Wednesday 4 May 2011

Siapa Mad'u Anda?

"And among you, there must be a society, community or party that should be invite people to all that is good and enjoin the doing of all that is right and forbid the doing of all that is wrong" 
-Al Imran 2 : 104-



Perkataan Mad'u merujuk kepada orang yang didakwah kan? (bukan madu,ana bukan promote poligami! ).

Setiap pada kita adalah da'ie (pendakwah) tetapi kenalkah kita siapa mad'u kita dan bagaimana cara nak 'handle' mad'u kita?

Jom kita sama-sama buat 'troubleshooting' satu persatu berkenaan mad'u anda,tentang cara nak dekati mereka,solusi untuk masalah mereka,dan sebagainya....~


Sasaran first, diri sendiri. Ngee...~ Teringat ada orang menyebut,
"Tegakkan Islam dalam dirimu, nescaya tertegak Islam dalam bi'ahmu."

Orang lain? Terpulanglah. Kalau ada manfaat kita berikan kepada si pengemis di tepi jalan, maka si pengemis itulah mad'u kita. Kalau ada manfaat kita berikan kepada pelawat blog kita, pelawat blog kita itulah mad'u kita. 



Begitu juga kalau tugas kita kelak melibatkan kita banyak bergaul dengan foreigner, maka merekalah mad'u kita. Kalau kita makan di sebuah restoran, maka pekerja restoran itulah mad'u kita.

Kalau kita datang ke Jepun, maka orang Jepun lah mad'u kita. Kalau kita lepak di bilik hostel, maka roomate lah mad'u kita. Kalau kita pergi ke kelas, maka classmate lah mad'u kita. Kalau di rumah, maka keluarga lah mad'u kita. Kalau hang out dengan rakan-rakan, maka rakan-rakan lah mad'u kita.

Lepak dengan rakan-rakan India, merekalah mad'u kita. Lepak dengan rakan-rakan sekampung, merekalah mad'u kita.

Ana tidak berapa bersetuju dengan pengkelasan-pengkelasan dan pengkhususan-pengkhususan siapakah yang menjadi mad'u. Kalau kita kata mad'u ana adalah ahli usrah kita, adakah bermaksud kalau bukan ahli usrah maka kita tidak perlu melaksanakan dakwah terhadapnya? Tentu sekali tidak. 




Dakwah? Huhu..~ full time, setiap masa dan dimana jua..~

Begitu juga dengan pendekatan dakwah. Kita tidak boleh mengkhususkan dan mengkelas-kelaskan sesuatu itu dakwah atau tidak. Sebab itu ada orang kata, dakwah mesti kena keluar 40 hari. Dakwah mesti kena pakai jubah. Dakwah mesti kena tulis artikel-artikel. Dakwah mesti kena bagi tazkirah atau ceramah. Dakwah mesti kena join usrah. Err..ana rasa Rasulullah tidak menyempitkan dakwah sebegitu.

Kalau kita berjalan-jalan dan nampak sampah di tengah jalan lalu kita kutip, itu sudah bermakna kita melaksanakan dakwah. Dan jika makcik jaga nampak perbuatan kita tersebut, maka beliau lah mad'u kita. Hehe...faham kan?



Sasaran first sebagai mad'u mestilah sahabat kita..
Dalam kehidupan seharian, kita cuba suntikkan ibrah dan mauizah yang dapat memberi sedikit input Islami kepada sahabat..

Tak kurang juga kita sebagai daie, hendaklah menunjukkan akhlak yang baik agar ia dapat memberi imej baik kepada Islam dan secara tak langsung dapat menjadi dakwah bil hal, iaitu dakwah melalui perbuatan yang dilakukan..~

Cuba menyelami fikrah sahabat kita, dari situ kita dapat menjadi teman rapat mereka,
dan dari situ juga kita dapat mengajak mereka bersama-sama kita menuju jalan yang benar..  

Jangan mendekati mad'u kita dengan kasar, sebaliknya dekatilah mereka dengan lembut dan penuh hikmah, jangan cepat melenting jika mereka melakukan kesilapan..

Teringat pula firman Allah Taa'ala kepada Nabi Musa yang mengarahkan Nabi Musa mengajak Firaun ke jalan tauhid dengan cara yang lembut..~

Walaupun Firaun sendiri mengaku dirinya "Ana rabbukumul 'aqla" -surah Al Naziat  

Wallahu'alam...cmiiw..~ 

Yosh!!!

3 comments:

  1. assalamualaikum
    LET'S BRING BACK THE GLORY OF ISLAM YOSH !
    haha ana dpt juga bce cursor tu Alhamdulillah !

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..
    ana setuju dengan pandangan anta tentang cara kita berdakwah. Yup, dakwah ni ada macam2 cara boleh kita lakukan..insyaAllah, mudah2an kita akn perolehi keberkatan n keredhaan drpd Allah =)
    ''barang siapa yg bersungguh2 di jalan KAMI, pasti akn kami tunjukkan jalan2 KAMI''
    wallahualam~~~

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam...

    cikzsmile, hehehe...maaflah jika cursor yang digandingkan dengan perkataan ini sedikit mengganggu..Yosh!!

    Ira, Yup!! InsyaAllah..~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...