Thursday 20 January 2011

Apa Manfaat Takdir?

"Boleh jadi kamu tidak suka pada sesuatu perkara padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu"
-Surah Al Baqarah : 216- 




Seringkali kita dengar ramai individu terutama sekali daripada saudara seagama dengan kita sendiri. Kebanyakan mereka meragui konsep takdir. Ramai manusia yang beranggapan bahawa jika Allah telah menetapkan segala sesuatu itu, maka sia-sialah  semua yang kita lakukan di muka bumi ini. Hal ini demikian kerana segalanya sudah ada dalam pengetahuan Allah. Jadi? Pada pandangan kita bagaimana? Adakah kita salah seorang daripada mereka? Oh come on! Janganlah sempitkan fikiran anda. Kita tahu yang Allah itu bersifat adil, Maha Adil. Allah adil dalam menetapkan takdirNya buat hamba tercinta. Dia juga Maha Mengetahui.Jadi sudah tentu ada hikmah di sebalik ketetapanNya itu. Anda percaya? Anda percaya atau tidak? Mari kita kaji dengan lebih lanjut.....




Andaikanlah Allah menetapkan sesuatu yang baik dan memberi keuntungan kepada kita. Pastilah kita akan rasa  betapa ada faedahnya di sebalik ketetapanNya itu. Betapa bertuahnya kita menjadi hamba Allah ketika itu. Nikmat memang selalu dirasakan sebagai suatu yang menyenangkan dan bermanfaat. Tetapi bagaimana pula dengan musibah? Adakah kita akan memberi tanggapan yang sama? Selalunya tidak. Bukankah begitu? Betul kan? Confirm?





Andaikan pula jika kita mengalami musibah. Bagaimana apabila Allah menimpakan segunung beban ke atas kita. Beban yang menyiksa jiwa raga, naluri dan qalbu. Memang tak boleh nak tolong. Adakah kita akan fikir manfaat di sebalik ketetapan Allah itu?







Kita perlu tahu bahawa dalam hidup kita ini terdapat dua jenis takdir yang besar iaitu Nikmat dan Dugaan. Kita selalu berada pada dua keadaan itu, besar kecil, sedikit atau banyak, yang menjadi intipati persoalannya, bagaimana kita mahu menanganinya dengan bijak. Bukannya berusaha untuk memilih salah satu keadaan dan kemudiannya mengeluh jika pilihan kita itu tidak diterimaNya. Kedua-dua keadaan tadi boleh beri nilai baik dan buruk. Bergantunglah macam mana kita lihat dan tanganinya dengan tepat. Ada kalanya nikmat yang kita dapat  mampu memberi kesan yang buruk kepada kita. Dugaan juga sebenarnya boleh memberi manfaat yang baik kepada kita. Tak percaya? Mari teruskan pengembaraan...




Saya pasti anda pernah menonton animasi ini. Animasi yang mengajar kita erti sebuah perjuangan dan tidak akan sekali mengaku kalah ( sebenarnya semua animasi Jepun begitu).Istimewanya animasi ini, adalah perwatakan mereka. Adanya 8 watak yang membawa 8 intipati dalam kehidupan seharian kita.

Keberanian
Persahabatan
Kasih Sayang
Kejujuran
Kebijaksanaan
Kesetian
Keikhlasan
Kebahagian

dan..Cahaya


Masyarakat Jepun menjadikan animasi sebagai budaya mereka malah menjadi inspirasi bagi mendidik kanak-kanak mereka untuk menerima takdir. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Univesity of Chicago(tak tahulah boleh percaya atau tidak), kebanyakan masyarakat Jepun yang sanggup membunuh diri kerana gagal dalam kehidupan ialah mereka yang tidak berminat dengan budaya animasi mereka. Mereka kurang motivasi dan lemah semangat. Berbanding dengan masyarakat yang gemar menonton animasi. Tak percaya? Anda boleh lawati Otaku Official Site. Baiklah, itu sebagai tambahan sahaja, apa yang ingin difokuskan disini, jalan cerita setiap animasi itu. Semuanya menerima takdir mereka malah mereka tidak pernah mengaku kalah jika ditimpa kesusahan. Mereka berani maju ke hadapan, walaupun masyarakat sekeliling tidak menerima mereka. Inilah yang patut kita contohi. 



