Thursday, 31 March 2011

Daurah The Next al Fateh- Day 2 (a.m)

"Mereka yang berjaya ialah mereka yang melakukan suatu tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang terkemuka dunia sekalipun."



Sebelum matahari terbit tinggi pada pagi itu, kebanyakan peserta masih lena dalam tidur mereka. Tambah pula dengan hujan lebat di luar yang membangkitkan lagi suasana sejuk dan selesa bagi mereka untuk menyambung tidur yang lena. 


"Aisaretai demo aisou to shinai.." kedengaran alarm telefon bimbit Akmal berbunyi. 
Sungguh kuat bunyinya. Sampai Adam pun terkejut. Namun, lain pula keadaannya bagi Abrar dan Wan. Mereka masih nyenyak tidur. Seakan tidak terkesan pula dek bunyi alarm yang sangat kuat sebentar tadi.



Tidak lama kemudian, kedengaranlah azan Subuh berkumandang. Adeh, tak sempat pula nak buat Qiamullail dan Qirasah. Ini semua salah Abrar! (Salah kan orang pula, hahaha..act, ini semua salah Azeem. Eah, masa ini dia tak ada di rumah nenek. Jadi nak salahkan siapa? Yalah, salah kami semua!). Maaf ya peserta Muslimah. Gomenasai~


Apa pula ceritanya buat peserta Daurah The Next al Fateh ini pada hari kedua ya? Macam best sahaja..~ Jom saya ceritakan!


Ok, selepas selesai Solat Subuh, mestilah Sarapan kan? Kalau tidak, mengamuklah Azeem, hehehe..~
Jadi 3 orang peserta Muslimah ini pun membantulah nenek memasak di dapur. Apa yang mereka masak? Bagaimana pula dengan rasanya? Hrmmm...jom kita tanya Wan Abdul Hakim selaku pengkritik tetap kita..

"Rasanya agak tawar, kurang garam ini..senang cerita semua pun kuranglah." kata Wan penuh semangat.



Hehehe..jangan marah eah~


Seusai sarapan, masa untuk aktiviti yang lebih lasak pula! Yalah, untuk melahirkan generasi al Fateh, faktor jasmani juga penting. Kita ibaratkanlah seperti dalam animasi Naruto. Rasa-rasanya, kalau Naruto asyik duduk bersila dan dengar tazkirah daripada Kakashi sahaja, bagaimana mungkin dia mampu untuk menjadi seorang ninja yang hebat dan mengalahkan musuh-musuhnya kan? Begitu juga buat generasi al Fateh ini.


Desa Hunt!


Apa yang bestnya Desa Hunt ini? Act, tidak ada beza sangat pun dengan explorace. Cumanya apa yang best, peserta perlu mencari checkpoint yang tersembunyi di sekitar kampung. Ada yang tertanam dalam tanah, terletak atas pokok, ada yang berdekatan kubur dan pelbagai tempat yang ekstrem! Kampung Endah pula bukan kecil kawan. Besar! Penulis yang selalu round naik motor ini pun penat. Itu naik motor, kalau jalan kaki? Hehehe..


Setiap peserta dibekalkan dengan peta Kampung sebagai panduan. Peta itu pun 2 muka surat. Sudahlah semua peserta ini tak tahu selok belok jalan di Kampung Endah. Lagi nak kena cari 12 Checkpoint di sekitarnya. Kesian mereka. Tetapi apa yang penulis nampaklah kan, mereka ini tidak pernah mengeluh, malah mereka seakan tidak sabar untuk memulakan aktiviti adventure ini! Yeah! Show me your brave heart!


Inilah rupa bentuk checkpointnya...

Didalamnya terdapat manik berbentuk rama-rama..

Peserta yang paling banyak mengumpulkan manik inilah yang akan dinobatkan sebagai pemenang. Mereka diberi masa 2 jam untuk mencari checkpoint ini di sekitar kampung. Wah, 2 jam sahaja? Sempat ke?

Setelah menerima taklimat ringkas daripada Taichou mereka, maka bermulalah pengembaraan mereka merentas desa dan hutan belantara demi mencari harta yang tersembunyi.

Tidak lama kemudian Azeem pula datang ke sini dengan menaiki kereta Acik Umi. Kononnya drivelah, sekali enjin mati tengah jalan, dahlah parking senget, buat lawak betul..(lain kali belajar daripada penulis dulu macam mana nak drive ya, hahaha..). Kemudian kami pun menyediakan minuman untuk dibawa ke PASTI buat peserta yang sememangnya confirm akan penatlah selepas mengembara sekitar kampung endah ini. Sejauh 12 km tak silapnya.

Kemudian kami pun menuju ke PASTI. On the way ke sana itu, tiba-tiba kami terserempak dengan peserta Muslimah yang telah pun sampai lebih awal ke PASTI. Wah, hebat! Tak sampai sejam dah sampai! Tetapi yang peliknya, peserta Muslimah ini tak pula masuk ke kawasan PASTI itu. Mereka hanya berlegar-legar di luar sahaja, sekitar tepi jalan raya. Kenapa eah?

