Manusia, kau dikurniakan akal. Diangkat satu darjat kemuliaan. Hingga sang Malaikat pun hairan. Namun apa yang terjadi hari ini sungguh mengecewakan. Ramai yang menjadikan nafsu sebagai petualang dalam membuat keputusan.
Daku yang satu spesies denganmu ini lagilah hairan. Tidak tercapai dek akal kenapa berlaku sedemikian? Adakah kerana sebuah projek pembodohan? Direncana kononnya untuk membela kebangsaan. Namun yang ada sekadar cerita mengaburi intelek kemudian dimusnahkan.
Khabar itu umpama khazanah jawapan. Baru diperoleh terus berantakan. Tanpa perlu pula disahihkan. Oh, suasana yang sungguh kasihan. Adakah aku hidup di era arakian? Yang mana semuanya bergantung hanya pada satu sudut pandangan? Inilah kemajuan yang dibanggakan. Sarat dengan tipu helah yang mengelirukan.
Segalanya membuatkan diriku semakin kebingungan. Menjadikan diriku rindu ingin bertemu Tuhan. Mengeluarkan daripada belenggu plot kehidupan. Selama ini menjerat diri diselubungi kesedihan. Seakan tak tertanggung lagi keperitan. Penjara dunia yang menguji ketabahan.
Wahai manusia, bukalah matamu. Luaskan sudut pandangmu itu. Dia menjadikan mata itu ada dua bebola. Agar kita mempunyai dua sudut pandang yang berbeza. Sedarlah.
Shirou ~
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAduhai kenapa kau terlalu mendalam berfikiran
ReplyDeleteAndai kau bersahaja bukankah lebih baik
Jangan sangka manusia lain seperti kita
Setiap orang ada ceritanya
Kalam ini untuk menyedarkan,
DeleteBukan menghina atau menjatuhkan,
Bukankah saling menasihati itu satu keperluan,
Agar minda terbuka untuk terima hakikat kenyataan.
Dan aku mula mengerti kamu seorang yang suka menegakkan pendapatmu.
ReplyDeleteTidakku hairan kerana aku juga sering begitu.
Daku menganggap itu hanya tulisan dan...pandangan dan...peringatan...
Hrmmm..suatu kelaziman manusia yang terlalu cepat melompat ke arah kesimpulan. ^^
DeleteJika padamu daku adalah begitu, maka terpulanglah, kerana bukan nilaian seorang manusia yang ku pinta.
Kepercayaan ~