"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"

- Surah Al Hadid : 22 -



Baiklah, kita berbalik kepada persoalan mula-mula tadi. Adakah Allah menetapkan sesuatu dan memerintahkan kepada kita untuk beriman dengan ketetapanNya itu tanpa sebarang manfaat disebaliknya? Adakah Allah menetapkan beriman terhadap qada' dan qadar sebagai rukun iman yang ke 6 hanya sebagai mainan sehinggakan boleh sahaja kita abaikan?


Mungkin pernah terlintas di fikiran kita beberapa soalan yang mengugat akidah kita sebagai seorang Islam. Mungkin kita pernah terfikir, mengapa Allah menetapkan semua itu kepada kita? Mengapa Allah memberitahu kita dan kemudian menyuruh kita mempercayai hal itu? Tidakkah dengan mengetahui hal ini, kita akan rasa bahawa segala perbuatan kita itu sia-sia? Kita juga akan jadi takut kerana tidak adanya kepastian.Tidakkah hal ini menyebabkan kita berasa seolah-olah berdiri hadapan kabus yang gelap. 





Kabus itu sangat gelap sehingga menutup pandangan mata kita. Kita pula mesti sentiasa melangkah ke hadapan sementara kita tidak tahu apa yang menunggu kita di hadapan sana. Sudah tentulah tidak! Allah menetapkan semua itu kepada kita dan Dia mengetahuinya sementara kita tidak tahu. Allah itu Maha Adil dan Dia tidak akan menetapkan sesuatu yang zalim kepada hambaNya. Allah juga memerintahkan kita supaya beramal  dan berdoa. Sementara Dia tidak akan mensia-siakan segala amalan hambaNya.


Jadi tidak ada alasan lagi untuk kita takut dan berprasangka buruk terhadap Allah. Allah S.W.T tidak akan menjerumuskan kita kepada sesuatu yang buruk dan membuat aniaya kepada kita. Telah tertulis dalam kalamNya bahawa salah satu manfaat takdir ini adalah sebagai madu penyembuh luka kesedihan.


"Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong  lagi membanggakan diri."

- Surah Al Hadid : 23 -


Apa yang terjadi apabila seseorang itu mendapat dugaan? Kita perincikan lagi perbincangan berkaitan dengan dugaan apabila kehilangan sesuatu. Bukankah hal ini mampu menjadi kunci kepada kesedihan? Bayangkan ada seorang insan ini sedang meratap sedih dihadapan rumahnya. Kemudian kita bertanya kepada insan itu,

'Apa yang membuat kamu berasa sedih?'

'Saya baru kehilangan isteri saya, dia telah meninggal dunia,' kata insan itu.


Insan itu baru sahaja mendapat dugaan yang berat. Siapa tak sayang bini kan? Dugaan itu amat berat, dia kehilangan teman hidupnya. Sememangnya wajar dia berasa sedih. Tetapi, apa yang perlu kita elakkan ialah kesedihan yang berpanjangan. Kesedihan yang berpanjangan mampu memberi implikasi yang lebih teruk malah menggandakan dugaan kita.





Allah sudah menetapkan kematian isteri insan sedemikian masanya. Allah juga telah memberitahu kita bahawa ajal maut itu ditanganNya. Segalanya agar kita tidak bersedih seperti yang dinyatakan dalam surah al Hadid. Tetapi bagaimana ini boleh berlaku? Betul ke dengan memberitahu ketetapanNya itu semata-mata agar kita tidak bersedih? Jom mengembara dengan lebih jauh dalam lautan ilmu ini....


