" Zaman kanak-kanak kita belajar untuk menghayati, tentang apa dan siapa. Dewasa pula zaman untuk memahami, tentang kenapa dan mengapa. Begitulah tahap kembara akal kita yang telah digarap sempurna, membuatkan kita terharu menafsir hikmahNya ^^ "
Masa kecil-kecil dulu suka tengok movie ini. Setiap kali tengok, mesti rasa terharu. Walaupun hakikatnya tak berapa faham jalan cerita dan apa yang watak itu kata. Yalah, movie itu dalam bahasa Jepun, dan subtitle English. Kita waktu itu baru 8 tahun.
Entah, tak tahulah apa yang membuatkan tersentuh sangat dengan cerita ini masa itu. Terutama ketika peleraian, sewaktu perjalanan Chihiro pergi ke tempat perempuan sihir untuk memulangkan barang dan ketika Haku menjemputnya pulang.
Tak faham, tetapi terasa ada sesuatu yang menyebabkan kita bahagia menontonnya.
Kimochi ~
Masa dah besar ini cuba tonton balik, dan sedikit demi sedikit terlihat hikmah cerita ini.
Chihiro amat tabah dan berdikari. Pada mulanya dia seorang yang sangat manja dan suka mengomel.
Tetapi dipertemukan dengan jalan cerita yang sukar, berpisah dengan mak ayahnya. Ditempatkan dalam dunia yang tak tahu asal usul itu. Dikelilingi suasana yang amat asing bagi seorang manusia. Tiada kenalan untuk meminta bantuan.
Dia perlu menghadapinya seorang diri. Sekadar harapan dan ketabahan yang menjadi motivasi.
Sedikit demi sedikit semua itu mengubah dirinya daripada seorang yang manja kepada yang lebih berdikari. Berdikari untuk memahami, bahawa itu adalah realiti yang perlu dihadapi.
Kunci ketabahan bagi dirinya adalah kepercayaan. Dengan memegang utuh kunci ini, dia berusaha untuk meneruskan kehidupan.
Chihiro mengajar kita, bahawa kesukaran yang dihadapi dalam hidup ini tak lain hanyalah untuk menjadikan diri kita lebih baik. Menjadikan diri kita lebih berdikari dan menghargai sesuatu perkara.
Ujian sebagai Langkah Perubahan.
Kadang-kadang suatu ujian itu kelihatan amat berat dan tak tertampung rasanya untuk kita hadapi. Kesedihan bertamu lantas menghancurkan harapan. Kita terasa seakan sinar kehidupan itu sudah malap kelihatan. Buntu mencari jalan penyelesaian. Lalu kita berputus-asa dan menyalahkan. Kenapa aku, bukan orang lain?
Kita hairan, kita rasa kita tak mampu. Tapi Dia tetap bagi pada kita. Kenapa ya?
Kamu tahu, watak cerita ini hanyalah 'anak kecil'. Chihiro hanyalah remaja yang baru mahu mengenal dunia. Seorang yang manja. Suka menangis dan penakut orangnya. Tetapi apa yang dia terima?
Berpisah dengan mak ayah, ditempatkan dalam dunia asing, tiada kenalan untuk membantu, menghadapi waktu sukar kerana diburu, terpaksa bekerja untuk hidup dalam dunia asing tersebut..
Dan apa yang kita expect daripada seorang anak kecil untuk menghadapi semua itu? Seorang diri?
Ya, seakan kelihatan tak adil kan. Kenapa dia yang kita lihat tak mampu menghadapi semua itu yang menerimanya? Kenapa bukan ujian itu diberi kepada mereka yang lebih dewasa? Kenapa?
Kamu tahu, Chihiro tak pernah mengeluh. Tak pernah dia persoalkan kenapa. Walaupun pada mulanya dia sangat manja, tetapi dia menerima realiti bahawa dia perlu menghadapinya. Daripada mengeluh, dia memilih untuk berusaha.
Bermula dengan memberanikan diri untuk meminta kerja, berkawan dengan mereka yang asing dan mereka itu bukan manusia, berusaha untuk mendapatkan kepercayaan rakan sekerja, bertungkus-lumus mencari jalan untuk menyelamatkan mak ayahnya.
Jalan cerita yang dia hadapi amat sukar, namun apa yang membuatkan dia tabah?
Dia percaya.
Dia percaya kepada apa yang manusia gelar harapan.
