Tuesday, 18 January 2011

Yugioh dan Agendanya


"Knowing the truth is not sufficient as long as we do not do the right thing"



Arus air sungai Nil kini mengalir tenang. Kelihatan matahari pula memancarkan sinarannya yang agak terang ke muka bumi Mesir yang berpaksikan iman ini. Walaupun suhu disitu agak panas tetapi bahangnya tidak terasa oleh penduduk disana. Jika diteliti kembali, sebelum fahaman Islam yang sebenar berpaksi disitu, pelbagai kisah yang mensyirikkanNya telah berlaku. Firaun yang telah mengaku dirinya sebagai Tuhan. Tambahan pula penganut fahaman Syiah Fatimiah yang telah menyesatkan penduduk Islam di sana.



Kemudian Salahuddin Al Ayubilah yang telah berjasa membersihkan kota Mesir daripada fahaman mereka. Saifuddin Qutuz juga telah berjaya mempertahankan umat Islam daripada serangan tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan. Walaupun selepas itu fahaman sekular menular masuk ke Mesir sehingga menyebabkan kematian Hassan Al Banna, tetapi Mesir kini sudah kembali kepada Islam yang sebenar kebanyakannya.


Sejarah Mesir banyak membuka mata para arkeologi untuk berganding bahu mengkaji misteri yang aneh dan masih banyak yang belum dapat dirungkaikan lagi sehingga kini. Melalui segala sumber yang ada, Kazuki Takahashi bersama TV Asahi sebagai media penerbit dan Toei Animation bergabung tenaga bagi menghasilkan sebuah animasi Yugioh yang berlatarkan sejarah Mesir. Sebenarnya jika diteliti kembali, dalam senyap mereka cuba untuk menyebarkan fahaman freemason kepada kanak-kanak. Mereka amat bijak. Oleh kerana itulah mereka digelar golongan orientalisme





'Orient' bermaksud Timur.
'Lisme' bermaksud aliran pemikiran.



Golongan ini ialah golongan cendiakawan barat yang mengkaji tentang dunia Timur. Adat, agama, fahaman dan tamadun masyarakat Timur. Mereka juga gemar mengkaji sejarah. Karl Max pendokong utamanya.


Kajian kali ini berkaitan dengan animasi popular dunia kanak-kanak suatu ketika dahulu, iaitu Yugioh. Yugioh merupakan animasi yang jalan ceritanya berkait rapat dengan sejarah Mesir. Fakta dan fahaman yang ada dalam plot cerita ini kebanyakannya adalah fakta yang diambil daripada sejarah Mesir yang sebenar. Tetapi malangnya sejarah Mesir itu adalah sejarah yang mengikut pendapat dan ideologi freemason dan orientalis. Bukannya sejarah seperti yang diceritakan dalam al Quran.




Yugi Muto merupakan watak utama dalam cerita ini. Seorang pelajar sekolah menengah tinggi yang mempunyai millenium puzzle. Dalam plot animasi ini ada menceritakan kaitan Yugi dengan Firaun zaman Mesir dahulu. Setelah dia melengkapkan millenium puzzle itu, dirinya yang lagi satu muncul. Yami Yugi merupakan diri Yugi dalam kegelapan. Sememangnya bagi peminat anime, mereka akan sedia maklum bahawa kebanyakan watak utama atau hero sesuatu cerita itu akan ada dirinya yang 'Dark'. Konsep itu diambil daripada Yin Yang.





Yami Yugi itu sebenarnya adalah Pharaoh ataupun Firaun yang telah kehilangan kuasanya.



Firaun yang digambarkan dalam anime Yugioh ini adalah berdasarkan konsep freemason. Kita boleh lihat dengan jelas peralatan beribu tahun atau Millenium Item yang berlambangkan satu mata. Mata itu adalah mata dajjal laknatullah mengikut fahaman mereka.





Nak tahu bagaimana rupa bentuk dan nama-nama Millenium Item?
Jom kita lihat..



Millenium Bracelet iaitu penyatu semua Millenium Item...





Millenium Eye yang mempunyai kuasa untuk membaca isi hati manusia...


Millenium Ring iaitu alat untuk mengesan arah kehadiran kuasa Millenium Item...


Millenium Puzzle yang menyimpan Yami Yugi





Millenium Necklace


Millenium Scale



Millenium Rod yang digunakan untuk mengawal manusia...




Millenium Key yang digunakan untuk masuk ke pintu hati manusia...



Bagi kanak-kanak, mereka mungkin senang terpengaruh dan melukis Millenium Item ini di merata tempat. Perkara ini bahaya malah boleh membawa kepada kerosakan akidah. Kita juga seakan meniru lambang agama mereka. Sedangkan perkara itu amatlah dilarang oleh Allah S.W.T.