Penulis yang berkarisma dan bertanggungjawab ini pun datanglah kepada mereka.

"Kenapa tak masuk? Dah jumpa semua checkpoint ke?" tanya penulis.

"Belum...ada lagi 3 checkpoint yang belum selesai." jawab salah seorang daripada 3 peserta itu.

"Eah? Macam mana pula boleh sampai ke sini? 3 lagi checkpoint itu dimana ya?" tanya penulis.

3 orang budak ini tersesat rupanya. Kesian, tak apalah. 
Lalu penulis pun bagilah sedikit pembayang berkaitan tempat checkpoint itu tersembunyi. Kemudian 3 peserta Muslimah itu pun menyambung pengembaraan mereka.

Alhamdulillah, akhirnya mereka semua berjaya menyelesaikan tugasan dalam aktiviti Desa Hunt ini mengikut masa yang ditetapkan. Kami juga bersyukur kerana semua peserta selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan seperti patah tangan, patah kaki, kena langgar kereta, dikejar lembu dan dipatuk ayam. Alhamdulillah.....

Riang Ria Kanak-Kanak

Setelah lebih kurang 10 minit berehat. Warga PASTI pun panggillah kami untuk masuk ke dalam kelas mereka. Yalah, aktiviti seterusnya agak menariklah juga. Berdakwah kepada kanak-kanak. 

Best berbual dengan kanak-kanak ini. Tetapi lain pula ceritanya bila kita ditugaskan untuk berdakwah kepada mereka. Bukan senang nak menjelaskan kepada mereka ini. Penulis yang dipertanggungjawabkan untuk bercerita kaitan animasi dengan Islam pun boleh terpesong kepada cerita hantu. Hehehe...

Jom kita tengok suasananya..~

 Team Wan Abdul Hakim
Tajuk : Dalil akal kewujudan Allah.

Wan : Allah itu wujud dan ada cumanya kita tak boleh nampak. Macam nyawa, kita semua ada nyawa tapi kita tak nampak pun nyawa itu kan?

Cruz : Betul itu. Mama kita pun selalu cakap macam itu. 

Budak Tudung Putih(sebelah Wan): Abang ini, kenapa gelak? Apa yang lawaknya? 

Budak kopiah Hijau : Entahlah, tak faham betul...


 Team Hidayah Abdullah.
Tajuk : Jom sekolah di SMAPK!

Hidayah : Adik-adik nanti sekolah di SMAPK ya..

Budak kopiah hijau : Adeh, kakak ini duk promote sekola dia pulok.

 Team Al Azeem Shahrom
Tajuk : Bebas.

Azeem : Hari ini kita main sep sep ya..~

Budak lelaki sebelah Azeem : Mengantuknya..

Budak Pakai Songkok : Sep! Waduh, kenapa cawan ini tak terangkat?

Tudung Merah : Abang ini ajak main sep sep pulak, robohlah meja ini nanti.(Hahaha)

 Team Nur Zafirah
Tajuk : Bahaya makanan ringan

Blizzard : Hari ini kita main debat. Siapa yang suka makanan ringan meh geng dengan akak. Yang tak suka akan jadi pembangkang.

Budak Kopiah Hijau : Mak aih, kalahlah kami kalau macam ini.

Budak Sebelah Kopiah Hijau : Akak main tipu ini!

 Team Terbaik
Tajuk : Animasi dan Islam.

Baju Kuning : Adik-adik nak tahu, di Kampung Endah ini banyak hantu. Terutama sekali kawasan dekat dengan kubur itu.

Budak baju Spiderman : Uish! Takutnya!

Budak Tudung Putih : Segannya duduk sebelah abang Handsome ini..~

Team Hasnoor Haini
Tajuk : Asyik belajar sahaja, tak boleh main ke?

Hasnoor : Nak main boleh, tapi mestilah kena belajar dahulu. Belajar itu wajib ya adik-adik.

Budak Tudung Kelabu : Belajar sambil main lagi best! 2 dalam 1!

Kopiah Coklat : A'ahlah.Betul betul betul!

Hrmmm..something missing here. Oh ya, mana Abrar? Lari eah!!
Act, Abrar yang conduct slot kali ini. Tetapi dia entah ke mana. Jadi Jurukamera? Alasanlah itu..~

Selesailah slot Riang Ria Kanak-Kanak pada pagi itu. Seronok! Budak-budaknya dahlah comel-comel belaka. Terima Kasih warga PASTI al Ridzwan. Pengalaman yang tidak dapat kami lupakan!

Penat bercerita..sambung nanti ya~

4 comments:

  1. assalamualaikum
    wah seronok nmpk program nie !

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam...
    yup! memang seronok!

    ReplyDelete
  3. peta tak diiktiraf...sebab tu boleh sesat...hahaaa
    peta yang menyesatkan....~

    ReplyDelete
  4. pergh..penat2 wat...peta uh dpt certefication jab.plancongan kot~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...