Sekiranya seseorang itu mengetahui apa yang dilakukannya itu sudah ditetapkan oleh Allah. Dia beriman dan redha terhadapNya. Maka mengapa dia perlu bersedih atas sesuatu kehilangan. Bukankah itu yang sudah digariskan olehNya? Bukankah itu yang tetap terjadi walaupun kita sedaya upaya cuba untuk menghindarinya? Jadi mengapa kita perlu hanyut dalam kesedihan?




Adakah dengan bersedih akan menyebabkan apa yang hilang itu kembali semula kepada kita? Tentulah tidak! Malah kesedihan akan menyebabkan diri kita lebih susah dan tertekan. Jadi relakan sahaja dengan mengatakan,

' Segalanya berasal daripada Allah dan akan kembali kepadaNya.'

Bukankah dengan berbuat demikian perasaan dan hati kita akan lebih tenteram. Kita tidak perlu menyibukkan diri terhadap apa yang telah berlalu malah boleh fokus untuk kehidupan yang mendatang. Life must go on. Anda sudah dapat merungkaikan rahsia ini? Jadi berhentilah menangis dan relakan apa sahaja yang menimpa anda. Beramallah untuk waktu-waktu akan datang.




Jom, masa untuk bercerita pula. 

Pada suatu ketika dahulu terdapat seorang alim ini. Dia sangat berilmu sehinggakan menjadi tempat rujukan buat penduduk di sekitar tempat tinggalnya. Sehinggalah suatu hari isterinya meninggal dunia. Selepas kejadian itu dia berasa sedih yang melampau sehinggakan tidak mahu lagi menerima tetamu yang ingin bertanya kepadanya.

Sampailah suatu hari itu, seorang wanita datang kepadanya. Wanita itu memaksa dia menjawab persoalannya.

'Aku ingin meminta pendapatmu tentang sesuatu perkara' kata wanita itu.

'Masalah apa?' tanya orang alim itu.

'Aku pinjam sesuatu daripada seorang ini untuk jangka masa yang agak lama. Kemudian dia tiba-tiba  hantar utusan suruh ambil balik barang itu. Adakah perlu aku mengembalikannya?' tanya perempuan itu.

' Ya kamu perlu mengembalikannya' jawab orang alim itu.

' Semoga Allah merhamati kamu, engkau sedih atas apa yang dipinjamkan Allah kepadamu, kemudian Dia mengambilnya daripada kamu sedangkan Dia lebih berhak atas pinjaman tersebut daripadamu.' jelas wanita itu.


Orang alim itu pun tersedar akan hakikat ini. Semuanya apabila dia diingatkan tentang Zat Yang Maha Memiliki dan Maha Menetapkan. Sesungguhnya segala sesuatu itu daripada Allah dan akan kembali kepadaNya.




Satu cerita lagi.

Pada suatu ketika Ibrahim bin Adham melihat seorang lelaki yang sedang bersedih, kemudian dia mengatakan sesuatu kepada lelaki tersebut.

'Apakah ada perkara yang berlaku di alam ini yang tidak dikehendaki Allah?' tanya Ibrahim

'Tentu tidak' jawab lelaki itu.

'Apakah ada rezekimu yang berkurang dari apa yang ditentukan oleh Allah?' tanya Ibrahim lagi.

'Tentu tidak' jawab lelaki itu.

'Apakah akan berkurang suatu tempoh waktu yang ditetapkan bagimu dalam kehidupan ini?' Ibrahim bertanya kali ke 3.

'Tidak' jawab lelaki itu ringkas.

Jadi kenapa perlu bersedih? Sedangkan kesedihan itu tidak akan membuatkan diri kita menjadi lebih baik. 

Yosh! 




"....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."

-Surah Yusuf ; 87-


"Ibrahim berkata, 'Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Allah, kecuali orang yang sesat."

- Surah al Hijr : 56 -  



"Perubahan adalah takdir. Takdir yang boleh kita pengaruhi. Kita yang membuat keputusan"
-Remy (Ratatouille)-

Jom tidur~



Sumber Rujukan

Bila Allah Menduga Kita karya Syed Alwi Al Attas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...