang?


Suka bagi contoh, jika orang yang paling kita sayang diculik. Penculik meminta kita membunuh seseorang jika mahu melihat  insan yang kita sayang itu untuk terus hidup. Keadaan sekarang, yang mana satu kah digelar pengorbanan?


Mengorbankan jiwa insan yang tidak bersalah itu atau jiwa orang yang kita sayang?
Ya, sewaktu ini kita akan jadi lemah.
Sangat lemah.
Tidak mengerti.


Sanggup anda membunuh untuk selamatkan jiwa insan yang tersayang?
Atau sanggup mengorbankan insan yang tersayang demi nyawa orang lain?
Sahaja tinggalkan persoalan di situ.


Satu lagi perkara menarik. Anda tahu apa itu keamanan?
Tahukah anda apa erti sebenar keamanan?


Anda hidup tanpa sebarang penjahat di dunia : keamanan?


Anda pasti itu maksudnya?


Jika begitu bagaimana pula erti keamanan bagi seorang penjahat?
Adakah sama? Aman kah mereka jika mereka semua dilenyapkan daripada dunia ini?


Hah? Ada jawapan?


Sahaja mahu membuat kita berfikir. Fikir tentang persepsi. Hidup ini sungguh mengajar kita segalanya.


Tahu tawazun? 


Maksudnya seimbang.


Dalam dunia ini, semuanya berpasangan. Sebab itulah kehidupan di dunia ini seimbang.
Baik dan jahat.


Lalu sekadar nak membawa persoalan tadi. Apakah erti sebenar keamanan? Apakah erti sebenar pengorbanan? Juga apa erti sebenar kasih sayang?


Keamanan. Membawa persepsi yang berbeza daripada dua pihak. Penjahat mengatakan dunia akan aman jika semua orang baik dihapuskan. Orang baik pula akan berkata dunia akan aman tanpa penjahat.


Kenapa mesti begitu? Jadi pihak manakah yang betul? Mengapa?


Jika yang jahat menyerang, yang baik membalas. Sampai kiamatkah perkara ini akan berlaku?


Kenapa?


Sedang berfikir?


Anda tahu, manusia itu semuanya sama kan? Sama sahaja di sisi Allah melainkan taqwa mereka. Dan adakah anda orang yang bertaqwa? 


Ya?


Anda bertaqwa? 


Ye ke?


Apa buktinya?


Cuba anda fikir dan tunjukkan. 


Jap..perlu ke nak tunjuk bukti?


Orang yang bertaqwa begitukah?


Mengaku diri mereka bertaqwa depan umum?


Bang! Anda terkena.




Kesian. Mungkin kita tidak sedar, kita ini tak lain hanya pendosa. Sang Hamba yang tak terlepas daripada dosa. Ya, itulah kita. Nak bukti? Tanya diri sendiri. Terlalu banyak.


Berbalik kepada persoalan tadi, manusia ini semuanya sama. Mereka juga mempunyai hak yang sama. Hak untuk mendapat keadilan. Hak untuk mendapat pembelaan. Lalu mengapakah kita menggangu hak mereka?


Juga persoalan lagi..anda tahu apa yang dimaksudkan dengan hak? Tahu?
Atau anda hanya menjadi pak turut yang tahu mengangguk?


Hrmm..let's play more..~


Anda beriman?
Apa buktinya?
Saya tidak suruh anda tunjukkan.
Cuma, tanyalah pada hati..
Mana tahu ada jawapan..


Huh, cukuplah daku memutar.


Sebenarnya, kita kena kembali kepada fitrah. Terlalu jauh kita dah menyimpang ini.
Fitrah kita adalah baik dan suka akan kebaikan.
Lalu mengapakah wujud penjahat?
Mereka bukan penjahat, tetapi mereka 'insan yang diuji'
Mungkin gelaran itu lebih sesuai.


Sebab, kita tak tahu..siapa kita esok. Masih baik kah? Atau sudah menjadi penjahat? Nau'zubillah min zalik.
"It's doesn't matter who are you today, but who are you tommorow."


Pengorbanan dan kasih sayang pula, rasanya anda juga sedia terbuka minda tentangnya.


Tahu cinta kerana Allah? Anda fahamkah maksudnya?


Kalau faham, saya nak tahu..apa jawapan anda kepada persoalan yang saya kemukakan di atas? Persoalan tentang penculik itu. Adakah anda mahu membunuh atau membiarkan orang tersayang terbunuh? Mana satu perlu dikorbankan. Perasaan sendiri atau orang lain? Mana satu keadilan?


Jadi apa jawapan anda? 


Berserah? 


Oh itu bukan jawapan yang terbaik...


Takdir itu terletak di hujung usaha manusia kan?
Jadi apa yang anda hendak lakukan?
Masih berfikir?


Hahaha...biarlah saya tinggalkan perkara itu di benak minda anda.
'Penderitaan akan menyebabkan seseorang itu menjadi lebih matang.' 


Huuu...
Dunia ini sememangnya tidak adil. Sebab ini bukan tempat asal kita. Tempat asal kita kan di syurga. Lalu mengapakah terlampau mengejar dunia.


Pernah terfikir,
'What is the purpose of your life.'


Dan saya tinggalkan persoalan itu juga kepada anda...~


Bang!
Yosh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...