"Hikmah ini ibarat cahaya lantera dalam hidup. Mengumpulkan cahaya itu ibarat mengumpul nasihat serta pengajaran sebagai tauladan untuk menerangi jalan dalam mencapai redhaNya di dunia dan di akhirat."
- Diubah daripada kata-kata Saudara Adnan-
Kehidupan akhir zaman penuh ranjau dan onak duri, jika terleka sedikit, sesiapa sahaja boleh karam di lautan dalam. Kita semua sama, hanyalah musafir di muka bumi Allah ini. Walaupun duduk di tempat yang berlainan, jauh merentasi benua dan lautan. Tetapi kita masih berkongsi satu langit yang sama, bulan dan matahari yang sama.
Orang kata perbezaan pendapat itu adalah hikmah. Tetapi kita perlu ingat, perkara seumpama itu hanyalah boleh dicapai jika perbezaan pendapat itu berpaksikan iman dan usaha untuk ilmu. Hikmah tidak akan tercapai oleh mereka yang hanya mementingkan menang kalah berhujah.
Mungkin pelbagai persoalan timbul di benak hati pembaca. Mengapa cerita seumpama ini menjadi pilihan penulis? Mengapa bukan cerita realiti yang berpijak di Bumi nyata?
Mereka jauh lebih bertapak-tapak maju daripada kita. Jauh dua tahun lagi maju daripada kita. Sedang negara kita popular dengan cerita-cerita karut dan tahyul yang hanya memundurkan pemikiran masyarakat, cerita mereka sudah jauh melangkau teknologi sains moden. Sedang masyarakat kita asyik dengan isu gosip artis dan konspirasi dunia, masyarakat mereka sibuk dengan penciptaan inovasi sains dan pembangunan.
Jadi, adakah anda semua masih hairan dengan pilihan saya? Mereka yang saya maksudkan adalah masyarakat Jepun. Mungkin bukanlah satu pilihan yang tepat untuk memilih cerita ini sebagai pembicara hikmah dunia. Tetapi pilihan yang sangat tepat!
Kamen Rider Kabuto mempunyai hikmah yang unik. Sememangnya ilham itu datang daripada Ilahi juga. Menyusuri jalan ceritanya yang membuka minda serta mengembalikan kita kepada budaya orang Timur yang sebenar.
Hikmah yang dicari dalam cerita ini semakin terpancar dengan kata-kata watak utama. Tendou Souji mengambil madah pujangga daripada neneknya dahulu. Bagi setiap episod akan dimuatkan dengan kata-kata hikmah neneknya, MasyaAllah...
Kepimpinan
*He who walks the path of heaven will rule over everything.
*Force the world to revolve around you. It's more fun to think that way.
Hikmah kepimpinan, hal ini mengajar kita untuk menjadi mereka yang hebat dalam apa jua bidang sekalipun seperti yang ditunjukkan oleh watak. Apa jua halangan, kitalah wira yang mampu mengatasinya. Seperti kata-kata neneknya, *memaksa dunia berputar sekeliling anda.
Yup, kita jangan kalah kepada dunia. Dunia hanyalah persinggahan bagi perjalanan kita menujuNya. Jadi jangan biarkan dunia itu yang memutarkan anda. Kita ini Khalifah, mereka yang memegang amanah Allah dan mewarisi dunia ini. Jadi kenapa pula kita perlu kalah kepada dunia yang penuh dengan tipu daya ini?
Perjuangan
*People become stronger through adventures.
*Life is a long path to a goal. Drop your heavy luggage and enjoy walking with your hands empty.
*Even in a world full only with enemies, there will always be someone you must protect.
Yup, seseorang itu akan menjadi lebih kuat dengan mengembara. Jika anda ingin tahu, kebanyakan permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Jepun memiliki watak yang perlu menjalani pengembaraan yang jauh. Watak itu ada level tertentu dan pengalaman berlawanlah yang menaikkan level watak itu.
Perkara ini sama seperti kita. Manusia itu semakin makan garam semakin matanglah dia. Semakin banyak perkara yang dipelajari, semakin hari semakin hebat. Jadi, kita sebagai pembela agamaNya ini perlulah berani dalam menghadapi cabaran kerana cabaran itu yang akan menguatkan lagi diri kita.
Ingat, walaupun ketika permusafiran kita, dunia ini dipenuhi dengan musuh. Tiada siapa ingin membela. Kebatilan pula yang tertegak. Kita masih mempunyai mereka yang perlu dilindungi. Siapa? Semestinya umat Islam sedunia. Mengejar syahid itu lebih mulia.
Kebenaran
*One that drowns in oneself will eventually fall to darkness.
*Once you know the real thing... you won't be fooled by an imitation.
*Even the devil's whispers can sometimes sound like an angel's voice.
*Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves.
Yup, apabila anda tahu perkara yang sebenar, anda tidak akan dipermainkan oleh sesiapa lagi. Kembara ilmu itu merupakan kunci kepada suatu kebenaran. Ilmu juga yang membezakan kita. Oleh kerana itu Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu.
Masalah pula yang timbul pada zaman kini apabila suatu ilmu itu diselewengkan. Ya, saya mengakui sendiri, begitu banyak percanggahan pendapat. Alhamdulillah, Imam Mazhab Fiqah yang 4 itu telah memudahkan kita.
