Sabda Nabi s.a.w :
عليكم بالجماعة وإياكم والفرقة فإن الشيطان مع الواحد
Maksudnya : Kamu hendaklah bersama jemaah dan jangan berpecah belah kerana syaitan sangat suka orang yang duduk berseorangan.
Sudah lama ana tak update blog ini. Sedang sibuk~
Sibuk-sibuk pun, jenguk juga sesekali ke blog ini. Tak tahulah nak cerita pasal apa. Jadi ana teruskan pengembaraan di alam siber. Sedang ana mengembara, ana ternampaklah satu posting di Iluvislam. Posting yang sangat menarik, Usrah Naruto.
Jom ana kongsikan sedikit bersama adik-adik sekalian tentang idea yang dibawa berkenaan Usrah Naruto ini. Hikmah baru yang bakal diterokai. Jom mulakan pengembaraan di lautan ilmu ini....~
Usrah Naruto adalah Usrah 7.
Jika kita teliti kembali pada zaman sekolah dahulu, mesti ramai yang kata Usrah ini membosankan. Kenapa ya? Ana dahulu lagilah, ketua lujnah Usrah dan Dakwah. Tapi masih gagal menjadikan usrah itu menyeronokkan. Mungkin kerana terlalu skema ataupun serius agaknya. Ya, tidak sesantai Usrah Kakashi.
Kakashi jika ditafsir melalui konsep Usrah dianggap sebagai Naqib. Cara dia mendidik anak buahnya sungguh unik. Dalam keadaan santai itu, dia berjaya membawa anak usrahnya setanding dengan ninja hebat yang lain. Pada permulaan cerita sahaja sudah diberi misi Tahap A.
Jadi, apa kata kita yang bergelar naqib ini cuba mengkaji sedikit bagaimana cara Kakashi mendidik anak buahnya. Mula-mula sekali, cuba kita ingat balik. Sewaktu kumpulan 7 ini berlatih untuk mendapatkan loceng. Kakashi kata kepada anak buahnya bahawa mereka yang melanggar peraturan itu dianggap sebagai sampah. Tetapi mereka yang mengabaikan nyawa seorang rakan itu bahkan lebih teruk daripada sampah. Itulah pengajarannya yang pertama. Hasilnya? Ikatan ukhuwah yang erat antara usrah 7 ini semakin kukuh.
Apabila kita berhadapan dengan anak Usrah, kita cuba anggap mereka seperti anak-anak ninja yang ingin kita latih. Tentukan apa matlamat yang ingin kita capai bagi setiap sesi latihan itu.
Usrah ini adalah keluarga, jadi semestinya perlu kepada keseronokan. Kita mungkin cuma faham yang usrah itu hanyalah perjumpaan mingguan sahaja yang mana di dalamnya ada pengisian majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit pendengarnya.
Sebenarnya Usrah lebih daripada semua itu!
Jika usrah hanya dilihat daripada sudut itu, maka Usrah itu tidak ubah seperti ceramah berskala kecil. Usrah seumpama itu tidak mungkin mampu membina keperibadian ahli usrahnya. Usrah seperti inilah yang akan melahirkan produk yang gagal kerana tidak jelas matlamat dan hala tujunya.
Cuba kita bayangkan, Naruto, Sasuke dan Sakura yang hanya duduk bersimpuh mendengar tazkirah daripada Kakashi. Bagaimana mungkin mereka mampu untuk berlawan dengan geng-geng ninja yang hebat. Sudah tentu awal-awal lagi mereka dah gagal dalam misi kelas A yang menemukan mereka dengan Momochi Zabuza iaitu Ninja Lagenda 7 Pedang.
Sesungguhnya usrah itu adalah perkongsian. Bukanlah sekadar perjumpaan kerana perjumpaan mingguan itu hanyalah salah satu daripada programnya.
Dalam Usrah 7, naqibnya Hatake Kakashi merupakan antara naqib terhebat yang diiktiraf oleh Konoha. (Kampung Naruto)
Selain itu, Kakashi juga boleh dianggap sebagai naqib yang genius kerana berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun sebagai Genin dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun.
Kita boleh lihat disini, Kakashi telah membentuk satu karisma yang sangat hebat ke atas anak usrahnya pada peringkat awal lagi.
Taaruf (pengenalan)

