Monday, 28 March 2011

Daurah The Next al Fateh- Day 1

"Suatu hari nanti umat Islam itu akan bangkit. Generasinya mempunyai pemimpin sebaik-baik pemimpin dan tentera sebaik-baik tentera."
23 Mac 2011 merupakan detik penuh debaran buat calon SPM 2010. Mana tidaknya, hari itu adalah hari pengumuman keputusan peperiksaan mereka. Siapa tak seram wei..~ 
Dahlah, tak ada cerita lain ke? Macam ada..hrmmmm, oh ya! Baru teringat..~


Apa kata kali ini saya membawa anda semua meneroka ke dalam diari kami pula, InsyaAllah kali ini lebih ceria kerana hadirnya beberapa wajah baru yang menceriakan lagi suasana diari kami..~ Jom ~

Design by : Secretario


Design by : Secretario




Design by : Secretario

Taichou

Fuku Taichou

Secretario

Tosorero

 Es Practicas

 Es Practicas

Es Practicas


MyTeam

Sesungguhnya mukmin itu bersaudara. Yup, kasih sayang antara mereka tidak ubah seperti anggota badan yang mana apabila satu anggota itu mengadu kesakitan akan menyebabkan anggota yang lainnya berjaga sepanjang malam untuknya. 

Sebab itulah Allah berpesan dalam Surah Al Maidah,

"Dan tolong-menolonglah dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa..."

Seakan suatu yang tidak dijangka pula, Yalah..bukan senang bagi kami geng MyTeam nak melaksanakan apatah lagi memikul amanah berat ini. Membawa objektif yang sangat tinggi. Ya, mengembalikan kegemilangan Islam.

Azeem dan Abrar, dua ahli yang sangat bertungkus lumus. Kapten MyTeam itulah paling semangat. Habis dikaji semua soalan berkaitan akhir zaman untuk dibentangkan. Sampai tak tidur malam, ditanya kepada rakan dan ustazah. Kredit telefon habis akibat perbincangan yang panjang lebar. Banyak betul pengorbanan dia. Terima kasih Azeem.( Eceh, banggalah itu).

Abrar pula, tak habis-habis ke hulu dan ke hilir Kampung Endah. Meminta bantuan penduduk kampung, Ajk Masjid dan Ajk PASTI. Meminta persetujuan mereka dan kerjasama mereka dalam menjayakan lagi program ini. Kesian Abrar, dahlah terlepas belanja makan pizza hari itu...~thanks Abrar~

Oh ya, ada budak seorang lagi ini. Banyak juga membantu, kira kerja undergroundlah. Dialah yang design iklan dan tentatif program. Malah menjadi promoter. Sampai 34 orang diajaknya. Tapi yang hadir hanyalah 3 orang. Tidak mengapa, 3 orang itu pun bukan calang-calang manusia. Hehehe...dahsyat! First time dengar itu, macam tak percaya sahaja mereka ini akan mengikuti program kami. Apa pun, setinggi penghargaan kepada budak ini atas kerjasama yang beliau berikan. Layaklah digelar Setiausaha MyTeam...-merci beaucoup-

Nak mula cerita dari mana eah? Hrmmmm...

Ok, selepas ambil resultlah. Ketika di SMAPK. 3 orang Peserta Muslimah ini sudah pun bertolak dengan menaiki kereta ayah Setiausaha. Mula itu, ayahnya tanyalah jalan untuk ke lokasi penginapan kepada penulis, mak aih... Pasal jalan balik Kampung ini memang K.O sikit. Lagilah kalau naik kereta, biasa kalau naik kereta balik kampung, penulis suka pandang permandangan luar sahaja. Tak ambil tahu pun pasal Jalan mana yang perlu diikut untuk sampai ke lokasi penginapan. Panik jugalah mula itu. Kemudian Alhamdulillah, ada nombor Encik Hassan Basri yang pakar dalam selok belok jalan sekitar Selangor ini. Almaklumlah, belajar daripada pengalaman. Dulu selalu juga sesat.Hehehe..jangan marah eah.

Selepas settle masalah Muslimah itu, tercari-carilah peserta Muslimin yang katanya nak join program ini. Tapi batang hidung pun tak nampak. Lama jugalah berlegar-legar sekitar kawasan SMAPK. Sekali itu terjumpalah dengan Wan Abdul Hakim. Ajaklah budak ini join. Dia pun setuju. Wan memang minat join program seumpama ini kan? Cayalah Wan!

Tidak lama kemudian, Encik Hassan Basri dan Puan Nor Alina pun sampai. Maka kami bertolaklah dari SMAPK menuju ke lokasi penginapan. Sedang leka berbual di dalam kereta. Tiba-tiba, setiausaha call. Alamak! Mereka dah nak sampai! Penulis segera call Abrar sebagai penyambut tetamu. Tapi....dia tengah TIDUR! Adoi...

Memang gelabah jugalah ketika itu. Mana tidaknya, di rumah hanya ada Atuk, Nenek dan Acik Umi. Apa pun, Alhamdulillah. Buat apa nak risau, Atuk dengan Nenek kan pakar dalam bab melayan tetamu ini. Tambah pula dengan Acik Umi yang tak boleh berhenti bercakap itu. Abrar pun sempat bangun dan tiba di lokasi penginapan. Cayalah Abrar! 

Malam itu, bermulalah Program ini. Tetapi slotnya ditukar. Daripada Debat dan Kuiz kepada Kembara Malam Ke Pantai Morib. Kembara Malam? Ke Jamuan Malam? Hahaha..Macam makan kenduri malam itu. Encik Hassan Basri belanja!



Sedap ini, memang best! Tengok sahajalah pinggan depan Abrar ini. Sampai 4, malah siap ada yang bungkus lagi. Dahsyat! Eah, nanti..ada yang lagi dahsyat, sampai pinggan pun dia telan. Cuba tengok di meja berhadapan dengan Muslimah bertudung Hitam berbaju Biru itu. Hebatkan adik-adik. Itulah penangan lauk di Pantai Morib. Boleh masuk Book of Record ini. The New Version of Gorgon. Hehehe..

Malam itu, suasana sekeliling tenang. Setenang deruman ombak yang memukul tebing pantai. Pandang sahaja ke langit, eah? Banyaknya bintang. Bintang pada bulan Rabiul Akhir? Hahaha..apa pun permandangan langit malam itu sangat cantik!

Seusai habis slot ini. Kami pun pulang menuju ke lokasi penginapan. Malam itu ada sedikit taklimat dan penyerahan name tag kepada peserta. Masa untuk rehat! Bersedia pula untuk esok yang lebih mencabar!

Berakhirlah hari pertama~Daurah The Next al Fateh...~

To be continued...

3 comments:

  1. weiii!! amboi..seronok betul kenakan orang ya..tak pe.....ada ubi ada batas, ada hari ana ayam anta pun ana kebas!!!

    ReplyDelete
  2. hehehe..
    Je suis desole..~
    Anti nak kebas Ayam ana? Kena fight dengan Azeem dululah, hahaha..
    Alaaa, ana bergurau sahajalah...

    ReplyDelete
  3. ehem...ksian baju biru tudung hitam tu xbrsalah..tp xpe kot..hahahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...