Tetapi masalah pula apabila ada yang mengatakan dengan mengikut mazhab Fiqah ini tanpa tariqat, hakikat dan makrifat adalah taqlid semata-mata. Yup, pemikiran kita semakin ditindas, susah untuk mencari kebenaran. Di selam tak jejak ke dasar, ditimba tak luak setitis.
Benarlah hikmah yang dibawa dalam cerita ini. *Imitating others is not bad, for it's how we recognize ourselves. Bertaqlid dengan ilmu yang sementara itu tidak mengapa kerana kita sedang mencari kebenarannya. Masa kecil dahulu pun kita bertaqlid sahaja apabila disuruh solat. Kemudiannya baru kita faham kenapa kita disuruh solat.
Kemanusiaan
*If you wish it to be so, luck will always be on your side.
*Flowers can make any girl glow.
*All girls are equally beautiful.
*If you receive a little kindness, give them a large serving.
*There are two things a man must never do. One is to not make girls cry...The other is to not handle food so crudely!
*Men must be cool. Boiling water is only vapourised.
Saya bersetuju, semua perempuan itu sama cantiknya jika kita pandang dengan pandangan iman. Semuanya ciptaan Allah juga. Kunci Hikmah dibuka apabila kita terima suatu kebaikan, maka kita perlu membalasnya dengan kebaikan yang berganda. Perkara ini perlu kepada manusia lagi-lagi Pencipta.
Kunci Hikmah juga terbuka apabila Tendou berkata, Lelaki perlulah selalu tenang kerana air yang mendidih hanya akan tersejat. Sememangnya lelaki perlu menjadi seorang yang tenang. Jauhkan daripada sifat panas baran. Sifat suka marah ini tak membawa ke mana pun, lagi merugikan ada lah. Orang pun benci.
Kasih Sayang
- When people love others, they grow weaker, though it's nothing to be ashamed of. True weakness lies elsewhere.
- When not close by, one is even closer.
- Chase two birds, and you catch two birds.
- People who steal things, lose something even more important.
- Children are treasures. The greatest sin in this world is to damage those treasures.
- The wishes of the children are the future's reality...Adults that laugh at such dreams are no longer human.
- A bond is a deep connection that can never be broken. Even if apart, heart and heart are still connected.
Nilai kasih sayang? Terlalu banyak diceritakan dalam kisah ini. Kali ini Hikmah itu tidak akan terkunci kerana nilai kasih sayang itulah menjadi tunjang cerita ini.
Masakan
- It is enjoyable to eat something delicious, but the greatest joy comes from the time spent waiting for it.
- Delicious cooking is alive,you must be nonchalant about it.
- No matter what condiment, no matter what ingredient, there is something greater and that's love of the person creating the food.
- There are no bad restaurants or bad experiments in this world.
- Fancy food does not taste good. No matter what truth you try to hide, you cannot hide it.
- A knife can only bring happiness when used in cooking.
- Fancy flavors cannot hide poor cooking.
- It is fun to add a secret flavor so that no one knows. But... it's more fun to find it.
Yup, bahagian inilah yang paling penulis suka. Hikmah masakan ini amat terserlah jika kita mengikuti cerita ini. Watak utama sememangnya individu yang hebat memasak malah sentiasa membuat sarapan buat adiknya. Saya juga terjumpa kunci kesenian masakan itu bermula dengan menonton cerita ini. Hikmah Kesenian Masakan itu diceritakan dengan begitu jelas.
Memberi inspirasi kepada sesiapa juga yang menontonnya. Semua orang boleh memasak, intipatinya adalah kegembiraan. Hanya dengan masakan, barulah seseorang itu berasa gembira apabila menggunakan pisau.
The Justice Is Myself
Kita semua adalah sama,
Hanyalah seorang musafir yang sedang mencari jalan pulang
Yang selamat untuk ke negeri asal kita,
Sambil membawa peta panduan perjalanan Al Qur'an dan As Sunnah
Bersama lentera hikmah sebagai penerang jalan,
Perjalanan menuju negeri yang jauh,
Negeri yang menjadi langkah terhenti kita untuk selamanya,
Negeri yang menjadi jawapan terakhir semua persoalan kehidupan,
Hikmahnya sebuah kembara itu....
Kembara Ilmu, mencari redhaNya...
Yosh!!!!
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeletePerumpamaan yang perlu kita lihat dan tafsir dalam jalan menuju~Nya
wa'alaikumussalam..
ReplyDeleteYup!
Hikmah menuju jalanNya!
assalamualaikum..
ReplyDeleteana suka citer masked rider kabuto..x miss tgok kat u tube.ngeeee~~~
bnyk perkara yg boleh kita ambil drpd citer ni kalau kita pandang dari sudut positif,,antaranya ialah hubungan erat antara sahabt2, saling mempercayai, sifat ksih syg, benda ni semua lah yg mewarnakn lg hidup2 kita..
p/s:lawak lah video tu..hehehe..xD
wa'alaikumussalam ira,
ReplyDeleteYup! Cerita Kamen Rider Kabuto memang best..
Hehe..tak sangka pula geng ana ini minat juga eah..~
Sememangnya cerita ini penuh dengan hikmah, btw video yang memasak itu eah?
A'ah, memang kelakar.. dulu waktu ana tengok time f2 dahulu tergelak sambil guling-guling..
Mana tidaknya, gaya si Tadokoro itu dah smart, nak keluarkan pisau lagenda, sekali berkarat..
hahaha..~
Yosh!!!
assalamualaikum...
ReplyDeletesubhanallah...
izin share ya..