Kita sedia maklum rukun usrah yang pertama adalah Ta'aruf.
Begitu juga keadaanya dalam Usrah Naruto.
Begitu juga keadaanya dalam Usrah Naruto.
Usrah Naruto (juga dikenali sebagai Usrah 7) telah dibentuk oleh Genin yang terdiri daripada Uzumaki Naruto (うずまきナルト), Uchiha Sasuke (うちはサスケ) dan Haruno Sakura (春野サクラ).
Ahli-ahli usrah ini telah dipilih bagi mengimbangi kebolehan masing-masing.
Naruto, ahli usrah paling teruk dalam pasukannya mendapat manfaat daripada kecerdikan Sakura dan kecekapan Sasuke.
Sakura pula mendapat kebolehan bertarung daripada rakan-rakan usrahnya secara tak langsung.
Sasuke mendapat faedah melalui taklim yang tak pernah putus daripada kedua-dua ahli usrahnya.
Tafahum (rukun usrah kedua)
Hasilnya akan lahirlah perasaan saling mengenali dan melengkapi.
Samalah juga keadaannya dengan Usrah Naruto.
Lahirnya ninja seperti Naruto yang mempunyai kefahaman ukhwah yang tinggi bagi menyelamatkan ahli usrahnya. Siapa? Sudah tentulah Sasuke, daripada terus diheret ke dalam lembah kegelapan.
Sasuke telah tercampak ke lembah gelap dalam kehidupannya dengan menyertai usrah lain (Akatsuki) yang mana terpesong perjuangannya.

Jadi, oleh kerana Ukhuwah yang kuat, api semangat Naruto tidak pernah padam untuk menyelamatkan sahabat kesayangannya itu daripada terus terjerumus dalam lembah yang gelap. Dia berusaha mengembalikan Sasuke kepangkuan asal. Kembali kepada Usrah 7. Dia tidak pernah sesekali pun berputus asa.
Pelbagai misi telah Naruto sertai untuk menyelamatkan Sasuke walaupun segala misi itu menemui jalan buntu. Semuanya semata-mata kerana nilai ukhuwah.
Inilah buah didikan usrah, kesan daripada kefahaman yang tinggi telah menyebabkan Naruto bersusah payah ingin menyelamatkan Sasuke. Perkara yang timbul daripada dasar usrah ketiga iaitu takaful (saling tolong-menolong).
Ana pernah dengar ada orang kata,
"Andai kata Naruto ni seorang Islam, dia mampu menjadi seorang daie yang baik.."
Dia diperlekehkan, dia masih berdiri. Bertahan dan berusaha..
Ketabahan hati dia untuk menjadi lebih baik membuatkan ana terharu..
Ketabahan hati dia untuk menjadi lebih baik membuatkan ana terharu..
Naruto said,"Berputus asa adalah perkara paling mudah untuk dibuat."
Satu perkara yang ana paling suka dalam diri naruto, dia penuh dengan kasih sayang.
Dia tak membenci. Dia bukan jenis pendendam.
Tengok cara dia approach Gaara, dia cuba memahami Gaara. Cuba selami hati Gaara.
Tengok cara dia mengorbankan diri dia untuk sahabat-sahabat dia.. Dia penah rasa seksanya dipinggirkan, disisihkan.

But once..
Jika ada mereka yang datang untuk menghargainya, menyayanginya..
Dia akan pertahankan mereka.. Mempertahankan mereka sampai mati..
Dia akan pertahankan mereka.. Mempertahankan mereka sampai mati..
Generasi yang lahir daripada Usrah Sebenar adalah Generasi Harapan
Generasi Pewaris
Generasi Pembela
Mereka inilah harapan Ummah
Mereka inilah yang perlu dilatih
Mereka inilah Generasi kedua
Al Fateh!!!!
Yosh!!!!
wow~ nice ^^ can I share this?
ReplyDeletenice. thanks kalian
ReplyDelete