Monday, 16 May 2011

Islamisasi...~

"My brother, my sister in Islam. Let's struggle work and pray. If we are to bring back the glory of our past!"





Sumber :


http://www.hmetro.com.my/articles/BritainalamiprosesIslamisasi_/Article


LONDON: Jumlah warga Britain yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu.

Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain.



Jumlah itu, yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebabkan terdapat dakwaan bahawa negara itu kini dalam proses pengIslaman.

Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain.


Ia menganggarkan, kira-kira 5,200 lelaki dan wanita memeluk Islam sejak 12 bulan lalu, termasuk 1,400 orang di London. Hampir dua pertiga adalah wanita, lebih 70 peratus berkulit putih dan usia purata yang berbuat demikian ialah 27 tahun.


Pada 2001, seramai 60,000 memeluk Islam di Britain. Keadaan itu didakwa memenyebabkan perkembangan fahaman pelampau Islam dan serangan ganas, termasuk pengeboman 7 Julai.

Antara saudara baru yang beralih kepada keganasan ialah Nicky Reilly yang cuba meletupkan sebuah restoran di Bristol dengan bom paku dan pengebom kasut, Richard Reid serta pengebom 7 Julai, Germaine Lindsay.


Namun, menurut laporan itu, jumlah saudara baru yang terbabit dalam keganasan adalah kecil.

Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain.


Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral.






Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif.


Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah.


Lebih separuh juga mengaku berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam.


Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam. - Agensi











Tahukah anda Muslim di seluruh dunia telah merancang untuk menguasai dunia sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi?


Minyak

1. Tahukah anda sejak kajian petroleum sebagai bahan api bermula, mereka telah pun secara senyap telah keseluruh dunia mencari telaga minyak menggunakan teknologi yang lebih maju (kemajuan teknologi mereka tidak perlu dipertikai kerana sejak dari Zaman Pertengahan lagi mereka terkenal dengan teknologi yang melampaui zaman) dan MENJAJAH negara tersebut?

2. Tak percaya? DImanakah letaknya telaga minyak utama dunia? Semuanya berada dalam negara Islam! Adakah itu kebetulan? I dont think so.

3. Mereka telah mempromosi teknologi yang menggunakan bahan api berasaskan petroleum dan menyekat sebarang usaha memajukan teknologi bahan api alternatif, kerana mereka mahu dunia bergantung kepada mereka.

4. Apakah negara majoriti yang menganggotai OPEC? Benar, negara Islam. Merekalah yang menentukan harga pasaran dunia.

5. Peningkatan harga bahan api tak lama dulu adalah satu ujian untuk mereka menggertak negara-negara kafir mengikut kata-kata mereka.

6. Sebelum ini, tiada loji minyak yang rosak teruk akibat taufan. Namun, peliknya taufan Katrina telah memusnahkan loji minyak di selatan Amerika Syarikat.

7. Sebenarnya, pengganas Islam telah mengambil peluang meletupkan loji minyak tersebut ketika taufan Katrina melanda! Ini untuk dijadikan alasan meninggkatkan harga minyak dunia!









Ambil alih Eropah

1. Pada Perang Salib yang lalu, Muslim telah gagal menjajah sepenuhnya benua Eropah. Namun mereka tidak pernah berputus asa untuk menguasai Eropah.

2. Mereka akan menguasai Eropah dengan memanipulasikan sistem demokrasi. Majoriti!

3. Oriana Fallaci, seorang wartawan dan novelis pernah berkata:
“In 1974 [Algerian President] Boumedienne, the man who ousted Ben Bella three years after Algerian independence, spoke before the General Assembly of the United Nations. And without circumlocutions he said: 



‘One day millions of men will leave the southern hemisphere of this planet to burst into the northern one. But not as friends. Because they will burst in to conquer, and they will conquer by populating it with their children. Victory will come to us from the wombs of our women.’ ”

4. Seorang wartawan British, Adam LeBor telah mewawancara seorang Mullah yang berkata:

“We cannot conquer these people with tanks and troops, so we have got to overcome them by force of numbers.”

5. Mullah Krekar, seorang Muslim berpengaruh di Norway juga berkata:

“Just look at the development within Europe, where the number of Muslims is expanding like mosquitoes... By 2050, 30 percent of the population in Europe will be Muslim.”

6. Lihat sahaja populasi Muslim di Eropah, yang secara tiba-tiba meningkat secara mendadak dalam tempoh kurang 10 tahun.

7. Mereka akan mengusai eropah dan menukarnya kepada Eurabia!

Semua ini adalah sedikit sahaja tentang usaha yang mereka telah lakukan untuk menguasai dunia. Hinggakan Google sendiri telah dikuasai mereka. lihat juga konspirasi Pallywood mereka yang telah dilakukan secara terancang.

Adakah mereka mangsa? Tidak, mereka mahu kita melihat mereka seperti mangsa, sedangkan dalam diam mereka menguasai dunia.

Selain beberapa tokok tambah, apa yang ana persembahkan diatas sebenarnya ialah benar. Memang ada segolongan masyarakat bukan Muslim di Barat yang mempercayai konspirasi ini (Muslim World Domination). Penghijrahan beramai-ramai Muslim ke Eropah (Biological Jihad Conspiracy), 



Minnesota sebagai Somalia kedua (As-Sabiqun, Imam Abdul Alim Musa), tak semua orang Jerman adalah Nazi vs tak semua orang Islam adalah extremist (Third Jihad), sandiwara Muslim di PalestinIsrael (Pallywood conspiracy) dan lain-lain teori konspirasi hinggalah yang paling mengarut (pada pandangan kita, tapi tidak pada kacamata mereka) ialah konspirasi Vatican mencipta agama Islam (The Vatican Islam Conspiracy) [Ada buku tentang menangkis konspirasi ini - Thou Shalt Not Bear False Witness: The Truth about the Vatican and the Birth of Islam]

Ana bukan buat-buat konspirasi baru untuk memerli peminat konspirasi Illuminati/.Yahudi/Freemason/FreeOfCharge/Illumatn
ya/Yahoo!di. OK memang ana ada buat fakta merapu (bahagian minyak), tapi apa yang nak ana tekankan ialah sila buka minda anda. Jika rajin membelek bacaan berkaitan konspirasi Illuminati, sudi-sudikanlah untuk membaca sikit berkaitan konspirasi Islam mengusai dunia (yang ana dah list kat atas, dan yang ana tak list kan).

Apa yang anda akan lakukan bila membaca tentang Konspirasi Vatican Islam? Terus percaya sepertimana mempercayai teori konspirasi Yahudi?



Fikir-fikirkanlah ya..~




Islam itu akan bangkit, umatnya adalah sebaik-baik umat memiliki pemimpin sebaik-baik pemimpin ketika itu..~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...