'Be grateful, that's what make human a human'-Dr Isham, Philosophy of Religion-
Manusia.
Mereka dijadikan, diberi akal fikiran, serta kebebasan dalam membuat pilihan. Kehidupan mereka kompleks, ada plot tersendiri, pengalaman yang berbeza, sistem nilai yang estetika juga persepsi yang kadang-kadang itu susah untuk dicerna.
Mereka ini menarik, kerana dengan hanya memerhatikan mereka dan berfikir, kamu boleh kenal Pencipta.
Teringat akan dialog ketika mana mereka ini ingin dicipta, malaikat bertanya akan sebab kenapa Allah ingin mencipta suatu makhluk yang akan melakukan kerosakan di muka bumi ini. *1
Well, persoalan di sini kenapa malaikat mempersoalkan keputusan Allah? Kalau malaikat tahu pun, apa yang dia boleh buat? Adakah dia berkuasa untuk mengubah keputusan tersebut?
Tidak.
Tapi kita boleh lihat betapa Allah melayan soalan malaikat tersebut. Allah tidak mengherdik ataupun menghukum malaikat, malah Dia bertoleransi dengan jawapan 'Aku tahu apa yang kamu tak tahu'.
Jadi, kenapa Allah merakamkan peristiwa ini di dalam al Quran?
Terima sesuatu berdasarkan hujah, bukan atas dasar dia adalah golongan berauthoriti.
Sebahagian manusia ada suatu tradisi yang mana kamu dengan terima sesuatu tanpa mempersoalkannya. Jika tok guru kamu pakai baju putih, nak tak nak, kamu kena pakai baju putih. Jika dia makan nasi berlaukkan ikan patin, kamu kena makan lauk yang sama. Tak boleh ikan lain, nanti hilang berkat ~
Kadang-kadang aku kesian dengan golongan macam ini, yalah..Allah beri kita akal untuk mencari hujah sesuatu perkara. Kenapa wujud manusia yang begitu malas untuk menggunakannya?
Aku tahu, taklid itu senang. Kita 'nampak' macam boleh lari dari tanggungjawab. Contoh,
'Kenapa pakai inai?'
'Sebab ustaz aku pakai.'
'Inai haram tahu tak?'
'Mana aku tahu, ustaz aku pakai, aku pakailah.'
'Berdosa tahu tak!'
'Ustaz akulah salah, dia ustaz, aku mana tahu'
Senang. Kalau dah salah, kita boleh main tunding jari dan berlepas tangan. Macam tak ada apa yang berlaku dan meneruskan kehidupan dengan bahagia.
Pelik dan itu realiti.
Sebab itu banyaknya berlaku manipulasi atas nama agama. Golongan yang dikatakan berauthoriti menafsir dan menggunakan dalil untuk menjaga kepentingan diri mereka sendiri. Ayat-ayat diputar belit untuk menampakkan yang salah itu betul dan sebaliknya.
Manusia pula main ikut membuta tuli, maka kebejatan akan terjadi. Huru-hara dan bergaduhlah kelompok-kelompok ini. Masalah masyarakat sampai ke sudah tak selesai, dan kebencian yang semakin menular.
Well, sedangkan malaikat pun bertanya kepada Allah tentang hujah disebalik penciptaan Adam, kenapa kita manusia ini begitu 'tak pandai' untuk terima sesuatu perkara tanpa hujah yang kukuh?
Soalan itu penting, bertanya atas dasar ingin tahu dalam mencari kebenaran dan jalan penyelesaian.
Manusia juga dicipta atas potensi untuk jadi lebih baik daripada malaikat. Manusia bukan dicipta lebih baik daripada malaikat, tetapi hanya mempunyai potensi untuk jadi lebih baik. Ya, ramai sahaja yang aku tengok perangainya lebih teruk daripada binatang pun ada.
Apa pun, apa potensi yang kita ada untuk jadi lebih baik itu?
Dikurniakan akal.
Seperti mana kisah cabaran Allah kepada nabi Adam dan malaikat untuk menamakan sesuatu perkara, kemudian nyata Adam lebih baik sedangkan malaikat terkandas dengan jawapan 'kami tidak ada pengetahuan melainkan apa yang Kamu telah beritahu'. *2
Use the knowledge, not repeat it.
Manusia diberi kebolehan untuk meneroka perkara baru, keupayaan berbahasa untuk komunikasi serta mengenal pasti pattern sesuatu benda untuk mencari hubungan dan kaitan.
Kebolehan ini memberi mereka potensi untuk menjadi lebih baik daripada malaikat. Namun, itupun jika mereka menggunakannya sebaik mungkin, jika tidak, mereka hanyalah seperti malaikat yang 'repeat the knowledge'.
'Use knowledge' di sini dengan maksud kita memahami sebab disebalik sesuatu ilmu yang kita terima. Daripada itu, kita boleh cambahkan solusi lain dan cabang ilmu baru untuk diterokai.
Kreativiti.
Come on, keluarlah dari kepompong selesa kamu. Aku dah bosan melihat manusia dengan cara lama yang kebanyakannya lansung tidak berkesan dalam menyelesaikan masalah-masalah baru. Kamu selalu bagi alasan, 'hidayah tak sampai lagilah itu' tapi kamu tak pernah cuba untuk buat sesuatu yang lebih baik!
Kamu selesa dengan tampuk lama dan malas untuk bangun membuat pembaharuan. Buat sesuatu perkara pun ala kadar, apabila membincangkan perkara intelek, semua lesu.
Lemah.
Sedangkan gerakan pemikiran itu elemen penting dalam merencana perubahan dan pembangunan.
Aku tahu perkara itu sukar. Tidak mudah untuk membina pemikiran masyarakat yang sekarang ini banyak dikaburkan dengan projek 'penidak pandaian' golongan atasan ini. Apa yang baik kelihatan jahat, begitu juga sebaliknya. Kita juga dikaburkan dengan darjat bangsa yang pada awalnya menjadi hujah syaitan untuk mengatakan yang dia adalah lebih baik daripada nabi Adam.
'Aku daripada api dan Adam daripada tanah.'
'Apa hal aku kena sujud pula? Aku lebih mulia'
Pelbagai perkara kamu akan hadapi, tapi janganlah kau berputus asa. Nabi Adam dulu pun tidak berputus asa untuk meminta ampun kepada Allah kerana dia percaya akan apa yang manusia gelar sekarang ini sebagai..harapan.
Allah turunkan kita ke dunia untuk kita develop diri kita dan mendapat manfaat daripadanya.
Jadi, gunakanlah peluang ini sebaik mungkin!
Jadilah diri kamu yang terbaik dan hijaukan sekelilingmu.
Sungguh, setiap manusia itu unik, dan mereka semakin berwarna setelah mereka sedar akan sebab mereka dijadikan sebagai manusia.
Yosh!
Ft.
*1
“Verily, I am going to place mankind generations after generations on
earth.’
They said: ‘Will You place
therein those who will make mischief therein and shed blood, while we glorify
You with praises and thanks and sanctify You.’
God said: ‘I know that which you
do not know.”
(Quran 2:30)
*2
“..tell me the names of these if
you are truthful.’
They answered ‘Glory
be to You, we have no knowledge except what You have taught us. Verily it is You the All Knower, the All
Wise.”
(Quran 2:31-32)
No comments:
Post a Comment