Dia percaya harapan masih ada selagi mana kita berusaha.
Dia tak mengungkapkannya, tetapi sudah terserlah pada apa yang dia lalui.
Menjadi kunci ketabahan bagi dirinya. Terus percaya dan berusaha. Itu yang memberinya kejayaan dalam menghadapi ujian tersebut.
Kamu tahu, kita pun kena begitu.
Kita kena terus percaya kepada Dia dan terus berusaha. Walaupun dah berkali-kali kita kecewa, jangan mengalah dan teruskan percaya. Kerana Dia tak pernah memungkiri janjiNya. Tidak hari ini mungkin esok, tidak esok mungkin lusa. Tetapi janjiNya adalah sesuatu yang pasti. Bahawa selepas kesusahan itu ada kemudahan..^^
Kamu tahu, jika kamu berjaya mengharungi ujian tersebut, yang menanti kamu adalah perubahan.
Macam Chihiro, ujian itulah yang mengubah dirinya daripada seorang yang manja untuk menjadi lebih berdikari. Mampu berdiri atas kaki sendiri.
Manusia sememangnya inginkan perubahan ke arah yang lebih baik. Namun, kadang-kadang itu kita ini malas. Malas bangun untuk hadapi cabaran. Jadi, Dia hadirkan sesuatu yang menyebabkan kita terpaksa hadapi demi perubahan tersebut.
Alangkah baiknya Pencipta kita ini kan. Dia Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Wah, waktu kecil dulu seakan dah terasa semua ini. Cuma tak mampu menterjemahkan semua itu dalam bentuk kata-kata seperti ini. Hebat kan Dia, sesuatu yang sudah 12 tahun dulu, apabila diselak kembali, kita akan menemui mutiara hikmah yang mendamaikan hati.
Memori amat penting, perlu disimpan di dalam hati, kerana kita akan memerlukannya suatu hari nanti.
'The past, treasure it. The hope is there.'
Hei, anime best!
Wallahualam
waa, terharu, sayu, sedih, semua ada. T.T
ReplyDeletemungkin kadang2 ana rasa ana tak sekuat watak Chihiro tu. banyak je benda ana nak persoalkan, banyak je benda ana nak pertikaikan. selalu je ana rasa kehidupan ni tak adil. kadang2, semua orang bagi ana macam takde guna, useless. semua orang bagi ana tak pernah faham apa yang ana lalui.
bila cerita kat kawan, diorang boleh cakap banyakkan bersabar. tu je. tapi selagi diorang tak merasa apa yang ana lalui, selagi tu la ana rasa mereka takkan pernah faham. sebab tu at the first place ana malas nak buka mulut cerita kat orang lain. seolah2 macam minta simpati dsb.
"kenapa aku? kenapa bukan orang lain?"
diorang kata ana kuat sebab itulah Allah turunkan ujian tu kat ana. tapi sebenarnya tak pun. seringkali tersungkur, rebah. seolah2 Allah tak dengar pun doa ana.
entahla, ana yang silap sebenarnya. mudah sangat jadi lemah. kadang2 penat berpura2 jadi kuat.
tapi post ni banyak sedarkan ana. apa yang patut ana lakukan, and jangan pernah mudah mengalah.
"Kita kena terus percaya kepada Dia dan terus berusaha. Walaupun dah berkali-kali kita kecewa, jangan mengalah dan teruskan percaya. Kerana Dia tak pernah memungkiri janjiNya. Tidak hari ini mungkin esok, tidak esok mungkin lusa. Tetapi janjiNya adalah sesuatu yang pasti. Bahawa selepas kesusahan itu ada kemudahan."
syukran! huhu.
Alhamdulillah ^^
DeleteNasihat ini datang dariNya juga, ilham dan segala idea adalah milikNya. Dengan kata lain, mungkin salah satu cara Dia nak memberitahu hambaNya seorang ini untuk terus tabah dan berusaha.
Cantik kan plot yang Dia lakar, mengilhamkan ana untuk menulis dan mengerakkan hati anti untuk membaca.
Anti tahu, orang beriman itu ajaib. Dia boleh nampak cahaya di celah gelita ^^
Kuncinya adalah yakin dan percaya, yosh!
cite ni bestt. at last igt pun nama crita ni.tima kasih :) sama, tgk cite ni jugak masak kecik2 dlu. the best anime ever :)) kesan cite ni, igt sampai sekarang. bgus x bgus :)
ReplyDelete