Beralih pula kepada permainan kadnya. Terdapat satu raksasa yang tiada taranya dalam permainan kad Yugioh iaitu Exodia. Apa itu Exodia?




Sejarah Islam membuktikan bahawa Firaun telah mengaku dirinya sebagai Tuhan kerana dia tidak pernah sakit. Melalui fahaman freemason ataupun golongan orietalisme pula, Firaun ini adalah raja yang mana kuasanya diperangkap oleh bintang segi enam. Selepas Firaun menjadi anak kepada 3 Tuhan. Dia mendapat balik kuasanya. Begitu juga konsep yang digunakan dalam kad Exodia. Exodia diibaratkan sebagai Firaun yang mana berunsur kegelapan dan bukannya berunsur Tuhan seperti 3 kad Tuhan yang bakal kita bincang lebih lanjut lagi. Kita perlu mengumpul kelima-lima bahagian badan Exodia kemudian Exodia akan lengkap. Exodia yang lengkap menjadi Infinity kuasanya.Kuasa yang tiada had seperti maha berkuasa. Itulah keadaanya seperti firaun yang telah bebas daripada perangkap segi enam mengikut fahaman mereka. Itulah Exodia the Exorcist.





Konsep bintang segi enam yang menjadi lambang Israel itu juga menjadi sumber bagi kuasa Dark Magician dalam animasi ini. Dark Magician iaitu ahli sihir pada zaman Firaun yang digambarkan kembali dalam animasi ini.




Lambang rejim zionis Israel di belakang Dark Magician juga sumber kuasa yang diagung-agungkan dalam animasi ini.





Magic Jammer..







Mengikut sumber yang sebenar, tablet ukiran ini adalah yang asli cuma diubah pada bentuk raksasa itu sahaja.




Ukiran 3 Tuhan atau Divine Beast




Jika kita buka buku sejarah tingkatan 4 bab 1. Kita akan jumpa sejarah Tamadun Mesir Purba yang mana mereka percaya bahawa firaun ini adalah anak kepada 3 Tuhan. Tuhan Matahari, Tuhan Langit dan Tuhan Angin. Hal ini samalah seperti yang digambarkan dalam animasi Yugioh.


The Winged Dragon Of Ra (Tuhan Matahari)




Slifer the Sky Dragon ( Tuhan Langit )






Obelisk The Tormentor ( Tuhan Angin)





Sambung cerita bab Sphinx pula..


Dalam fahaman freemason mereka ada mengatakan perihal piramid yang mana menjadi paksi tenaga negatif berkumpul dan bakal menjadi punca kuasa dajjal nanti. Fahaman itu dipopularkan dalam Yugioh apabila terciptanya kad Pyramid of Light.



Jika kita tengok movienya, kita akan tahu dengan lebih jelas lagi. Begitu terang-terangannya mereka menyebarkan ideologi mereka. Mata itu dijadikan pusat kuasa berkumpul yang mana saling tak tumpah samanya dengan konsep freemason. Konsep yang percaya piramid sebagai pusat mengumpul kuasa negatif kepada mata dajjal.








Sesungguhnya umat Islam dihidangkan dengan serangan pemikiran yang semakin hebat akhir zaman ini. Jadi takkanlah kita mahu duduk dan bergoyang kaki sahaja? Membiarkan apa yang direncana musuh menjadi kenyataan? Biarkan perkara batil ditegakkan? Sebenarnya, terlalu banyak. Seakan tidak dapat dikira dek akal ini. Terlalu banyak serangan pemikiran yang mereka lakukan.


Bukan setakat budaya malah agama. Ada antara golongan orientalisme yang mengkaji sejarah Islam dan memutar belitkannya. Sehinggakan kita pun keliru dengan sejarah agama kita sendiri.Mereka sebenarnya hampir berjaya menguasai pemikiran kita sepenuhnya. Kita sahaja yang tidak sedar. Tidak sedar yang diri kita sedang ditindas.


My Ummah, My Ummah
He will say
Rasulullah on that day
Eventhough we strayed from him and his way

Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he'd want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory

Let the ummah rise again
Let us see daylight again
Once again

Come on!
Let's show them our brave hearts!

InsyaAllah.....




Sejuknya kena angin kipas pagi-pagi begini..
Alhamdulillah...~



Sumber rujukan


Buku teks Sejarah Tingkatan 4

www.4shared.com/ideologi kapitalisme

TV Asahi offiicial site

Yugioh The Movie

www.maizatulakmal91.blogspot.com


2 comments:

  1. Ya Allah..x sedarnya aku dulu..melayan cerita ini..

    ReplyDelete
  2. Eah, xpe..
    Kita tengok dan ambil pengajaran..
    Serta ilmu dalam cerita itu..
    Ada manfaatnya juga..
    InsyaAllah...~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...