Wednesday 5 October 2011

Daurah's Family- Last Day

"Kelmarin hanya tinggal kenangan, bersama peristiwa semalam, adakah hari ini yang ku tempuh, akan bersinar untuk hari esok."




6 bulan berlalu. Roda waktu tak pernah menunggu, pantas sahaja putarannya. Meninggalkan cebisan memori yang terpisah. Ingin sahaja ku meratap hiba, namun perkiraanku, semua ini pasti ada hikmahnya. Entahlah, mengapa bukan dahulu, mengapa kini baru jemari ku tergerak untuk menukilnya, mengapa?



Persoalan itu membelenggu jiwa. Daku hanya sang hamba yang tidak punya apa. Tidak tahu akan apa yang bakal menimpa ku nanti. Sesal menikam jiwaku resah, terasa keagunganMu. Ya Allah, sungguh penantian itu satu penyeksaan. Ketabahanlah yang mendamaikan keresahan.


Lalu, apa pula yang daku ingin ceritakan?
Rasanya tidaklah punya pertalian hubung dengan kalian, cuma daku ingin tunjuk kepada dunia. Daku punya sesuatu yang berharga, bukan sahaja buat diriku, tetapi buat sekalian umat baginda. Merekalah cerakah sang mentari, menjadi penyinar kepada dunia. Memantulkan cahaya Islam.


3 hari. Waktu yang cukup singkat. Namun padaku, mereka semua ini sudah cukup hebat dan terlatih. Cuma perlukan sedikit pengalaman sahaja. Dalam pada masa inilah mereka dilatih memasak (huhu..tak berapa nak sedap), meraih pengalaman melihat sembelihan ayam secara 'real',  treasure hunt satu kampung, mengambil pengalaman dalam mendidik budak tadika Islami, menghirup udara malam di tepi pantai morib sambil menikmati ikan bakar (Ajim dengan Gorgon Terengganu makan tak beragak), ditambah ilmu sedikit tentang fitnah akhir zaman, dan makan makanan tradisional (yang ini faham-faham sahajalah, ada orang itu susah bebenor nak makan dodol).


Heee..3 hari yang singkat. Walaupun penyertaannya sedikit, namun kami amat gembira. Syukran Jazilan kepada Setiausaha kami, bukan main bersungguh lagi dia berusaha untuk menjayakan program ini. Hasilnya memberansangkan (Baru masa inilah ana kenal siapa senior Hidayah, sebelum ini bukan main asyik bertelagah sahaja).


Terima kasih blizzard, jasamu hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.


Marilah daku perkenalkan kepada kalian,






Wan Abdul Hakim 
(Sekarang sedang menyambung pelajarannya di Pusat Asasi UIA dalam bidang perakaunan)
"Gerinya biasanya gayanya selamba. Persepsi manusia tidak dikisahnya. Mengharap agar cita-citanya tercapai, menjadi terbaik di hadapan Yang Esa.)




Hasnoor Haini
(Sekarang menuntut di IPBA)
"Tuturnya lembut,katanya sopan. Menjadi madu penyembuh luka. Menarik pula minat si kecil untuk mendengarnya. Kisah tauladan tentang keesaan. Itulah kelebihan peninta ilhamNya."





Hidayah Abdullah @ Senior Hab
(Sekarang menyambung pengajian di Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri)
"Larian srikandi menjadi aturan. Menjejak tanah menjelajah dunia. Tingkahnya garang ibarat singa, pengganti setia sang srikandi Umar.(Seram.....)"






Nur Zafirah @ Blizzard
(Sekarang menuntut di Kolej Mara Banting)
"Yang seorang ini tak tahu nak kata. Juara makan pastinya dia, walau gaya seperti singa, terpalit jiwa puteri setia. Ketabahan itu kelebihan dia, putus asa itu tiada dalam kamus hidupnya. Orangnya cerdik kuat berusaha."


Maka bertebaranlah kami dimuka bumi ini. Mengatur langkah menyusun strategi. Masing-masing kembali mencari ilmu. Ilmu yang mentauhidkan Pencipta yang Satu, bersama satu azam yang jitu..

Mari tunjuk kepada dunia,
Islam itu agama Mulia,
Boleh diamal dimana sahaja,
Tak luput dek kemodenan yang fana..


Maka berakhirlah pertemuan yang singkat ini...


Daurah's Family


Our grandma said,
We were born with a smile, twinkle in our eyes..ready to make a diffrence. We know we have so much to learn, with each path and each turn, but we have Him for the guidance.

No mountains is too high, If Allah wills us to try..

If we live with passion and determination, InsyaAllah we'll live out all our dreams..If we follow our heart and all of our soul, insyaAllah we will..

We know we want to make our life count, even in a small amount..give us satisfaction.

We always wanted to reach for the stars, even if it's too far..We've got Allah for inspiration..

The hurdles thrown our way, goes away when we pray..
InsyaAllah we will..~



Pesanan terakhir ana,

"There are many worlds, but we just shared the same sky. One sky, same destiny. Our destiny just only one which is no other else. To be together in Jannah."

Yosh!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...